“KAWAN albi kata food truck dekat sini viral. Ramai kata yang sedap.” Tangan Kasih digenggam, lalu didudukkan di sebuah bangku kecil yang tersedia.“Boleh percaya ke, albi?” Mata Kasih meliar ke kawasan food truck itu. Ramai pelanggannya. Ada juga yang sedang beratur membeli makanan.
“Kasih percayakan albi? Albi yakin Kasih mesti suka dan rasa nak lagi.” Nuh tak terasa dengan pertanyaan Kasih itu. Dia tahu Kasih membesar di bandar. Makanan di tepi jalan macam ni bukan citarasa Kasih.
Kasih mengganguk kepala. Terima sajalah. Lagipun perutnya sudah berkeroncong. Lagi-lagi dengan haruman makanan yang menusuk masuk ke rongga hidung buatkan nafsu makannya meronta-ronta.
“Albi nak order dulu. Sayang duduk sini diam-diam tau.”
Kasih akur. Matanya tunak melihat Nuh yang sedang beratur dalam barisan itu. Memang benarlah kata suaminya. Tempat ini viral. Sehingga sekarang barisan masih panjang. Di belakang Nuh pun terdapat beberapa pelanggan lain.
“Suami siapalah handsome sangat tu.” Kasih menongkat dagu sambil tersenyum-senyum sendiri. Matanya merenung tubuh suaminya dari jauh. Ketampanan Nuh buatkan dia bertambah jatuh cinta.
Tiba-tiba kepala Nuh menoleh ke arahnya. Satu kenyitan diberi oleh Nuh. Kasih menahan tubuh. Hampir saja longlai. Doktor halal dia ini tak pernah tak buat dia lemah begini. Ada saje godaan dia.
Selang beberapa minit, Nuh tiba dengan dulang yang terisi dengan beberapa polestrin dan dua cawan air.
“Tak ada pinggan ke?” Itu soalan pertama yang diaju Kasih setelah melihat hidangan tersebut.
Terlepas tawa Nuh. “Tak adalah. Memang macam ni cara makan dia.”
Sebatang lidi dicapai dan dicucuk ke sebiji bebola ikan lantas disuap ke mulut isterinya. Lalu, Nuh menunggu reaksi Kasih yang sedang mengunyah-nguyah makanan. Riak Kasih pula sukar dibaca.
“Macam mana? Sedap kan?” Lebar senyuman Nuh melihat mata Kasih yang membeliak besar. Sedaplah tu.
“Sedapnya! Kasih tak pernah makan makanan macam ni!” ujar Kasih teruja. Lidi di tangan Nuh dirampas, lalu dia menyuap sendiri ke dalam mulutnya. Sekali-sekala bebola ikan itu dicecah dengan sos.
“Ni namanya steamboat. Dalam ni ada Tofu Puff, tofu makanan laut, bebola ikan putih, stik ketam, cendawan enoki mi dan macam-macam lagi. Yang sayang tengah makan tu nama dia stik ketam. Sedap kan?”
“Sedap albi.” Dua patah perkataan keluar dari bibir isterinya. Nak balas banyak-banyak, tapi mulutnya sedang sibuk mengunyah.
“Kan albi dah kata sedap. Tempat ni memang best. Sambil makan boleh tengok pemandangan pantai.”
“Haahlah, albi. Duduk dekat sini nyaman sangat.” Kasih bersetuju dengan pernyataan suaminya. Seronok makan di sini. Food truck ini terletak betul-betul di tepi pantai. Tak rasa panas langsung walaupun tiada kipas. Pengunjung akan berasa sejuk kerana tiupan angin pantai.
“Albi pun makanlah.” Satu suapan diberikan kepada Nuh kemudian kepada dirinya.
Baik sungguh isterinya. Dalam menikmati masih ingat akan si suami. Akhirnya mereka suap bergilir. Tapi, tangan Kasih saja yang bergerak menyuap. Kata Kasih, tangan Nuh perlukan rehat yang cukup kerana suaminya adalah seorang doktor. Macam-macam alasan isterinya itu.
Nuh ikutkan saja.
“Alaaa, dah habis.” Bibir Kasih memuncung.
“Nak lagi ke?” tanya Nuh.
“Boleh ke?” Terkelip-kelip mata Kasih.
“Untuk cinta hati albi semua pun boleh.” Dahi Kasih dikucup sekilas sebelum dia bingkas bangun untuk memesan sekali lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/327614456-288-k63204.jpg)
YOU ARE READING
Memori Kasih
Romance- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah menjadi seorang gadis yang liar dan kurang ajar. Ada saja yang tidak kena di matanya sehingga si bapa S...