"Darwisyah! nak pergi mana? Come here!".Salah seorang cikgu disiplin itu yang di gelar sir Zul bercekak pinggang sambil memegang rotan berhampiran tangga yang digunakan untuk Darwisyah naik ke kelasnya.Terdapat ramai pelajar lain yang beratur disampingnya."Aik asal cikgu panggil aku".Dengan seribu tanda tanya Darwisyah bergerak ke arah Sir Zul itu.
"Kenapa Sir?".Mukanya hairan dan pelik kerana dia tidak melakukan keselahan apa pun.Matanya jugak tertuju pada Mr.Dayyan iaitu cikgu disiplin baharu.Takkan sebab aku menjawab cakap dia haritu dia ajak geng dia nak marah aku?.Desis hati Darwisyah.
"kenapa datang lewat?".Sir Zul bertanya sambil jari telunjuknya mengetuk jam.
"Aik? memang selalu saya datang waktu macam ni,bukan ke paling lambat pukul 7:45?".Dia mereling jam yang berada di tangan Sir Zul itu kerana takut jika dia salah tengok jam tetapi benar jam menunjukkan pukul 7:36. Dia tidak suka memakai jam kerana baginya ia merimaskan.
"Sekarang kita dah tukar waktu, sekarang waktu paling lambat 7:30".Sir Zul mencekak pinggang sambil matanya tertuju pada Tengku Dayyan.Tengku Dayyan hanya berdiri sahaja seperti kayu sambil memeluk tubuh melihat mereka yang didenda tanpa berbuat apa.
"T..tapi..".Darwisyah bergilir memerhati mata sir Zul perasan akan mata Sir Zul yang melihat Tengku Dayyan itu.Takkan dia pula yang tukar waktu? Shit!.
"Tangan!".Sir Zul dengan tegas mengarahkan semua yang datang pada 7:30 lebih itu menghulurkan tangan untuk dia merotan termasuk Darwisyah.
"Shit! Shit! Shit!".Darwisyah menyebut perkataan itu hampir 10 kali seperti berzikir.Ketika ini dia berada di dalam kelas menunggu cikgu masuk.
"Kau ni kenapa Sya? dari tadi dok sebut shit tu dah macam orang gila aku tengok apa besar sangat ke masalah kau harini?".Syamsila yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Darwisyah yang pelik itu terus bertanya kerana sudah tidak tahan melihat kawan karibnya itu seperti orang tidak betul.
"Aku benci betul dengan Mr.Dayyan tu sesuka hati dia je tukar waktu sekolah tak pasal pasal aku kena rotan! Apa dia ingat dia kaya dia handsome dia hebat lah? dia boleh buat apa je? Shit! dah la ego,angkuh perasan macam semua orang gilakan dia dahla BUSUK!!!".Darwisyah meluahkan perasaannya kuat sehingga hampir satu kelas mendengar.
"Syah! Dahla kau tak nampak ke siapa kat depan tu!".Syamsila berbisik kuat terkejut akan kata kata Darwisyah yang tidak sedar akan kehadiran Tengku Dayyan di kelas itu sebelum Darwisyah memulakan luahan lagi Tengku Dayyan sudah pun melangkah masuk.
Darwisyah terkedu dan tersentap melihat Mr.Dayyan sudah pun merenungnya tajam.Satu kelas itu sudah meneguk air liur takut melihat cikgu mereka yang telah mendengar kata kata Darwisyah itu mengamuk.
"Bangun!!! Assalammualaikum Mr.Dayyan!".Salah seorang ketua kelas mereka memberi salam dengan sengaja memberhentikan keadaan yang tegang tadi.
"Waalaikummusalam sit down".Tengku Dayyan mengarahkan semua duduk tanpa mengendahkan hal tadi dan meneruskan sesi pembelajaranya seperti biasa.
"Dilaila Darwisyah...come to my room after break".Tengku Dayyan memberi arahan sebelum dia berjalan keluar dengan bergaya tanpa melihat sesiapa pun hanya suara sahaja kedengaran.
Semua orang di dalam kelas itu terkedu pucat walaupun bukan mereka yang kena tetapi bahangnya tetap terasa.
"Darwisyah habis lah kau! apa yang dia nak buat dengan kau!".Danial iaitu kawan sekelasnya mula bersuara selepas sahaja Tengku Dayyan melangkah keluar.
"Itulah kau kenapa kau pergi cakap kuat kuat! aduh aku yang risau tau!".Syamsila mengoncang badan Darwisyah seperti mahu tercabut tulang tulang kurusnya itu.
YOU ARE READING
CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKU
RomanceTENGKU DAYYAN DAQIF BIN TENGKU DAIM URAISYAH,berusia 24 tahun,seorang jejaka tampan mempunyai mata hazel cantik, kulit yang putih,badan yang tegap,hidung mancung kacukan turki yang digilai ramai wanita tetapi dengan sikapnya yang dingin dan anti den...