HER BROKEN FATE ✿ 06

1.1K 59 0
                                    

ELVINA mengambil penyepit rambut yang tersedia di atas meja solek di hadapannya itu lalu dibawa ke kawasan dahinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVINA mengambil penyepit rambut yang tersedia di atas meja solek di hadapannya itu lalu dibawa ke kawasan dahinya. Dikemaskan anak rambut yang menutupi dahinya lalu disepitkan penyepit tadi di kedua-dua belah.

Setelah itu, dibetulkan sedikit rambutnya yang sudah tumbuh paras bahu itu lalu dihadiahkan senyuman manisnya kepada cermin. Setelah berpuas hati dengan gaya sendiri, Elvina melangkah keluar dari kamar tidurnya.

Kini, sudah hampir masuk tiga bulan lamanya dia menumpang kasih di rumah keluarga kaya ini. Selama tiga bulan itu jugalah dia dijaga rapi dan diberikan pendidikan yang cukup. Elvina juga sudah mula selesa bersama keluarga Dato Ghazali. Cuma ada waktu, dia dan Eshan seperti dalam perang dingin.

Walaupun Eshan sudah meluahkan segala yang lelaki itu pendam seorang diri kepada Elvina tiga bulan yang lalu, Eshan sendiri masih lagi kekok dan seakan tidak menerima sepenuhnya lagi kehadiran Elvina dalam keluarga mereka.

Dato Ghazali pula hanya berlagak biasa. Layanan Dato Ghazali terhadap Elvina sangat baik namun masih ada jurangnya.

Bagi Elvina, dia sudah cukup bersyukur pabila Dato Ghazali menjaga kebajikan dirinya. Diberi makan, tempat tinggal dan juga pelajaran? Itu sahaja sudah cukup memadai bagi Elvina.

Datin Liyana? Wanita yang penuh dengan kasih sayang itu masih lagi menganggap Elvina sebagai anak kandungnya. Malahan, semakin hari semakin bercambah kasih sayang di antara mereka berdua. Layanan Datin Liyana kepada Elvina membuatkan hidup Elvina bertambah serinya. Hidupnya dulu yang kelam kini disinari dengan kehadiran ibu barunya.

Jadi nikmat apa lagi yang Elvina mahu dustakan?

Selama tiga bulan dia menjadi Elvina, Dato Ghazali dan Eshan tidak lelah menguruskan kes kehilangan Elvina Marissa yang sebenar.

Sekali-sekala dia dapat betapa hancurnya dua beranak itu, betapa rindunya mereka terhadap Elvina Marissa milik mereka.

Sehinggakan Elvina rasa sebersalah dan ingin turut serta menolong mereka mencari Elvina Marissa. Namun, Dato Ghazali dan Eshan tidak membenarkannya. Elvina tidak menyoal lebih walaupun dia tertanya-tanya, mengapa mereka tidak mahu dia masuk campur? Dia ikhlas mahu menolong. Namun, kerana tidak mahu menjadi beban, Elvina hanya akur. Lagipun siapalah dia di dalam keluarga itu. Oleh itu, Elvina hanya menolong dengan cara berdoa.

Ya, selama tiga bulan ini, tidak putus dia berdoa memohon kepada Yang Esa supaya segala urusan keluarga yang membantunya ini dipermudahkan.

Supaya Elvina Marissa dijumpai semula dalam keadaan selamat.

Supaya keluarga ini bisa tertawa gembira sekali lagi.

Elvina menuruni tangga dengan laju namun masih berhati-hati. Iyalah, terlalu excited kerana dia telah berjanji dengan Datin Liyana yang mereka akan tanam bunga dan uruskan mini garden mereka pada pagi ini.

Tambah-tambahan pula Dato Ghazali dan Eshan berkerja pada hari ini, jadi Elvina gembira kerana dia lebih selesa taktala berdua-duaan dengan Datin Liyana sahaja.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now