DALAM 15 minit lagi untuk jam menginjak ke pukul 10 pagi, Nasywa bangun dari duduknya dan mencapai sebuah Ipad, buku nota dan sebatang pen. Pada hari ini terdapat mesyuarat tergempar dimana barisan pemegang saham dan lembaga pengarah akan berbincang untuk melantik seorang ahli lembaga pengarah baru untuk Syarikat Coast Group.
Hal ini kerana, seorang lembaga pengarah dari syarikat itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada dua hari lepas. Mesyuarat ini diadakan setelah beberapa faktor sudah dilihat dan diteliti. Ahli lembaga yang sudah meninggal dunia itu merupakan salah seorang watak penting dalam memastikan kelangsungan syarikat itu. Jadi, Syarikat Coast Group haruslah bergerak pantas untuk mengisi kekosongan itu agar tidak mencacatkan operasi syarikat itu pada masa akan datang.
Nasywa terus berjalan menuju ke bilik pejabat majikannya, Haidil. Nasywa terus menolak pintu bilik itu setelah pintu diketuk dan izin sudah diberi.
"Tuan, lagi sepuluh minit nak pukul 10. Boleh kita gerak sekarang?" tanya Nasywa.
"Alright let's go." Haidil terus bangun dan berjalan mendahului Nasywa. Nasywa hanya mengekori dari belakang untuk menuju ke bilik mesyuarat yang akan digunakan untuk mesyuarat tergempar ini. Dalam perjalanan menuju ke bilik mesyuarat, Haidil sempat bertanya beberapa soalan pada Nasywa tentang mesyuarat yang akan datang ini.
Dalam sebuah bilik mesyuarat yang bernuansa serius, ahli lembaga pengarah dan beberapa pemegang saham utama syarikat berkumpul untuk membincangkan perlantikan seorang ahli lembaga pengarah baru. Pemergian seorang ahli lembaga pengarah, Dato' Azman, telah meninggalkan kekosongan penting dalam organisasi syarikat itu.
Di kerusi utama di dalam bilik mesyuarat itu diduduki oleh bapa Haidil, Tan Sri Abdul Ghani yang juga seorang pemilik syarikat Coast Group. Mesyuarat ini berlangsung dengan kehadiran ahli lembaga pengarah, pemegang saham, pengarah Coast Group dan juga pemilik Coast Group. Kebiasaannya, Nasywa jarang menyertai mesyuarat besar seperti ini kerana dia hanya seorang pembantu peribadi. Namun, pada hari ini Haidil memintanya untuk menyediakan dokuman penting jka diperlukan dan mencatat minit mesyuarat.
Nasywa melabuhkan duduknya disebelah Haidil. Mata Nasywa naik memandang gerangan yang duduk dihadapannya saat dia melabuhkan duduknya. Degupan jantung Nasywa mula tidak tentu apabila Ahnaf melemparkan senyuman seraya mengenyitkan matanya kepada Nasywa. Nasywa pejamkan matanya. Kenapalah dia kena duduk depan aku? Getus hati Nasywa.
Baru Nasywa teringat, Ahnaf ialah salah seorang pemegang saham bagi syarikat ini. Kerana itulah terdapat kehadiran Ahnaf di dalam bilik mesyuarat ini.
Tangan Nasywa yang sedikit menggeletar itu dia abaikan. Dia cuba menarik dalam nafasnya untuk menenangkan hatinya yang mula gelisah. Bukan gelisah yang melibatkan perasaan takut tetapi lebih kepada gelisah kerana perasaan malu dan teruja. Malu dan teruja kerana apa? Nasywa pun tidak pasti.
"Salam sejahtera kepada semua yang hadir. Hari ini seperti yang kita tahu, kita telah dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati dimana salah seorang dari ahli lembaga pengarah kita yang dihormati, Dato' Azman, telah meninggal dunia dua hari lepas dalam kemalangan," ucap seorang pengerusi ahli lembaga pengarah yang dikenali sebagai Dato' Sri Mustafa.
"Saya turut berduka cita atas kehilangan yang besar ini. Dato' Azman telah menjadi sebahagian daripada perjalanan syarikat kita selama bertahun-tahun. Do we have any plans to pay for his last respects?" balas Tan Sri Abdul Ghani.
"Kita mungkin perlu merancang majlis istimewa untuk mengingati jasa beliau dalam organisasi kita. Patutkah kita juga mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tentang Dato' Azman bagi pihak syarikat?" Salah seorang dari ahli lembaga pengarah balas soalan Tan Sri Abdul Ghani.
YOU ARE READING
Bahagiakah Cinta (HIATUS)
Romance"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."