PADA waktu malam, Nasywa mengaminkan doanya lalu tapak tangannya diusap ke wajahnya. Telekung dicabut dan dilipat terus disangkut. Nasywa baru saja selesai menunaikan solat sunat taubat. Ini adalah salah satu rutin Nasywa yang baru saja dimulai pada tahun ini iaitu menunaikan solat sunat taubat sebelum tidur.
Sejak pemergian umi dan abahnya, Nasywa mengalami kesusahan untuk tidur kerana Nasywa kerap mengalami mimpi buruk lantas jantungnya kerap berdegup laju. Perasaan rindu yang Nasywa usung pada tika itu juga sangat berat. Lalu rakannya Irma mencadangkan pada Nasywa bahawa dia patut menunaikan solat sunat bagi menenangkan hatinya dan kerap mengalunkan zikir sebelum tidur.
Hanya pada tika itu Nasywa rajin menunaikan solat sunat taubat tetapi sejak Nasywa mula bekerja, dia sudah tidak melakukan rutin ini. Barulah sekarang Nasywa mahu memulakan rutinnya semula dan mahu membiasakannya sampai bila-bila. Hal ini kerana Nasywa tahu kematian akan datang menjemput pada bila-bila masa saja.
"I akan dapatkan you, Nasywa. Mark my words." Bibir Nasywa terjuih-juih sepanjang dia mengejek percakapan Ahnaf pada siang tadi. Badan Nasywa sudah mendarat diatas katilnya yang empuk setelah lampu biliknya sudah dimatikan.
"Lelaki gila. Dah lah tak guna. Kaki perempuan." Nasywa mula mengutuk. Nasywa masih tidak dapat melupakan tentang kejadian siang tadi.
"Malang siapa jadi isteri kau. Sebab apa? Sebab dapat suami yang tak setia macam kau. Perangai pula macam setan." Nasywa masih tidak berhenti. Jarinya pula kuat mengutil hujung bucu bantalnya membayangkan dia dapat mencubit-cubit kuat mulut Ahnaf itu sampai terkoyak. Seketika dia menarik dalam nafasnya lalu dihembus perlahan.
"Fuhhhh. Sabar Syuwa. Kau baru je lepas solat sunat taubat tadi." Nasywa menampar lembut bibirnya. Mulut terus membaca istighfar berkali-kali berharap Allah mengampunkan dosa kutukan dia tadi.
Matanya terkebil-kebil menatap siling di atasnya. Kakinya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bantal peluk disebelah kanan diambil lalu dipeluk.
"Dah! Jangan fikir dah." Nasywa menutup matanya memaksa diri untuk tidur. Esok dia perlu pergi kerja. Seketika, matanya mula terasa panas. Hidungnya juga. Nasywa menggigit perlahan bibir bawahnya. Sebelah tangan naik menumbuk dada perlahan.
"Sakitnya." Esakan mula terlepas.
"Cepatlah hilang." Dada ditumbuk lagi berkali-kali.
"Kenapa kau kena jadi jahat? Kenapa aku dipertemukan dengan orang jahat macam kau? Kenapa aku?" Sampai sekarang, Nasywa masih tidak tahu kenapa dia dijadikan pertaruhan antara Ahnaf dan juga rakan-rakannya.
Setahu dia, dia tak pernah cari pasal dengan orang. Dia pula orang biasa. Kawan pula tak ramai. Hubungan dengan pensyarah pun biasa-biasa saja. Dia bukan kaki kipas. Dimana salahnya? Kenapa orang sanggup khianat dia?
Adakah dia ada dosa dengan seseorang yang masih tak terhapus pada waktu itu? Sampaikan dia dibalas seperti ini?
Nasywa mengaku, dia sangat sayangkan Ahnaf. Ahnaf melayannya sangat baik sehingga langsung dia tidak nampak itu semua palsu. Cara layanan Ahnaf terhadap umi dan abahnya juga nampak sangat baik. Tidak kekok. Kerana itulah abahnya suka sangat dengan Ahnaf.
Kejadian siang tadi membuatkan Nasywa teringat akan kesakitan saat dia kehilangan umi dan abahnya. Air matanya makin galak mengalir.
Dia rindu.
"Qi, mana awak? Kenapa awak pergi? Awak cakap awak akan ada untuk saya tapi kenapa awak tak ada? Saya rindukan awak." Fikiran Nasywa mula mengingati tentang seseorang dimana tempoh pengenalan mereka sangatlah singkat, tetapi telah meninggalkan kesan yang mendalam pada Nasywa.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."