Bab 16

376 51 0
                                    

DI suasana yang gelap dan sunyi, Ahnaf duduk di kerusi batu yang keras. Dia mendongak ke langit dan kagum dengan bintang-bintang. Dia benar-benar menginginkan sesuatu dan melihat dengan teliti setiap bintang yang bersinar di langit. Angin malam menerpa wajahnya, membuatkan dia merasakan kesejukan yang menyenangkan. Bulan bulat besar kelihatan sangat menakjubkan di tengah-tengah, menerangi malam dengan keindahannya yang tidak dapat dinafikan. Ahnaf menarik nafas panjang, memikirkan perkara rahsia yang tersembunyi di langit yang gelap.

Sama seperti rahsia yang sudah lama dia simpan di dalam hatinya. Banyak lagi rahsia tersembunyi yang Ahnaf sendiri tidak tahu bagaimana dia mahu berterus-terang dengan isteri kesayangannya itu. Semua ini terlalu berat untuk dia tanggung lantas dia berfikir bagaimana reaksi isterinya jika dia tahu tentang perkara sebenar. Sebatang rokok yang sudah separuh itu diletakkan di celahan bibirnya lalu disedut dalam. Seperti biasa, matanya pejam rapat dan menikmati setiap rasa saat asap rokok menerobos masuk kedalam paru-parunya mengharapkan asap-asap itu membakar sekali segala beban dan sakit yang telah dia tanggung selama ini.

"Sudahlah tu. Dah masuk batang ketiga dah tu aku rasa," tegur satu suara yang menyentakkan Ahnaf. Secawan air coklat panas dan semangkuk sederhana penuh dengan kacang pistachio diletakkan di atas meja batu. Ahnaf hanya memandang kosong gelagat Amsyar yang sudah melabuhkan duduk di atas satu lagi kerusi batu disebelahnya.

Selepas Ahnaf melampiaskan marah di rumah orang tuanya, dia memandu terus ke rumah keluarga kawannya. Amsyar memang kerap duduk dirumah keluarganya berbanding rumahnya sendiri. Alasannya, bosan duduk berseorangan.

"Makin kita tegur, makin dia buat." Tergeleng kepala Amsyar melihat Ahnaf tetap sedut asap rokok itu.

"Aku terfikir kalau semua ini tak jadi mesti aku dah bahagia kan? Aku boleh buat apa saja yang aku mahu, kan?" Ahnaf berkata sambil menatap rokoknya yang sudah pendek itu.

"Ya tak ya juga kan? Kalau tak jadi tak adalah kau sekarang dok melepak dekat luar rumah keluarga aku malam-malam buta ni kan?" perli Amsyar.

"Tch! Aku tumpang healing kejap je."

"Kalau nak healing, baik ajak bini tu ha."

"Aku tak bolehlah. Hati aku luluh setiap kali aku pandang muka isteri aku. Aku kesian sangat dengan dia. Akulah punca untuk setiap kesakitan dia." Sekali lagi tangannya naik mahu capai kotak rokok di atas meja batu itu. Namun belum sempat dia capai, Amsyar cepat-cepat merampas lalu secawan air coklat panas dihulurkan kepada Ahnaf menggunakan sebelah tangannya.

"Penat-penat aku buatkan kau air, kau tak minum. Dok menghisap benda yang beri keburukan untuk kesihatan kau tu ha."

Nak tak nak, Ahnaf mencapai juga air itu lalu disisip perlahan.

"Panas betul. Nak bunuh aku ke apa?"

"Alang-alang bagi paru-paru tu penuh asap air coklat pulak." Amsyar sengih.

"Bebal." Ahnaf tetap menghirup lagi air coklat panas itu.

"Apa cerita? Papa kau lagi?"

"Macam biasa lah." Keluhan berat terlepas dari mulut Ahnaf.

Melihat pada langit gelap yang terbias dengan taburan bintang cantik membuat Ahnaf berfikir tentang betapa menakjubnya alam semesta. Dia juga berfikir tentang betapa kecilnya dia berbanding segala-galanya. Pada masa yang sama, cahaya dari bintang mengingatkannya pada kenangan lama tapi berharga dan impian istimewa yang membuatkan dia berasa tenang dan gembira.

"Aku rindu Nasywa."

"Dah tahu rindu pergilah balik. Ini tidak. Merokok pula dekat rumah orang. Tak malu." Ahnaf langsung tak ambil hati dengan kata-kata Amsyar. Apalah nak dibandingkan dengan kata-kata kasar ini berbanding dengan hinaan dari ayahnya sendiri.

Bahagiakah Cinta (HIATUS)Where stories live. Discover now