KERETA yang dipandu laju oleh Ahnaf terus memasuki sebuah perkarangan kediaman mewah. Berdecit tayar keretanya apabila Ahnaf berhentikan keretanya dengan mendadak di hadapan kediaman mewah itu. Tanpa lengah, Ahnaf terus melangkah keluar dari kereta itu setelah enjin kereta dimatikan.
Pintu rumah itu ditolak kasar dan tanpa salam, Ahnaf terus melangkah masuk ke dalam kediaman itu. Mata merah dan tajamnya meliar memandang sekeliling rumah mencari tubuh badan seseorang yang sangat ingin dia beri sepatah dua kata. Tiada di ruang tamu, kakinya menuju ke lif rumah dan menekan tingkat yang dia sendiri tahu dimana gerangan ini akan berada.
Bilik pejabat di kediaman itu dituju laju setelah pintu lif terbuka. Sekali lagi tanpa salam atau ketukan, pintu bilik itu ditolak kasar. Gerangan yang berada di dalam bilik pejabat itu agak tersentak pada mulanya namun saat matanya memandang tubuh Ahnaf mukanya terbias riak selamba. Seolah sudah biasa lihat Ahnaf dalam keadaan marah.
"Ahnaf dah beri amaran pada papa, jangan ganggu Nasywa. Kepala papa ni dah sekeras hati papa ke sampai kata-kata Ahnaf langsung tak boleh serap masuk dalam otak?" Kedua tangan ditongkatkan di hadapan meja di dalam bilik itu. Mata merenung tajam wajah Dato' Khalid.
Dato' Khalid terus gelak kuat. Badan disandarkan di kerusi roda kerjanya. Kedua lengan diletakkan di pemegang kerusi.
"Oh dia dah masuk ke rumah dia tu? Ala baru gertak sikit, takkan dah takut?" Dato' Khalid berkata.
Bam! Kuat bunyi terhasil apabila Ahnaf menepuk kuat permukaan meja itu. Ternaik sedikit bahu Dato' Khalid apabila bunyi kuat itu telah mengejutkan dia apabila dia sedang leka bergelak tawa. Perasaan berani tadi yang menyelubungi tubuh badan Dato' Khalid terbang hilang sekelip mata. Dengan takut-takut matanya naik memandang wajah Ahnaf.
"Tak cukup lagi ke dengan segala kesakitan yang papa dah bagi selama ini? Apa lagi yang tak cukup?"
"Kenapa? Perempuan tu dah tahu ke apa yang jadi sebenarnya? Dia dah baca surat tu?"
Mata Ahnaf bertambah kerut. Surat? Surat apa? Nasywa langsung tiada beritahu apa-apa tentang surat. Bahkan pihak polis atau pengawal peribadinya pun tiada beri apa-apa maklumat tentang surat. Apa lagi yang dia terlepas?
"Dia dah tahu ke segala rahsia yang Ahnaf pegang selama ni? Dia dah tahu yang Ahnaf ni tak adalah baik mana pun." Sengihan sinis dilemparkan pada Ahnaf.
"Surat apa papa?" Tanpa lengah, Ahnaf terus bertanya tanpa endahkan kata-kata sinis dari Dato' Khalid.
Belum sempat Dato' Khalid menjawab pertanyaan Ahnaf, pintu bilik itu dibuka dari luar. Muncul gerangan Datin Syakira, mama Ahnaf. Wajah Datin Syakira berkerut penuh dengan persoalan yang berlegar di fikirannya.
"Kenapa ni Ahnaf? You? Dari luar I dah bunyi bising-bising. Gaduh pasal apa pula kalini?" Tanya Datin Syakira kepada Ahnaf dan Dato' Khalid.
"Entah. You tanyalah anak kesayangan you ni." Dato' Khalid menjawab sambil mengangkat kedua belah bahunya.
"You tak perlu nak entah-entah bagai. You aje selama ni yang selalu cari masalah dengan anak kita. Apa lagi yang you tak puas hati lagi? Dari dulu sampai sekarang you tak pernah layan Ahnaf baik-baik. Ahnaf ni anak kita juga tau."
"Dia ni bodoh! Tak pernah nak dengar cakap I sedangkan I ni ayah dia!" Intonasi suara Dato' Khalid menaik. Suasana di bilik pejabat milik Dato' Khalid di kediaman itu menjadi tegang.
Mata Ahnaf makin tajam mencerlung ke arah Dato' Khalid. Tangan kuat menggenggam penumbuk. Tubuh badannya menggigil.
"Apa lagi yang you nak dia buat, Dato' Khalid?" Tanya Datin Syakira.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."