"YA ALLAH!" jerit Dahlia kecil apabila melihat sosok suaminya itu.
Faheem juga turut sama terkejut. Dahlia pula terkebil-kebil melihat tubuh tegap itu tanpa pakaian dan hanya bertuala dipinggang sahaja.
Badannya basah seolah-olah baru lepas mandi. Rambutnya messy dan basah juga.
Hening seketika suasana. Masing-masing hanya bertukar pandangan.
"...a...awak buat apa kat sini? Kenapa tak call--"
"Haih, nak balik rumah sendiri pun tak boleh ke?" seloroh Faheem.
"Bukan. Maksud saya, kenapa awak tak call dulu?"
Dia berjalan keluar dari bilik air dan melabuhkan punggungnya diatas katil empuknya itu.
"Bukan taknak call, ingat nak buat surprise. Tiba-tiba aje kau balik sini, tak jadi pulak surprise."
Dahlia hanya melihat kelakuan Faheem.
"Sinilah," Faheem memanggilnya untuk duduk disebelahnya.
"...taknak," merajuk aje bunyi.
Faheem mengukir senyum senget.
"Marah kan aku?" soalnya.
"Tak,"
"Tipu," balas Faheem.
Faheem bangun dari duduk dan berjalan kearah isterinya. Berdiri benar-benar dihadapan Dahlia.
"Aku tunggu kau call, tapi satu pun tak ada. Busy ke?" soalnya. Boleh saja dia telefon Dahlia dahulu, tapi saja hendak tunggu Dahlia telefon.
"...tak, saya takut awak yang busy."
"Itu aje? Ingatkan tak rindu,"
"Siapa kata saya rindu?" soal Dahlia.
"Tak rindulah ni?"
"Tak tahu,"
Tawa halus kedengaran dari Faheem. Tercuit dengan perangai comel isterinya yang kecil molek ini.
Tiba-tiba baru Dahlia sedar sesuatu. Lelaki ini tidak berpakaian. Matanya merewang pada tubuh tegap itu. Liur ditelan. Rasa macam telan batu pula. Payah benar.
"...awak ni taknak pakai baju ke?" mata dilari kearah lain.
"Taknak, lagipun bukan berdosa pun. Bukan selalu nak buat fashion show depan kau. Kalau ikutkan aku, nak aje aku londeh tuala ni."
"Faheem!"
Terburai tawa Faheem.
"Dahlah tu berkerut, dah makan belum? Kita makan sama-sama. Kau masak."
"Eh?"
"Hehe," tersengeh lelaki itu. Sengeh tak tahu malu.
Ingatkan nak bawak dia keluar ke nak masak untuk dia ke. Tak romantik langsung si Faheem ni.
TANGAN yang memegang senduk giat mengaul tomyam didalam periuk itu. Isi isi didalam periuk itu bergerak kiri ke kanan.
Haruman serai dan daun limau semerbak.
Faheem sibuk mencedok nasi kedalam mangkuk besar.
Apabila tomyam benar-benar sudah masak, Dahlia menutup api dan menoleh kearah Faheem yang hendak membancuh air pula.
"Nak bancuh air apa?" soal Dahlia.
"Kau nak air apa?"
"Sunquick,"
"Sunquick then,"
Dia menuang botol Sunquick ke dalam jag mengikut sukatan 'agak-agak'.
Dahlia kemudian menapak di meja makan lalu menghidangkan nasi dan tomyam. Sampai saja Faheem, Dahlia cepat-cepat menuangkan air kedalam gelas.
Faheem sudah siap duduk menunggu agar isterinya menghidangkan makanan buatnya.
"Nak bersanding tak?" tiba-tiba Faheem bertanya.
Terhenti perbuatan Dahlia. Dia menoleh kearah Faheem.
"Kenapa?"
"Saja."
"Hah?"
"Nikah sekali seumur hidup, sanding pun sama. Kalau sanding kali kedua tu lain, dah tak rasa vibe pengantin baru."
"Tak payahlah, membazir duit aje." tolak Dahlia.
"Tak bazir pun. Aku boleh bayar, yang kau risau sangat kenapa?"
"Sebab duit awaklah, membazir. Sanding ni adat aje."
"Apa salahnya? Islam pun galakkan hebahkan perkahwinan."
"Ada cara lain kan." bantah Dahlia.
"Cara apa? Ada anak?"
Berkeringat Dahlia mendengar itu.
"Ha tahu senyap, dah kita sanding aje. Nanti kita pergi fitting baju."
MATI saja talian di antara Hajah Aisyah dan anaknya, Faheem terus tersengeh-sengeh dan teruja Hajah Aisyah.
Dato' Khalid yang baru habis solat kehairanan melihat isterinya tersengeh-sengeh bagai tiada hari esok.
"Awak ni tersengeh-sengeh macam kerang busuk dah kenapa?" seloroh Dato' Khalid.
"Anak kita bang, diorang nak buat majlis sanding."
"Rasanya haritu Dahlia tolak kan,"
"Memang, ni Faheem balik ni dia pujuk Dahlia tu. Alhamdulillah bang, gembira saya."
"Baguslah macam tu, ni ada apa-apa ke nak kena tolong?"
"Ha, ada. Faheem minta tolong carikan katering aje. Yang lain dia dah settlekan." balas Hajah Aisyah.
"Ha takpe, yang itu kita sponsor aje. Nak sambut anak menantu kita jugak. Tak gitu?"
Hajah Aisyah mengangguk setuju.

YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
RomanceMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...