Bab 18

502 69 6
                                    

NASYWA melabuhkan duduk di tangga kayu di hadapan rumah kampungnya. Di tangannya terdapat semangkuk buah rambutan yang sudah siap kupas kulitnya malah isinya juga sudah dihiriskan. Nasywa menikmati buah rambutan itu sambil menunggu kedatangan seseorang. Buah rambutan ini dia sendiri yang meminta abahnya untuk kupaskan untuknya.

Nasywa sudah berjanji dengan kawan baru yang dia kenal semalam untuk bermain layang-layang lagi. Budak yang dikenali sebagai Qi itu sudah berjanji untuk mengajarnya bermain layang-layang. Qi juga sudah berjanji mahu membawa kereta mainan untuk ditunjukkan kepada Nasywa.

"Kawan Syuwa belum sampai lagi ke?" Encik Zainal bertanya. Tidak silap sebelum dia berangkat mahu ke masjid untuk menunaikan solat asar, Nasywa sudah memaklumkan bahawa kawan barunya mahu datang lagi hari ini. Ini dia sudah siap solat asar pun masih tidak datang.

"Belum lagilah abah. Syuwa penat dah ni tunggu."

"Penat. Tapi mulut mengunyah," sakat Encik Zainal. Dia melabuhkan duduk di sebelah anaknya.

"Syuwa lapar okey."

"Umi buat apa?"

"Hm umi solat kut." Nasywa sengih comel. Dia lupa nak tengok uminya tadi. Jawapan pun dia hentam sajalah.

"Syuwa dah solat?"

"Belum. Hehe."

"Mana boleh macam tu. Tak baik tau kita melambatkan solat. Abah cakap apa?"

"Kalau tak solat nanti Allah marah. Tak dapat masuk syurga," jawab Nasywa. Bibirnya sudah mencebik sedih.

"Ha tahu pun. Sekarang anak abah pergi solat dulu. Kalau kawan Syuwa dah sampai, abah suruh dia tunggu sekejap." Mata Nasywa terus bercahaya selepas mendengar tutur kata abahnya.

"Okey abah! Syuwa solat dulu tau. Suruh Qi tunggu Syuwa okey?"

Selesai solat, Nasywa sudah nampak kelibat kawannya yang sedang berbual dengan abahnya. Qi nampak malu-malu untuk menyambut huluran buah rambutan dari Encik Zainal.

"Qi!"

Qi hanya melambai perlahan sapaan Nasywa. Dia masih malu.

"Jom kita main!" Nasywa menarik tangan Qi untuk pergi ke tanah lapang di hadapan rumah.

Encik Zainal hanya pandang saja dari jauh gelagat anaknya bersama kawannya. Tangannya mencapai mangkuk kosong lalu tubuh dibangunkan. Dia mahu berjumpa buah hatinya di dalam rumah.

Nasywa dan Qi leka bermain layang-layang sambil bergelak sakan. Tidak tahu apa yang kelakar. Layang-layang terjatuh pun mereka berdua bantai gelak. Apabila layang-layang dapat terbang mereka tercengang kagum pula.

"Macam mana awak boleh reti main layang-layang?" Tanya Nasywa.

"Atuk saya ajar," jawab Qi.

"Patutlah saya tak pandai main layang-layang!"

"Kenapa?"

"Sebab atuk saya dah tak ada."

"Mana atuk awak?"

"Dalam tanah."

Qi terkebil-kebil sebentar dan hanya tergelak kecil. Dia tak faham pun. Langkahnya berlalu untuk mengambil sesuatu yang dia tinggalkan di pangkin rumah Nasywa.

"Wah! Ini ke kereta mainan awak?" Qi angguk laju.

"Mesti mahal!" Qi angkat bahu. Mahal tu apa? Mana dia tahu.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now