Tengku Dayyan Daqif part 43

1.4K 37 1
                                    

"Aku pergi letak jug ni dekat kereta kejap."Ujar Tengku Dayyan sebelum bangun melangkah ke keretanya meninggalkan Darwisyah meratapi kubur Puan Sariza.Faham sangat perasaan isterinya jadi sengaja dia membiarkan Darwisyah duduk di situ lama sikit.

"Dah la tu Darwisyah.Berapa lama kau nak duduk sini meratap.Tak baik kau tahu tak.Jom lah balik."Ujar Dina iaitu kakak kandung Darwisyah sambil menepuk bahu Darwisyah.

"Kau boleh kan kak?.Kau boleh cakap macam tak ada apa yang jadi.Kau jangan ingat aku tak tahu kau memang suka mak meninggal kan?.Supaya kau boleh ambil semua harta dia kau boleh hidup senang lenang dengan suami kau.Tak payah fikir pasal mak lagi kan?.Kau ni manusia jenis apa hah? Kau jenguk mak pun setahun 2 kali je kau fikir tak apa mak rasa.Kau cakap aku tak guna tapi kau sedar tak kau yang tak guna!. Selama ni aku diam perhati je perangai kau dengan suami kau tu!." Marah Darwisyah dengan suara yang kuat memerah matanya akibat menangis.Sudah lama memendam rasa dengan sikap kakak kandungnya yang tidak pernah kisah hal Puan Sariza.

PANG!.Satu tamparan dilepaskan dipipi kurus Darwisyah.

"Kau cakap biar baik sikit dik kau ingat kau ni siapa nak cakap macam ni dengan aku!.Kau tak payah nak tunjuk kau bagus sangat kau tak tahu apa yang aku lalui!.Aku nak ambil harta mak buat apa? Aku pun ada duit lah!.Kau jangan nak fitnah aku macam-macam dik!. Mentang-mentang kau dapat laki kaya kau dah rasa kau hebat boleh cakap macam ni dengan aku?."Marah Dina selepas melempang adiknya.

"Eh kak kau pernah bagi duit dekat mak ke!?.Kau balik pun apa je kau buat?.Tak payah cakap aku fitnah lah!.Laki kau tu!.Dia balik dia buat apa?.Jangan ingat aku tak tahu dia tu pencuri!.Dia balik rumah je habis duit mak hilang.Bila tanya semua buat tak tahu!.Mak sedih lah kak penat dia cari duit macam tu je laki kau curi.Laki kau tu cukup kaki tangan kerja lah! Bukan mencuri!."Marah Darwisyah lagi tidak serik dilempang.

"Kau nak fitnah laki aku pulak?!."Marah Dina belum sempat dia melempang adiknya buat kali ke2 Tengku Dayyan laju menahan tangannya.

"Dina!.Tak kan dekat kubur pun kau nak bergaduh?.Korang tahu tak korang bergaduh depan kubur mak korang?. Sedar tak ni?.Mana adab korang.Mak korang baru meninggal korang dah bergaduh korang tak kesian ke dekat arwah?!."Marah Maklong mereka turut menghentikan pergaduhan itu.

"Sayang jom balik.Nanti kita lawat mak lagi."Kata Tengku Dayyan dingin sambil menarik tangan isterinya melangkah ke kereta.Geram juga melihat orang yang menampar isterinya.Nasib baik kakak ipar.Kalau tak dah kena tendang dah.
"Sayang tunggu kejap ye abang pergi beli makan kejap."Kata Tengku Dayyan lembut kepada isterinya yang dari tadi menangis.

"Nak ikut."Ujar Darwisyah perlahan sambil memandang wajah Tengku Dayyan.

"Betul ni?."Tanya Tengku Dayyan terkejut juga dengan isterinya.Ingat nak layan perasaan sedih tu.

Angguk.Itu sahaja yang dilakukan Darwisyah.

"Ok jom.Sini lap air mata."Ujar Tengku Dayyan sambil mengelap air mata Darwisyah menggunakan tangannya.

"Nak ice cream?."Tanya Tengku Dayyan kepada isterinya yang dari tadi berdiri disampingnya dan hanya mengikut sahaja langkah suaminya.Tahu sangat ais krim sahaja pengubat sedih isterinya.Walaupun tidak akan hilang kesedihan itu tetapi dapat meredakan sedikit.

Angguk.

" nak ice cream apa?.Meh sini."Tengku Dayyan menarik isterinya ke arah peti ais krim.

"Ni."Ujar Darwisyah sepatah sambil menunjukkan ke arah ice cream berperisa Anggur yang berharga rm1.20 itu.

"Aik.Bukan kau suka ice cream Magnum ke?."Tanya Tengku Dayyan hairan.

"Mahal."Ujar Darwisyah tidak mahu membazir duit suaminya.

CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now