Bab 3

736 77 4
                                    

PENUTUP bekas berwarna biru dibuka dan beberapa biji kacang pistachio diambil dan disumbat ke dalam mulut dan dikunyah perlahan. Setelah ditelan, diambil lagi dan dikunyah lagi. Mata memandang hadapan. Ahnaf hanya duduk sahaja dalam kereta tanpa dimatikan enjin sambil menunggukan seseorang.

"Kenapalah kau sedap sangat?" Ahnaf bersuara perlahan sambil menilik setiap biji kacang pistachio yang masih penuh di dalam bekas itu. Ahnaf memang tak pernah lupa untuk mengisi semula kacang pistachio ke dalam bekas ini dan akan meletakkan di dalam keretanya. Setiap masa, Ahnaf dapat mengunyah kacang pistachio kegemarannya. Kacang pistachio ini juga Ahnaf beli yang memang sudah tiada kulit kerasnya. Malas dia mahu kopak kulit kacang ini setaip kali dia mahu makan.

Seketika, mata melihat jam. Sudah lebih seminit dari waktu yang ditetapkan.

"Nasib baik kau kawan aku. Kalau kau bukan siapa-siapa, memang aku tinggal je engkau ni. Tak tepati masa langsung." Ahnaf mengeluh. Dia tak suka menunggu orang.

Tanpa dimatikan enjin kereta dan terus pintu kereta dibuka. Badan dikeluarkan dari kereta mewahnya dan berjalan masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Dia mahu menunggu di dalam restoran pula. Letih duduk dalam kereta. Ahnaf sempat menghulurkan kunci keretanya pada seorang juru parkir untuk memakirkan keretanya.

"Izdihar." Ahnaf hanya sebut ringkas nama pembantunya itu kepada pelayan restoran itu. Tempahan meja di restoran itu dibuat bawah nama pembantunya.

Pelayan itu terus membawa ke meja yang mereka sudah sediakan. Ahnaf terus labuhkan duduk setelah butang kotnya dibuka. Telefon dikeluarkan dari dalam poket dan terus tenggelam membaca emel kerjanya.

NASYWA dan Haidil serentak keluar dari kereta milik Haidil dan masuk ke dalam sebuah kedai makan mewah. Haidil terburu-buru menghulurkan juga kunci keretanya pada seorang juru parkir. Di tangan Nasywa terdapat sebuah beg yang mengandungi Ipad dan juga beberapa dokumen penting. Langkah mereka agak terburu-buru kerana mereka tiba lewat dari masa yang ditetapkan. Ini kerana sebelum ini mereka perlu melayan kerenah seorang klien yang sangat cerewet sehingga masa mereka telah diseret lebih dari waktu yang sepatutnya.

"Mana orangnya Tuan?" Nasywa tanya. Matanya meliar memandang sekeliling restoran mewah itu.

"Itu ha." Haidil tunjuk sambil kakinya bergerak ke meja itu. Nasywa hanya pandang badan klien mereka yang membelakangi mereka.

"Bro." Haidil menepuk bahu klien itu.

Itulah klien yang juga merupakan kawan kepada Haidil yang mahu menempah jam tangan. Nasywa berjalan dan terus melabuhkan duduk di sebelah Haidil setelah dia mendapati Haidil sudah melabuhkan duduknya di hadapan klien mereka.

Kepalanya diangkat untuk menyapa klien mereka. Seketika, Nasywa tercengang. Nasywa mengetap rahangnya. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

"You?" Si gerangan itu mula menegur. Nasywa pejam matanya.

"Eh? You guys know each other?" Haidil tanya dengan muka keliru. Pura-pura tidak tahu apa-apa.

"Yes."

"Tak." Nasywa menidakkan.

"Eh mana satu?" Haidil keliru.

"Yes."

"Tidak." Nasywa menekankan suaranya.

Seketika, ruang meja itu sunyi. Haidil terkebil-kebil memandang dua orang di depan dan juga di tepinya. Nasywa bertentang mata dengan lelaki itu. Lelaki durjana. Lelaki yang dia takkan pernah maafkan sampai bila-bila.

Ahnaf Syaqil. Mimpi buruk bagi seorang Nasywa.

"Ehem! Okey kalau macam tu kita makan dulu, then kita bincang pasal tujuan utama kita." Haidil memecahkan kesunyian itu. Cuba untuk meneutralkan suasana tegang itu.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now