DENGAN teliti, Nasywa merapikan tudungnya di atas kepala. Hari ini, Ahnaf mengajaknya untuk pergi membeli barang-barang dapur. Walaupun pada mulanya Nasywa agak malas untuk keluar tetapi mengenangkan stok tuala wanitanya sudah habis dia terpaksa mengikut. Dia rasa agak malu untuk meminta Ahnaf membelikan, kerana jika Ahnaf membeli tuala wanita yang tidak sesuai nanti Nasywa juga yang akan marah. Jadi, dia memilih untuk keluar mengikut Ahnaf.
Hidung Nasywa dapat menghidu bau minyak wangi yang kuat. Matanya memandang ke arah Ahnaf yang leka menyembur minyak wangi di tubuhnya. Entah berapa kali semburan yang kena pada tubuh dan baju Ahnaf. Banyak betul. Nak tackle awek lah tu. Bibir Nasywa menjuih.
"Kenapa baby?" Pelik Ahnaf memandang wajah Nasywa yang tiba-tiba berubah muram dan masam.
"Tak ada apa." Nasywa pun tidak tahu kenapa dia tiba-tiba sentap jika mengenangkan Ahnaf ada perempuan simpanan kat luar sana. Mungkin kerana Ahnaf pernah buat hal dulu. Jadi, Nasywa trauma.
Ahnaf mengangkat bahu. Lalu berjalan ke arah bilik pakaian mereka untuk memilih koleksi jam tangan yang akan dipakai untuk hari ini.
"Sayang..." Ahnaf memanggil Nasywa.
"Apa?" Nasywa menyahut.
"Sini kejap tolong I," arah Ahnaf.
"Tolong I pilih jam mana yang sesuai," kata Ahnaf setelah Nasywa sudah tiba disebelahnya.
"Banyaknya jam kau," ujar Nasywa sambil matanya ralit memandang jam mewah di depan matanya.
"Mahal-mahal pula tu." Tambah Nasywa lagi. Bukan Nasywa tidak kenal jenama-jenama jam tangan mewah dan mahal ini semua. Untuk orang biasa macam dia ni memang tak akan pernahlah nak merasa sarung jam tangan mahal seperti ini semua.
Ahnaf tergelak perlahan. Tangannya naik mencubit perlahan pipi Nasywa. Kan dia sudah beritahu pada Nasywa yang isterinya ini comel macam baby. Muka terkejut pun comel. Makin angau lah Ahnaf pada isterinya.
"I kan pengarah syarikat, jadi I kena tampilkan imej yang hebat lah baby," balas Ahnaf. Terus Ahnaf panggil Nasywa dengan panggilan baby kerana Nasywa nampak comel.
"Tapi perlu ke mahal-mahal dan banyak macam ni? Tak rasa membazir?" Tanya Nasywa.
"Bagi orang macam I ni, jam tangan adalah salah satu aksesori yang penting. Bila pelabur luar pandang I pakai jam tangan biasa-biasa aje, you rasa diorang yakin ke nak melabur dekat syarikat I? Jam tangan mahal dan mewah ni menunjukkan kredibiliti seseorang. Jadi, jam tangan I semua ni sangat penting bagi I," balas Ahnaf.
"Tapi tak rasa membazir ke? Nanti dekat akhirat Allah tanya kenapa membazir beli jam tangan banyak-banyak padahal nak gunanya satu je."
Ahnaf tergelak lagi. Comel sangat lah isterinya ni.
"Jam tangan macam ni, laku tau baby. Jadi kotlah I jatuh muflis satu hari nanti, I boleh jual jam tangan ni semua. Lagi-lagi koleksi dari syarikat Haidil ni. Ramai orang nak tau. Limited edition. Jadi you jangan risau. InshaAllah kalau umur panjang, tua nanti I juallah jam tangan ni semua."
"Suka hati kau lah. Pakai yang ni." Nasywa menunjukkan satu jam tangan. Bekerja di syarikat yang menghasilkan jam tangan, Nasywa memang mengenali banyak jenama jam tangan. Richard Mille. RM 72-01 berwarna hitam.
Ahnaf mengambil jam tangan itu. "Kenapa jam ni?" Ahnaf bertanya sambil memakai jam tangan itu di pergelangan tangannya.
"Sebab kena dengan gaya kau harini." Nasywa jawab. Hari ini Ahnaf memakai linen shirt berwarna beige dipadankan dengan linen pants berwarna hitam.
Ahnaf angguk. Betullah tu. Memang kena dengan gaya dia harini. Pandai Nasywa.
"Pandai sayang. Lepasni you jelah siapkan I."
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."