SOROTAN matanya tak berkelip melihat adiknya yang mula khayal. Picagari dan beberapa plastik kecil terisi serbuk-serbuk putih di tangan dan sekitar adiknya dibelek. Sesaat kemudian hujung bibirnya ternaik.
“Tak puas lagi kau, kan? Menghisap je kerja kau.” Teguran diberi bersama senyuman sinis.
Adira tertawa perlahan. Kepalanya bergoyang-goyang seperti orang tidak waras.
“Kau pun tak halang aku, kak. Lagipun nilah makanan aku. Aku tak ada mak ayah. Kau pun asyik menghilang. Kau fikir aku boleh hidup normal macam orang lain ke?”
Gerangan yang dipanggil kakak itu terus mencangkung di hadapan adiknya. Dagu adiknya didongakkan tepat memandang dirinya.
“Kau memang tak normal pun. Jadi, teruskan je hidup macam orang tak normal.” Seraya itu dagu cengkung itu dilepaskan kembali.
“Macam mana keadaan perempuan tu?” Soalnya seraya mengambil di tempat di sebuah kerusi. Kaki panjang bersalut seluar legging hitam itu disilangkan. Tangan disilang ke dada.
“Perempuan tu hilang ingatan. Muka aku pun tak ingat.”
“Tsk! Impak kemalangan tu tak cukup kuat nak bagi dia mampus terus. Kau tak buat kerja elok-elok ke?” Soalnya kasar. Bengang apabila rancangannya gagal.
“Tu dah dikira bagus dia hilang ingatan tau. Kau tengok tangan aku ni...” Tangan kirinya yang berbalut diangkat.
“Gara-gara kaulah aku berbalut macam ni!” Keras nada Adira bertutur kepada wanita itu.
“Kau tu yang bodoh. Aku suruh dia je masuk dalam kereta, bukannya kau ikut sekali. Kau tu sibuk dengan khayal dan mabuk pergi ikut dia balik naik kereta yang sama kenapa?”
“A....aku tak tahu...” Adira menggeleng kesal. Baru dia sedar kejadian itu. Baru dia terfikir dia masuk ke dalam kereta yang sama.
“Sebab tu aku kata kau ni tak normal. Bengap! Susah aku nak jaga kau tahu tak.” Kebencian terhadap Adira terserlah di sebalik kata tuturnya. Adira benar-benar satu beban!
“Kau jangan buang aku, kak. Tolong jaga aku.” Adira merangkak mendekati kakaknya. Tidak kisah maruahnya dijatuhkan begitu saja, lutut dijatuhkan di hadapan kakaknya.
Bibir wanita itu terjungkit sinis.
“Sebenarnya susah aku nak jaga kau dengan keadaan kau macam ni. Tapi, kalau kau nak teruskan hidup sebagai adik aku... buat kerja elok-elok. Sepatutnya lebih baik kau ikut mampus dalam kemalangan tu!” Serentak itu wanita itu bangkit. Akibatnya kepala Adira yang terhentak pada kakinya ditolak ke tepi.
“A... aku faham.” Tertunduk Adira beberapa kali.
“Bagus! Sekarang ni aku nak kau teruskan kerja ni. Ingat. Selesai kerja, kau dapat makanan kau. Tak siap kerja...”
Matanya melorot ke arah bungkusan plastik-plastik kecil yang terisi dengan serbuk putih.
“Semua ni hilang! Faham?”
“F... Faham.” Adira angguk beberapa kali. Menurut.
Wanita itu melepaskan dengusan kecil sebelum membolos keluar dari ruangan bilik Adira. Setiap langkah yang dibawa, akalnya turut bergerak menyusun rencana untuk menghapuskan seseorang. Seseorang yang dia benci dari dulu.
“Kau sepatutnya mampus dalam kemalangan tu. Tapi, tak apa. Lagi lama kau hidup, lagi terseksa kau atas muka bumi ni.”
_______
“JEMPUT minum, Syed.” Secawan teh dihulur kepada Syed Tajuddin sebelum Aliyah melabuhkan duduk.
“Terima kasih, Aliyah. Ni Kasih mana?” Soalnya, lalu menyisip perlahan teh yang dibuat isterinya.
YOU ARE READING
Memori Kasih
Romance- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah menjadi seorang gadis yang liar dan kurang ajar. Ada saja yang tidak kena di matanya sehingga si bapa S...