DENGAN langkah ringan, Nasywa melangkah keluar dari keretanya yang tersusun rapi di tempat letak kenderaan. Langit senja memancarkan warna jingga keemasan yang memancar di ufuk barat. Dalam langkahnya yang mantap, dia menuju ke arah bangunan tinggi di hadapan iaitu kediamannya yang dia duduk sebelum dia bergelar isteri Ahnaf. Langkahnya dipenuhi keyakinan, sementara pandangan matanya menatap jauh ke hadapan, mungkin merancang apa yang perlu dilakukan pada malam ini. Dengan setiap langkah, bunyi tapak kasutnya melangkah di atas jalan yang sepi.
Pada pagi tadi, Nasywa telah meminta izin pada Ahnaf untuk menyinggah ke rumahnya untuk mengambil barangnya yang tertinggal. Nasywa masih lagi terikat dengan kontrak rumah ini yang membuat dia masih ada hak untuk melangkah masuk. Kerana itu, Nasywa tidak tergesa-gesa mengemas barangnya untuk dipindah masuk ke dalam rumah Ahnaf. Nasywa telah memberitahu bahawa dia mahu ke rumahnya selepas waktu kerja, tetapi kerana sesak lalu lintas, Nasywa tiba dirumahnya ini agak lewat. Tidak tahulah apa reaksi suaminya nanti.
Sejak kejadian beberapa hari lepas, Nasywa hanya membiarkan ia berlalu seperti tiada apa yang berlaku. Layanan Nasywa pada Ahnaf juga seperti tiada apa yang berlaku. Nasywa layan Ahnaf seperti biasa. Dia sudah mengingatkan Ahnaf jika sudah tiba masa Nasywa perlu tahu, beritahulah pada Nasywa. Nasywa malas mahu hidup dengan rasa tidak tenang memikirkan masalah yang dia sendiri tidak tahu puncanya dimana.
Sudah tiba di hadapan pintu rumahnya, Nasywa mengeluarkan kuncinya dari dalam begnya untuk membuka kunci pintu itu. Menolak pintu, Nasywa melangkah masuk ke dalam rumah itu dan terus memetik suis lampu untuk menerangkan ruang tamu itu. Sebaik sahaja ruang tamunya terang-benderang, Nasywa terdiam, matanya membulat terkejut dan mengejut. Ruang tamu yang biasanya teratur kini bersepah dengan barang-barang berselerak di lantai, sofa yang tertunggang dengan cara yang kasar, dan objek-objek peribadi berselerak di atas meja kopi. Dalam cahaya terang lampu ruangan, Nasywa melihat terdapat bekas-bekas cat berwarna merah di dinding ruang tamu itu dan dia dapat merasakan detak jantungnya yang meningkat laju.
"Ya Allah, kenapa ni?" Tangan Nasywa menekup mulutnya.
Pemikiran-pemikiran yang menakutkan melanda fikirannya. Adakah ada orang masuk ke rumahnya tanpa izin? Dia berdiri di situ tidak mampu memejamkan matanya hanya membiarkan keadaan di hadapannya menakutkan dan mencabar keyakinannya. Sesuatu yang membuatkan hatinya berdegup kencang dan mengalirkan rasa takut yang mendorongnya untuk segera menghubungi pihak berkuasa. Namun, ketakutan yang terperangkap di dalam dada membuatnya teragak-agak.
Dengan sedikit rasa berani yang masih tersisa di dalam dirinya, Nasywa melangkah secara perlahan ke arah tengah ruang tamu itu. Di atas meja kopi, dia terdapat ada sekeping kertas yang sudah direnyukkan lalu dengan teragak-agak dia merungkaikan renyukan kertas itu. Tulisan yang terdapat di permukaan kertas dibisik perlahan.
"Suami kau tak adalah sebaik mana yang kau sangkakan. Banyak rahsia yang dia sembunyikan dari kau dan percayalah saat rahsia itu terbongkar, kau akan jatuh terduduk. Orang miskin macam kau tak layak langsung untuk bahagia."
Tangan Nasywa menggigil saat memegang kertas itu. Ahnaf tidak baik? Dia tidak pernah menganggap Ahnaf itu baik walaupun sudah bermacam-macam hal baik sudah dipertontonkan oleh Ahnaf kepada Nasywa. Orang miskin macam kau tak layak langsung untuk bahagia? Siapa yang sangat dengkikan dirinya saat ini?
Bunyi telefon Nasywa telah menyentakkan dia dari terus merenung kertas itu. Nasywa mencapai telefonnya dari dalam beg tangannya, nama yang terpapar di skrin telefon itu membuatkan air mata Nasywa bergenang. Kenapa Ahnaf selalu ada di waktu hatinya tidak tenteram? Nasywa hanya merenung skrin itu sehingga deringan itu berhenti menunjukkan bahawa panggilan telefon itu Nasywa dibiarkan tidak berangkat. Sekali lagi, Ahnaf telefon dan waktu ini Nasywa terima panggilan itu. Telinga terus ditekap di telinga kanannya.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."