15 Mac 2016
SEORANG gadis berjalan menuju ke tempat belajarnya dengan senyuman yang melebar di bibir mungil nya. Bahagia. Teruja. Itu lah perasaan yang ada dalam dirinya waktu ini. Hari ini adalah hari bahagia buatnya kerana sudah genap setahun hubungan cinta yang terjalin antara dia dan jejaka itu.
Siapa? Ahnaf Syaqil. Nama seindah seperti rupanya, bagi si gadis itu.
Baginya, Ahnaf sangat kacak. Memiliki wajah kacak juga tubuh badan yang agak tegap untuk umur 20 tahun sepertinya. Tinggi. Kulit pula tanned kerana Ahnaf juga seorang yang aktif sukan. Memang taste dia sangat!
Di tangannya juga memegang kemas sebuah hadiah yang sudah dibalut kemas. Dia sangat teruja mahu melihat reaksi wajah Ahnaf. Dia bertungkus lumus melakukan kerja sambilan kerana mahu mengumpul duit agar dia dapat membeli hadiah ini buat Ahnaf.
Dia seorang gadis biasa. Tidak sehebat teman lelakinya. Kerana itulah dia sangat menyayangi Ahnaf. Ini kerana Ahnaf menerima dia seadanya. Boleh saja Ahnaf mencari perempuan yang sama taraf dengannya, tetapi Ahnaf tetap memilih dia.
Keluarganya bukan lah keluarga yang berada. Dia seorang anak tunggal. Dia dapat tampung kehidupannya di kolej pun berbekalkan duit biasiswa sahaja. Ayahnya juga memiliki pekerjaan yang biasa saja. Ibunya pula menghidapi penyakit kanser. Kerana itu, si gadis tidak mahu menyusahkan bapanya.
Selagi boleh menampung kehidupannya sendiri, dia akan cuba. Kerana itu dia membuat kerja sambilan. Walaupun teman lelakinya selalu mahu membantu dia dari segi kewangan, tetapi si gadis menolak. Dia tidak mahu meminta. Dia takut dia terbiasa dengan tabiat itu. Dia mahu berdikari. Cukuplah Ahnaf ada disampingnya, itu sudah memadai.
Kakinya berjalan menuju ke tempat yang selalu dia dan Ahnaf meluangkan masa jika ada masa lapang. Sebungkus hadiah itu dipeluk erat di dadanya.
"Ish tak sabarnya!" Si gadis menggumam perlahan. Pada masa sama, hatinya juga gelisah kerana takut akan penerimaan Ahnaf akan hadiahnya ini. Takut bagi Ahnaf hadiah itu biasa-biasa saja.
Sampai di ruangan itu, sekotak hadiah itu jatuh menyembah bumi. Si gadis rasa seolah-olah dunianya gelap. Masa seolah-olah berhenti berdetik. Sekeliling juga seolah-olah tidak bergerak. Matanya tetap menumpu ke arah hadapan. Matanya tidak berkelip. Jantungnya laju berdegup. Tangannya menggigil.
Bunyi kotak jatuh itu telah menyentakkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang bercumbu. Lucah. Aksi itu sangat lucah bagi mata si gadis. Dia juga nampak tangan si lelaki melekap di buah dada perempuan itu. Rambut mereka kusut. Seolah-olah sudah lama mereka bercumbu.
"A-Ah-Ahnaf." Si gadis gagap memanggil Ahnaf yang sudah tercengang.
"Baby. Let me explain please. Semua ni tak macam yang baby sangka. Perempuan ni sibuk kiss sayang dari tadi. Sayang dah tolak. Baby, please trust-" Ahnaf laju menapak ke arahnya lalu mahu menggenggam kedua tangannya.
Serentak itu tangan Nasywa naik menampar pipi kiri Ahnaf. "Awak ingat saya bodoh ke? Tangan awak dekat dada dia, itu awak kata awak kena paksa? Ni lipstick ni! Awak cium dia!" Si gadis menunjukkan kesan gincu yang comot di bibir lelaki itu.
Air matanya dari tadi sudah merembes keluar.
"Sampai hati awak curang dengan saya. Saya ingat saya lah perempuan paling istimewa dalam hidup awak, Ahnaf. Saya sayang awak, Ahnaf. Saya adore dengan awak. Saya ingat awak lain dari lelaki lain kat luar sana." Tersedu-sedan si gadis itu sambil menuturkan setiap kata-katanya. Mukanya merah. Peluh merinik di dahi menyebabkan anak rambutnya melekat di dahinya.
"Kenapa? Kenapa?!" Tangannya pula naik menumbuk dada Ahnaf berkali-kali.
"Baby."
"Don't call me that! I freaking hate you! Sepatutnya saya kena percayakan kata-kata Irma. Irma dah banyak kali bagitahu yang awak kaki perempuan. Saya tak patut percayakan awak. Tapi, saya pergi percayakan awak. Saya dibutakan dengan kasih sayang palsu awak. Kenapa awak buat saya macam ni, Ahnaf? Apa salah saya?" Lama gadis itu menatap wajah Ahnaf.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."