The comments did not reach 35 yet, but it's okay. Saya bosan jadi saya publish bab seterusnya.
♡♡♡♡♡
JARI Nasywa laju menekan papan kekunci komputer dihadapan matanya itu. Suasana dingin dan sunyi di dalam bilik pejabat itu sangat tenang baginya. Walaupun sudah berjam-jam dia duduk di atas kerusi roda yang empuk ini, dia tidak kisah.
Bagi Nasywa, dia sangat menyukai waktu bekerja. Ini kerana pada masa tersebut, dia dapat sedikit waktu untuk melupakan kesulitan yang telah melanda hidupnya dan yang tidak pasti bila akan menemui jalan keluarnya. Setelah merasa lelah dengan pekerjaannya, Nasywa akan kembali ke rumah dengan tubuh yang penat lalu memudahkannya untuk segera tidur dan beristirahat.
Bunyi notifikasi telefonnya telah menyentakkan fokusnya pada kerja. Matanya bergerak memandang skrin telefonnya, lalu matanya dijulingkan ke atas. Dia langsung tidak mencapai telefonnya malah dia mencapai sebuah mangkuk yang terisi dengan kacang kegemarannya. Kacang pistachio.
"Rimaslah," keluh Nasywa sambil mengunyah kacang kegemarannya namun matanya tetap membaca mesej yang dia terima.
+Kekasih, jom lunch.
-Tak boleh. Busy.
+I'm not asking, my lovely Nasywa. That's an order. I ada dekat bawah. Turun now or you want to see me go crazy?
"Benci betullah mamat tak guna ni!" Tangan Nasywa menepuk kuat permukaan mejanya. Kesakitan di tapak tangannya diabaikan. Hatinya lebih sakit! Bekas kacang itu ditutup dengan kasar.
Stress! Semua benda nak paksa. Lelaki jenis apa macam ni? Macam sakit mental pun ada juga.
"Hi my lovely Nasywa." Ahnaf yang sedang bersandar di keretanya menegur Nasywa yang baru keluar dari bangunan gah syarikat itu.
Nasywa hanya buat tidak tahu dan terus masuk ke dalam kereta Ahnaf. Belum sempat dia menutup pintu kereta itu, pintu itu sudah ditarik oleh Ahnaf dari luar. Ahnaf menarik lengannya yang berlapik.
"Eh apa benda ni?!" Nasywa sudah mula naik angin.
"Keluarlah kejap." Ahnaf menutup semula pintu kereta itu lalu dibuka semula.
"You can get in now, my queen." Ahnaf senyum.
"Tak faham betul aku." Nasywa terus masuk ke dalam kereta sambil matanya sempat menjeling Ahnaf. Mahu saja dia menunjukkan jari tengah betul-betul dihadapan wajah Ahnaf. Ergh!
"I dah cakap banyak kali, bila nak masuk kereta dengan I, tunggu I yang bukakan pintu untuk you. You're my passenger princess, remember?" Ahnaf mula berkata setelah perjalanan dimulakan.
"Aku bukan tak ada tangan sampai tak boleh nak buka pintu sendiri. Aku nak buka pakai kaki pun boleh kalau aku nak." Nasywa menjawab kasar sambil matanya memandang ke arah tingkap. Tidak sudi pun nak pandang orang sebelah.
"Oh kalau macam tu I kena hilangkan tangan you dulu baru I boleh buat apa yang I nak?" Ahnaf berkata sambil tergelak perlahan.
"Gila betul kau ni." Takut Nasywa dengan Ahnaf.
"Lagipun, you takkan tak ingat dulu waktu kita dekat kolej, kan I yang selalu bukakan pintu untuk you." Ahnaf mula ajak berborak seolah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka.
"Aku tak nak ingat dan takkan ingat apa-apa tentang kau, Ahnaf. Kau tak layak untuk diingati," balas Nasywa kasar.
"Cubalah sekali tu layan I baik-baik. I ni tunang you."Ahnaf mula berkata lembut. Orang bila tengah panas hati, kita harus melayannya dengan baik dan lembut.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."