MK - 5

1.1K 90 16
                                    

ALIYAH membetulkan selimut yang tersingkap itu ke paras dada. Wajah itu pucat, tetapi masih utuh lagi kejelitaannya, dipandang Aliyah dengan penuh kasih sayang. Tak terungkap rasa sayang kepada gadis itu. Gadis yang dianggap seperti anaknya sendiri.

Tangan halus Kasih dicapai, lalu dielus lembut. Sejahat mana pun sikap Kasih, sekasar mana pun kata-kata yang dilontarkan, Kasih tetap anaknya. Gadis itu adalah amanah untuknya jaga. Amanah yang diberikan oleh orang yang dia sayang iaitu arwah ibu kandung Kasih.

Qaseh Amylia.

Wanita yang banyak berjasa dalam hidupnya.

“Akak... Akak tak boleh macam ni kak....” Aliyah menggengam erat kedua tangan seorang wanita yang sedang terbaring lemah di atas katil.

Matanya berkaca-kaca melihat keadaan wanita itu. Betapa rapuhnya hati Aliyah tatkala mengetahui penyakit yang ditanggung wanita itu selama ini. Betapa bodohnya dia tidak peka terhadap perubahan wanita itu. Betapa kejamnya dia membiarkan Amylia berjuang sendirian. Sungguh rasa bersalah ini semakin menebal melihat keadaan Amylia.

Sebaik dia keluar dari rumah anak-anak yatim, Amylia lah tempat dia bermanja, tempat dia beradu dan tempat dia bergantung. Amylia bagaikan rumah baginya. Tetapi, ini yang dia balas kepada Amylia. Menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Master tanpa mengetahui kesusahan dan kesulitan hidup yang Amylia hadapi.

Kejamnya kau, Aliyah...

“Aliyah...” Lemah suara itu memanggil.

Aliyah tidak berdaya untuk terus menatap wajah itu. Setiap kali bertentang mata, segala pengorbanan Amylia buat dirinya terbayang. Luluh hatinya melihat memori indah itu.

“Akak tak boleh bertahan lagi. Doktor dah beritahu akak yang akak ada masa beberapa bulan saja lagi. Aliyah ada dengar juga, kan?”

Aliyah menggeleng. “Ajal maut itu semua ketentuan Tuhan, kak. Bukan doktor! Jangan percaya tu semua. Aliyah tahu akak akan selamat jugak...!”

Dia tak mahu percaya semua itu. Dia hanya percaya bahawa Amylia tidak akan pergi. Dia mahu terus bersama Amylia. Dia tidak mahu tinggalkan Amylia lagi seperti mana yang dia lakukan selama beberapa tahun lalu.

“Tapi, jika ditakdirkan ajal akak sampai awal...”

“Akak jangan kata macam tu! Aliyah tak nak dengar!” Aliyah memintas.

“Shh...” Dari tangan yang menggenggam terus naik ke wajah Aliyah. Kedua belah pipi mulus itu ditekup seraya jari telunjuk Amylia menyeka air mata yang kian turun.

“Dengar kata akak ni Aliyah.” Lemah nada suaranya, namun terselit nada tegas di situ. Memberi amaran untuk Aliyah diam tanpa memintas percakapannya.

Aliyah akur dalam tangisan.

“Jika ditakdirkan ajal akak sampai awal, akak amanahkan Aliyah untuk menjaga dan menyayangi Syarifah Kasih Amalin binti Syed Tajuddin seperti anak Aliyah sendiri. Didik dia dan santuni dia dengan budi bahasa. Jika Aliyah ingin menjadi pengganti akak pun akak tak kisah asalkan Aliyah yang menjadi ibu kepada Kasih, bukannya wanita lain.”

“Ni adalah amanah akak buat Aliyah.”

Aliyah tergamam. Air matanya semakin laju mengalir. Mata yang berkaca itu menatap Amylia dengan dahi yang berkerut. Amanah apa yang Amylia ucapkan ini? Ibu kepada Kasih? Bagaimana?

Seketika ekor matanya menangkap figura seseorang yang sedang berdiri di birai pintu. Aliyah menatap wajah itu. Riak wajah itu sama keruh sepertinya. Dia tahu wajah itu sedang menahan kesakitan yang dia hadapi, tetapi lebih sakit kerana orang itu adalah Syed Tajuddin, suami kepada Qaseh Amylia.

Memori KasihWhere stories live. Discover now