AZAN subuh berkumandang. Mata Nasywa tercelik perlahan. Terkejut dia dengar azan sekuat ini. Seketika baru dia teringat, sekarang dia berada di kampungnya dimana memang terletak dekat dengan surau. Nasywa kelip mata berkali-kali untuk hilangkan kantuknya.
Matanya bergerak untuk memandang selimutnya dengan fikiran masih kosong. Nasywa baru teringat sesuatu, laju Nasywa menoleh ke belakang. Wajah Ahnaf memang dekat betul dengan kepalanya. Nasywa juga baru perasan lengan Ahnaf mendarat di pinggangnya. Nasywa laju menepis lengan itu dan terus bangun. Dia kisah apa kalau Ahnaf tersedar pun. Secara jujurnya dia tidak terkejut sangat pun. Ahnaf memang spesies suka memaksa orang. Sebelum dia tidur pun memang dia dapat agak pasti Ahnaf akan tidur disebelahnya.
Selesai menunaikan solat subuh, Nasywa pandang tubuh Ahnaf yang masih tidur dengan lena. Nasywa geleng kepala. Macam ni jadi suami? Azan yang terlaung kuat macam tadi pun masih tak boleh sedar.
Alarm tak perlu cakaplah. Sepanjang Nasywa solat memang bunyi alarm tidak dimatikan. Nasib baik dua rakaat saja. Kalau tak memang susah lah Nasywa nak khusyuk.
Nak kejut ke tidak? Nak kejut ke tidak?
Kejut jelah! Kang kalau dia terlepas subuh, Nasywa juga yang berdosa sebab tak kejutkan dia. Dia nak bangun ke tidak tu urusan dia dengan Tuhan. Asalkan Nasywa dah jalankan tanggungjawabnya dengan mengejut Ahnaf bangun.
"Ahnaf! Bangun!" Nasywa menolak bahu Ahnaf berkali-kali.
"Bangun lah kau ni. Berapa subuh dah kau terlepas sampai tak sedar langsung ni?!" Nasywa mula membebel sambil tangannya tak henti menolak bahu Ahnaf.
"Hm..." Ahnaf mula menggerakkan tubuhnya. Nasywa memandang jelek memandang tubuh tanpa baju Ahnaf itu. Tak menggoda pun. Kalau dah benci, bayang-bayang Ahnaf pun Nasywa rasa nak bunuh.
"Kenapa wife?" Dengan suara serak basahnya Ahnaf bertanya. Terkejut Ahnaf apabila Nasywa menolak badannya kasar dan berkali-kali.
"Bangun lah. Subuh. Nak pukul tujuh dah. Apa susah sangat nak kejut kau ni?" Nasywa mula berlalu untuk keluar dari biliknya.
"Sayang nak pergi mana?"
"Keluar."
"Teman lah I dekat sini." Ahnaf sengih dengan mata separuh terbuka.
"Tak nak." Dengan itu, Nasywa terus keluar dari bilik itu.
Selesai menunaikan solat subuh, Ahnaf keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari isterinya. Tetapi kelibat Nasywa tidak terdapat di dapur itu. Sunyi saja. Mana Nasywa?
Ahnaf berjalan pula ke ruang tamu. Matanya meliar melihat sekeliling rumah ini. Rumah kampung milik Nasywa ini kelihatan cantik dan agak luas. Rumah ini tidak terdapat banyak perabot. Mungkin keluarga Nasywa memang tidak minat untuk menghiasi rumah ini dengan pelbagai perabot yang banyak.
Sampai di pintu rumah, Ahnaf perasan Nasywa berada di pangkin luar rumah itu, serentak itu senyumannya terukir. Sejak dia berkahwin dengan Nasywa, memang kerap dia tiba-tiba tersengih dan tersenyum. Betul-betul bahagia kerana Nasywa sudah menjadi miliknya.
"Uit. Buat apa tu?" Jari Ahnaf sempat mencuit sisi pinggang kiri Nasywa. Akibat perbuatan itu, badan Nasywa terenjat sedikit kerana sisi pinggangnya sensitif jadi dia mudah terkejut apabila orang mencuitnya disitu.
"Ahnaf!" Nasywa jerit perlahan. Elok tadi dia berangan tentang sejauh mana perkahwinan mereka boleh pergi, tahu-tahu segala angan itu terbang kerana perbuatan Ahnaf.
Ahnaf tergelak. Terhibur melihat wajah terkejut Nasywa.
"Sorry, sorry, sorry." Berkali-kali Ahnaf meminta maaf tika dia lihat wajah Nasywa sudah cemberut. Tangannya naik mengusap lengan kiri Nasywa yang ditutupi dengan bajunya.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."