EPILOG

3.1K 115 33
                                        


SEBAIK daun pintu dikuak, matanya terus melilar. Segenap ceruk dia mencari sambil mulutnya memanggil.

“Ya qalbii!” Nuh memanggil, lalu terus berlari ke bilik. Pintu bilik dibuka. Rasa lega tatkala figura Kasih sudah berada di depan matanya. Rasa sejuk pula hatinya melihat air muka Kasih yang baru sudah menunaikan solat.

Terjungkit kening Kasih membalas renungan aneh Nuh. Tak sempat dia bangun, Nuh sudah bersimpuh di hadapannya. Kedua belah tangannya turut dicapai, lalu dikucup silih berganti sebelum dahinya pula dihinggap dengan sekudus kucupan hangat.

“Aduh, ya albi.” Tergelak Kasih tingkah Nuh yang tak dijangka. Macam angau sebulan tak jumpa isteri. Serentak tubuhnya pula dipeluk kemas.

“Albi rindu awak, sayang.” ucap Nuh masih tidak mahu melepaskan pelukan. Dia rasa nyaman dan kembali bertenaga.

“Tiba-tiba je albi ni. Kenapa?” tanya Kasih lembut. Pelukan itu direnggangkan walaupun Nuh seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Tapi, dia dah rimas. Nuh berpeluh. Habis melekat dengan telekungnya.

“Kan albi kata albi rindu Kasih.” Wajah Nuh mulai cemberut. Sedikit berkecil hati apabila ungkapan rindunya tak disambut Kasih.

“Eh, ehh... Tarik muncung nampak.” Meletus tawa Kasih, geli hati. Kedua belah pipi Nuh terus dipautnya.

“Yelah. Albi cakap rindu Kasih tak balas pun.” Nuh mengomel bak anak kecil.

“Laa... Manalah Kasih tahu albi nak Kasih balas. Okey, Kasih balas eh. Qalbi pun rindu albi.” ucap Kasih penuh perasaan. Dahi Nuh dikucup seketika. Lalu, dipeluk Nuh kembali. Belakang tubuh itu diusap-usap. Suaminya ini dah macam anak kecil. Selalu kena pujuk.

Sejuk hati Nuh bak disirami salju. Pinggang Kasih dipaut, lantas isterinya dicempung.

Menjerit Kasih dibuatnya, kaget dengan perlakuan Nuh. Dahlah balik mengejut. Tarik muncung sedepa apabila tak balas kata rindu. Sekarang tiba-tiba nak jadi romantik.

“Albi ni kan janganlah kejutkan Kasih macam tu. Kasih tak sempat cari nafas tau.” Giliran Kasih pula yang mengomel.

“Albi kan ada. No worries.” Nuh mengenyit mata. Kasih diletak ke atas sofa. Telekung yang masih membaluti diri Kasih ditanggal. Sejadah yang diguna turut disimpan.

Kali ini Kasih benar-benar pegun. Tak terlepas Nuh dari tatapannya.

“Albi demam ke? Ada apa jadi kat hospital tadi? Kenapa pelik sangat albi ni?” Tak mampu Kasih membendung rasa ingin tahunya. Sah! Ada sesuatu yang telah berlaku.

Nuh tersengih-sengih mendengar. Punggungnya terus dilabuh di sisi Kasih. Lalu, bahu isterinya dipaut.

“Tak bagitahu albi pun.”

“Bagitahu apa?” Muka Kasih kembali berkerut. Apa yang dia tak beritahu Nuh? Rasanya dia tak ada pula sembunyi apa-apa dari pengetahuan Nuh. Dia tak lagi berahsia seperti dulu.

“Kasih pregnant kan?” Bersinar mata Nuh menatap wajah mulus Kasih. Rasa terujanya tak mampu diungkap dengan kata-kata. Dia kembali menghadap Kasih. Tangan isterinya digenggam erat-erat.

Makin berkerut muka Kasih.

“Pregnant?” Kasih menyoal kembali. Terkejut.

“Betul kan Kasih pregnant? Ada kawan albi nampak Kasih kat hospital bahagian ibu dan anak. Kasih pergi dengan ibu. Tak bagitahu albi pun.” Bertalu-talu Nuh berkata. Perut Kasih terus disentuh. Tak sabarnya mahu berjumpa anak mereka.

Teguk liur Kasih mendengar. Tangan Nuh di perutnya diusap. Tak tahu reaksi apa yang harus dia tonjolkan. Serba salah pula jadinya. Apatah lagi sinar mata Nuh begitu mengharap dan ceria. Dia tahu, Nuh menginginkan zuriat.

Memori KasihTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang