Bab 5

754 90 14
                                    

SEBULAN telah berlalu, Nasywa masih tidak menerima apa-apa gangguan dari Ahnaf. Dan dia sangat bersyukur. Dia menganggap mungkin Ahnaf sudah melupakan niatnya kerana pasti Ahnaf sudah memiliki perempuan lain untuk dijadikan mangsa. Dia tidak kisah. Dia lagi suka ada lah.

Siapa nak bersuamikan lelaki macam itu? Perangai tidak semenggah. Lebih rela tak kahwin daripada kahwin dengan lelaki seperti itu.

Waktu bekerja sudah tamat, Nasywa mula mengemaskan barang-barangnya. Komputer dimatikan. Lampu dan pendingin hawa juga dimatikan. Hari ini Haidil tidak ada. Cuti. Jadi Nasywa tidak perlu memaklumkan apa-apa kepada Haidil. Walaupun Haidil tidak ada, kerjanya sama saja banyak. Jadual Haidil dia masih kena susun. Lagi-lagi apabila Haidil sudah habis cuti nanti. Mereka memang akan betul-betul sibuk.

Langkah Nasywa santai menuju ke keretanya. Hatinya girang. Tak sabar nak balik rumah. Hari ini hari jumaat. Membawa maksud esok adalah hari sabtu. Weekend! Cuti! Baru saja tangannya ingin membuka pintu kereta, lengannya disambar dari belakang lalu mulutnya ditekup. Mata Nasywa terbeliak. Badannya meronta kasar. Apa benda ini? Jantung berdegup kencang. Aku kena culik?

Tubuh Nasywa terus meronta-ronta. Sikunya bergerak laju menyiku perut si penculik.

"Diam!" Badan Nasywa diseret dari belakang.

"Lepas!!" Nasywa menjerit walaupun mulutnya ditekup.

"Tolong!!" Masih menjerit.

Seketika, dia ditolak masuk kedalam sebuah kereta. Nasywa tak perasan ini kereta apa tapi yang penting dia tahu kereta mewah.

Aku akan dijual ke? Fikiran Nasywa tak habis-habis memikirkan benda-benda yang buruk.

"Dasar jantan tak guna! Tangan kau busuk tahu tak?!" Nasywa memarahi lelaki yang menekup mulutnya tadi. Sempat dia membuat gaya seperti mahu termuntah. Saja mahu menyakitkan hati penculik itu agar dia sedar bahawa dia memang betul-betul. Perangai pun busuk.

Pintu kereta masih tidak ditutup kerana itu dia masih memberontak ingin mencuba untuk meloloskan dirinya kereta ini. Tetapi lelaki busuk itu tak habis-habis menolaknya ke dalam semula. Tudung Nasywa mula berkeronyok hasil dari pemberontakan itu.

"Lepaskan aku lah manusia tak guna! Kau nak apa?! Aku bukannya ada duit pun!" Kaki Nasywa mula menendang lelaki busuk itu. Tangannya juga bergerak laju memukul, menampar dan menumbuk tubuh lelaki jahat itu.

"Diam!"

"Tak nak!" Nasywa tidak tahu dari mana keberanian dirinya datang untuk menengking penculik itu.

Agaknya lelaki busuk dan jahat itu sudah mula geram, dia mula acukan pistol ke dahi Nasywa. Barulah Nasywa terdiam. Kali ini keberanian Nasywa sudah hilang saat dia melihat pistol itu. Matanya bergetar.

"Patut dari tadi aku acukan aje pistol ni." Lelaki busuk itu berkata.

"Ptuihhh!" Nasywa mengambil tindakan berani dengan meludah lelaki busuk itu.

Belum sempat lelaki itu mahu naik angin, Nasywa sudah ditarik dari belakang. Terkejut Nasywa apabila lengannya tiba-tiba saja ditarik dari belakang menjauhi pentu kereta itu. Nasywa baru terfikir, kenapa dari tadi dia tidak cuba lari mengunakan pintu sebelah? Adakah kehadiran penjahat sebenar ada dibelakangnya sejak tadi hingga membuatkan Nasywa tidak terfikir langsung?

"Tutup pintu tu." Suara garau mula berbunyi.

Nasywa terdiam. Kali ini dia betul-betul takut. Segala perkara buruk mula menerawang di fikiran Nasywa. Overthinking.

'Aku memang akan dijual. Ya Allah, ampunilah segala dosa saya Ya Allah. Ya Allah, tariklah nyawa saya sekarang kerana saya tidak mahu meninggal dalam keadaan mengaibkan Ya Allah. Saya nak mati dalam keadaan husnul khotimah, Ya Allah.'

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now