Bab 20

924 60 12
                                    

TEPAT jam 6.05 petang, Nasywa mula menekan butang shut down di komputer dan mula menutup suis yang berkaitan. Selesai mejanya dikemaskan, dia mencapai beg tangannya dan bangun meinggalkan mejanya. Dirinya melangkah keluar selepas menutup suis lampu dan penghawa dingin.

Nasywa sempat memberitahu Haidil bahawa dia sudah mahu pulang ke rumah. Pada hari ini, Nasywa malas mahu bekerja lebih masa seperti biasa. Kebiasaannya, dia balik pada pukul 6.30 petang atau pukul 7 malam. Pernah juga dia pulang lebih daripada waktu kebiasaannya. Haidil juga sudah berpesan padanya bahawa dia mahu pulang agak lambat hari ini jadi dia membenarkan Nasywa jika pembantunya itu mahu pulang dahulu.

Nasywa bukan tipikal pekerja yang mahu membawa kerjanya pulang ke rumah. Dia akan cuba menyiapkan kerjanya lalu baru dia pulang. Jika tidak, dia hanya akan menyambung kerjanya pada hari seterusnya. Sebagai manusia biasa yang memerlukan rehat yang cukup, Nasywa tidak mahu membebankan dirinya dengan kerja jika itu waktu rehatnya. Majikannya sendiri tidak membenarkan dirinya untuk buat kerja berlebihan. Kata Haidil, “Tubuh badan ini pinjaman dari Allah jadi kita perlulah jaga sebaiknya. Jangan sampai Allah tarik salah satu nikmat sihat dari tubuh kita, baru kita nak menyesal.” Sempat juga dia sampaikan pada Nasywa untuk menyampaikan pesan itu pada Ahnaf.

Nasywa memberhentikan keretanya apabila kereta hadapannya berhenti. Jalan sesak. Seperti biasalah. Nasywa terus menyandarkan badannya. Kakinya sekejap menekan minyak, sekejap menekan clutch sebelum menekan brek. Sekejap kaki kirinya melepaskan clutch secara perlahan-lahan.

Kereta Myvi yang digunakan Nasywa memang jenis manual. Pada mula Nasywa membeli kereta itu, Nasywa memang yakin bahawa dia tak akan menyesal kerana waktu itu dia mahu berjimat. Untuk berjimat, dia mengelakkan diri dari membeli kereta automatik.

Sekarang Nasywa sudah menyesal kerana sesungguhnya kakinya penat setiap kali mengendalikan kereta manual ini di kesesakan jalan raya. Ahnaf ada memberi izin kepada Nasywa untuk memandu salah satu keretanya, tetapi Nasywa sendiri enggan kerana semua kereta milik Ahnaf kelihatan mewah. Apabila Ahnaf mahu membelikan Nasywa kereta model yang sama tetapi jenis automatik, Nasywa masih enggan kerana dia beranggapan membazir. Nasywa geleng kepala. Patutnya dengar saja kata Ahnaf.

Matanya memandang simbol tangki minyak di dashboard kereta di depan matanya. Jika difikirkan balik, sudah agak lama dia tidak mengisi minyak kereta di stesen minyak sejak dia berkahwin dengan Ahnaf. Hal ini kerana, suaminya yang selalu menawarkan diri untuk mengisi minyak kereta itu. Ahnaf memang akan selalu memastikan minyak keretanya penuh sebelum dia memandunya. Servis kereta juga memang Ahnaf yang selesaikan.

Fikirkan Ahnaf, baru dia teringat dia belum memberitahu Ahnaf bahawa dia sudah gerak pulang ke rumah. Sejak kes kejadian pecah masuk di rumah sewanya, Ahnaf sudah mengarahkan Nasywa untuk memberitahunya jika dia sudah bergerak pulang ke rumah.

Nasywa terus mencapai telefonnya lalu nombor Ahnaf didail. Dia membuka loud speaker lalu telefon diletakkan di atas pehanya. Sebelah tangan kiri memegang gear semetara  sebelah tangan kanannya memegang stereng. Kereta mula bergerak.

“Assalamualaikum awak, saya dah gerak balik. Tapi jalan sesak sikit,” beritahu Nasywa apabila Ahnaf sudah mengangkat panggilan telefonnya.

“Waalaikumussalam sayang. Baik. Tapi I balik lambat sikit okey? Mungkin I singgah maghrib dekat mana-mana masjid. Sayang nak kirim apa-apa tak?”

“Saya tak dapat fikir apa-apa lagi. Kalau saya dah sampai rumah saya beritahu awak saya nak kirim apa.”

“Okey cinta. Hati-hati memandu. Apa-apa beritahu I okey?”

“Okey awak pun sama. Bye, assalamualaikum.”

Setelah salamnya dijawab, panggilan ditutup. Lagu di radio dikuatkan. Mulut mula bernyanyi perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now