Bab 12

465 58 14
                                    

SETELAH seminggu bercuti, hari ini Nasywa dan Ahnaf mula kembali kepada rutin kerja mereka sebagai pasangan suami isteri. Selepas subuh tadi, Nasywa merasakan keletihan yang amat dan meminta Ahnaf untuk membangunkannya dari tidur. Dia ingin tidur sebentar, mungkin hanya setengah jam. Walaupun sekejap, dia berharap dapat berehat sebentar sebelum memulakan hari yang sibuk.

"Baby, bangun. Dah setengah jam." Tangan Ahnaf bergerak mengusap kepala Nasywa. Badan mengiring menghadap Nasywa yang masih tiada tanda-tanda mahu bangun tidur.

"Lima minit," balas Nasywa. Badannya bergerak pusing mengiring membelakangi Ahnaf sambil erat memeluk bantal peluknya.

"Tak bolehlah my precious baby. You tak mandi lagi tau. Hari ni hari Isnin, jalan sesak biasanya," kata Ahnaf. Tangannya beralih dari mengusap kepala, mengusap pipi Nasywa pula.

Mendengar tutur kata Ahnaf, Nasywa terus bangun tadi pembaringannya. Jalan sesak. Ergh malasnya!

"Pergi mandi. I siapkan sarapan."

Nasywa terus bangun lalu berjalan perlahan ke bilik air. Macam-macam rungutan muncul di dalam fikirannya.

Malasnya nak pergi kerja. Menyesalnya tidur lepas subuh tadi. Patutnya mandi saja terus. Penyesalan mula menyelubungi diri Nasywa. Biasanya memang begitulah Nasywa setiap hari. Sambung tidur lepas subuh, selepas itu dirinya akan menyesal.

Selesai mandi, Nasywa mengenakan baju T kosong berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Baju T hitam itu di masukkan ke dalam seluar lalu blazer berwarna kelabu disarungkan di tubuhnya. Nasywa pusing-pusingkan tubuhnya dihadapan cermin besar bagi melihat kesesuaian pakaiannya pada hari ini. Kepala dianggukkan perlahan tanda puas hati.

Selesai dandan wajahnya, selendang bewarna hitam diletakkan atas kepala lalu dililit ringkas. Setelah berpuas hati dengan pakaiannya pada pagi ini, stokin berwarna kulit disarungkan di kakinya.

Selepas mencapai beg tangannya, langkah dibawa ke dapur, Nasywa mendapati Ahnaf sedang berdiri dihadapan mesin kopi. Nasywa meletakkan beg tangannya di atas meja pulau. Bunyi itu mengejutkan Ahnaf yang sedang leka dengan kerja dapurnya.

"Morning, sayang." Ahnaf menyapanya.

"Masak apa ni?" Tanya Nasywa.

"We will be having bread, scramble eggs and baked beans. Is that okay with you?"

Nasywa angguk. Nasywa kan tidak cerewet bab makanan. Ahnaf senyum. Jaga Nasywa ni senang. Tolak batu dengan kayu aje.

"Here is the coffee for my lady." Ahnaf meletakkan secawan kopi panas di hadapan Nasywa. Nasywa meneguk air liur. Dia memang suka mengenakan kopi pada waktu pagi.

"Kau minum apa?" Tanya Nasywa apabila dia tidak mendapati secawan lagi kopi di atas meja.

"I minum susu. I don't drink coffee," balas Ahnaf.

Wajah Nasywa berkerut. Setahu dia, Ahnaf penggemar kopi juga macam dia. Dia teringat waktu zaman belajar, Ahnaf kerap belanja kopi untuk dirinya dan Nasywa. Bahu diangkat. Mungkin selera Ahnaf sudah bertukar.

Selesai menjamu selera, Ahnaf bergerak ke arah bilik mereka untuk menyarung kemejanya. Sepanjang Ahnaf menyediakan sarapan, dia hanya mengenakan seluar slack hitam bersama baju T kosong berwarna putih.

"My wife," tegur Ahnaf. Nasywa yang sedang duduk di sofa sambil bermain telefonnya mengangkat kepala memandang Ahnaf. Ahnaf sedang memasang cufflinks di pergelangan tangan kemejanya sambil berjalan ke arahnya dengan langkah santai. Nasywa meneguk liurnya. Lain macam kekacakan suaminya pada pagi ini.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now