Bab 10

395 48 19
                                    

KEESOKAN hari waktu petang, Nasywa melangkah keluar dari bilik mereka setelah dia selesai menunaikan solat asar dan menuruni tangga lalu bergerak ke arah dapur. Matanya memandang Ahnaf yang sedang berdiri di meja pulau sambil mengacau sesuatu di dalam mangkuk. Ahnaf masih tidak perasan akan kewujudan Nasywa.

"Kau buat apa?" Tanya Nasywa yang sudah bergerak untuk mengambil gelas lalu menadah air sejuk di mesin air. Mesin air yang hanya digunakan oleh Nasywa kerana Ahnaf minum air mineral sahaja.

Ahnaf yang sedang leka dengan perbuatannya itu mengangkat kepala lalu memandang Nasywa. Keningnya terangkat memandang Nasywa yang sedang minum air. Tak perasan pula kewujudan Nasywa tadi. Senyuman mula terukir dengan hati yang meloncat gembira.

"Baby..." Ahnaf tegur dengan senyum lebar.

"I nak buat jemput-jemput. You makan kan?" Ahnaf jawab sambil meletakkan sedikit garam ke dalam adunan tepung tersebut.

Nasywa angguk. Nasywa memang suka jemput-jemput. Kegemaran dia. Dari tadi, Nasywa hanya duduk memerhati perbuatan Ahnaf yang sedang menyediakan juadah jemput-jemput buat Nasywa. Kaki Nasywa bergoyang dan tangan menongkat dagu di atas meja pulau.

"Sebenarnya I tak pandai masak sangat. Sayang pandai masak?" Tanya Ahnaf sambil tangannya sedang menghidupkan api lalu menunggu sehingga kuali itu panas.

"Aku pun tak pandai masak," jawab Nasywa sambil tangan naik menggaru tepi kepala yang tidak gatal. Macam malu pula apabila lelaki tanya kita pandai masak atau tidak.

Mata Nasywa ralit memandang tubuh Ahnaf dihadapannya yang sudah bersedia mahu menggoreng jemput-jemput itu. Ahnaf memiliki tubuh badan yang tinggi lampai, tubuh badan yang fit seperti seorang atlit dan kulit Ahnaf pula tidak putih tetapi tidaklah gelap. Sedang sahaja. Rambut Ahnaf pula nampak lembut beralun jika kepala itu bergerak.

"Oh ya? Habistu selama ni you duduk sorang makan apa?" Tanya Ahnaf lagi. Tangannya sudah lincah bergerak memasukkan sesudu demi sesudu adunan tepung itu ke dalam kuali yang minyaknya sudah panas.

Ahnaf tahu Nasywa duduk seorang diri. Nasywa menyewa di loft apartment. Sewaktu mereka mempersiapkan tentang hal perkahwinan mereka, banyak kali Ahnaf menjemput dan menghantar Nasywa pulang di loft apartment itu.

"Aku biasa masak simple je lah kalau dah terdesak sangat. Nasi goreng pun yang bodoh-bodoh je. Lepastu goreng telur je kadang-kadang. Selebihnya memang aku beli je," jawab Nasywa. Memang Nasywa banyak membeli makanan saja. Tak pun kadang-kadang kawan baiknya Irma menghantar makanan buat Nasywa. Kerja di syarikat Tuan Haidil, gaji Nasywa agak lumayan sebagai seorang Personal Assistant dan seorang perempuan bujang. Jadi berbelanja makanan diluar bukan satu masalah buat Nasywa.

Ahnaf angguk kepala berkali-kali tanda respon bagi jawapan Nasywa.

"Jadi sekarang pun you still nak beli je ke? I tak kisah. Kalau nak masak pun I tak kisah. Kita boleh belajar masak sama-sama. Tak ada lah teruk sangat pun kejadian makanan kita kalau kita berdua yang masak kan?" kata Ahnaf sambil tergelak.

Bibir Nasywa bergerak menahan senyum. Dia terbayang jika mereka berdua memasak, lalu makanan itu tidak serupa makanan.

"Hurm aku tak kisah juga. Asal makanan tu boleh dimakan, aku okey je."

"Okey dah siap," kata Ahnaf sambil menutup api dapur lalu sepinggan jemput-jemput diletakkan di atas meja pulau. Di rumah mereka, terdapat meja makan tetapi hanya mereka berdua saja yang mahu makan, jadi hidang saja lah di meja pulau di dapur itu.

Ahnaf memandang rupa kejadian jemput-jemputnya itu. Ada kecil, ada besar. Ada yang hitam ditepinya, ada yang sempurna. Ada bentuk bulat, ada bentuk leper. Hm okeylah ni daripada tiada. Ahnaf angguk kepala berkali-kali tanda puas hati dengan hasil kerjanya.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now