Bab 2

731 79 7
                                    

7 tahun kemudian...

NASYWA turun dari keretanya dan melangkah menuju ke sebuah firma terkenal, Coast Group, yang terkenal dengan penghasilan jam tangan mewah dan eksklusif. Walau mahal, Nasywa yang telah bekerja di sana selama lima tahun pun masih perlu berfikir secara berhati-hati sebelum memutuskan untuk memiliki satu jam tangan dari jenama ini.

Coast Group bukan hanya terkenal dengan penghasilan jam tangan, tetapi juga mengeluarkan pelbagai produk lain. Selain itu, firma ini memiliki anak syarikat dengan jenama yang berbeza. Namun, reputasi utama Coast Group tetap terfokus pada penghasilan jam tangan mewah mereka.

Nasywa menjalankan tugasnya sebagai Pembantu Peribadi kepada seorang pengarah di syarikat ini, yang tidak lain adalah Abang Irma. Irma merupakan sahabat baiknya sejak zaman persekolahan dan setelah insiden tujuh tahun lalu, hanya Irma yang terus bersamanya. Irma yang garang selalu melindungi Nasywa dari segala bentuk ancaman dan kecaman semasa di kolej.

Lima tahun yang lalu, Irma yang menawarkan peluang pekerjaan ini kepadanya ketika abang Irma iaitu Tuan Haidil yang baru dilantik sebagai pengarah. Walaupun pada awalnya Tuan Haidil ingin Irma mengambil jawatan Pembantu Peribadi namun Irma menolak dengan halus kerana mempunyai keinginan sendiri.

Awalnya, Nasywa memegang jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pembantu Peribadi (PA) utama, yang juga adalah PA kepada Tuan Haidil. Kerana ketika itu Nasywa masih baru dalam dunia korporat dan memerlukan bimbingan. Sekarang, PA pertama, Kak Aza, telah berhenti, dan Nasywa menjadi satu-satunya Pembantu Peribadi kepada Tuan Haidil.

Penat? Ya, sangat penat. Bekerja sebagai Pembantu Peribadi bagi seorang pengarah syarikat besar sangat memenatkan. Tambahan pula Tuan Haidil itu mempunyai ramai klien yang datang dari bukan golongan yang biasa-biasa.

Nasywa yang baru sampai di bilik pejabatnya sendiri, terus mencapai sebuah Ipad dan terus berjalan masuk ke bilik pejabat majikannya. Hari ini Tuan Haidil datang ke pejabat lebih awal darinya kerana Nasywa ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan sebentar tadi. Mujurlah Tuan Haidil mengizinkan saja.

"Morning, Tuan." Nasywa menyapa majikannya itu yang tekun menghadap komputer dihadapannya.

"Degil awak ni Syuwa. Dah lima tahun saya suruh awak tak perlu ber tuan-tuan dengan saya." Tuan Haidil berkata tetapi matanya tetap menghadap skrin komputer itu.

Nasywa tergelak perlahan.

"We have to be professional. Kalau dekat luar pejabat boleh lah saya panggil Haidil saja." Nasywa jawab sambil menatal skrin Ipad itu.

Selepas itu, Nasywa melakukan rutinnya macam biasa iaitu memaklumkan tentang susunan jadual Tuan Haidil pada hari ini.

"Okey itu saja Tuan. Lepas je pukul tiga petang, Tuan free dah." Tuan Haidil yang mendengar itu angguk kepala perlahan. Tangan mengurut dagu perlahan. Mata masih menatap skrin komputer.

"Where is my coffee Syuwa?" Tuan Haidil bertanya. Kali ini dia betul-betul pandang Nasywa.

"Eh? Lah saya ingat tuan dah buat sendiri." Nasywa menepuk dahi.

"Saya tak pandai buat kopi sendiri. Kalau saya buat sendiri, saya tak mengaku itu air tangan saya," balas Tuan Haidil.

"Iya lah kalau macam tu saya pergi bancuh sekejap. Tuan nak apa-apa lagi?" Nasywa tanya.

"Hm takda dah."

Nasywa pusingkan badan ingin berlalu keluar.

"Eh wait!"

"Ya tuan?"

"I forgot to inform you that, one of my friends wants to custom our watch. He wants to deal with me only. So can you handle my schedule?" Tuan Haidil berkata.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now