"Cantiknya tempat ni aunty!."Ujar Dilaila gembira setelah sampai sahaja ke tempat yang mereka mahu pergi itu.
"Aunty dengar tak Laila cakap ni?!."Ujar Dilaila lagi menguatkan suaranya sambil menarik baju Darwisyah apabila melihat Darwisyah hanya diam dan termenung sahaja melihat tempat itu."Ye..ye!.Cantik.Cantik sangat."Ujar Darwisyah tersedar dari lamunannya.Kalau ada mak mesti lagi best.Tak pernah dia bawak aku tempat macam ni.Desis hati Darwisyah sedikit sedih.
"Kan!.Aunty dekat sana ada jual icecream!.Jom beli?."Ajak Dilaila riang.
"Mana?.Okey jom!."Ujar Darwisyah turut melangkah ke arah kedai yang menjual aiskrim itu.
"Eh puan nak ke mana?."Tanya Rayyan yang dari tadi memerhatikan mereka.
"Beli icecream la.Jom!."Ujar Darwisyah sebelum mengajak pengawalnya sekali.
"Saya tak makan.Tapi Aryan and Rayqal makan.Ha korang pergi la aku nak lepak sini jap."Ujar Rayyan sambil mengeluarkan sebatang rokok.
"Nak lepak ke nak hisap rokok?."Tanya Helmi yang baru sahaja turun dari kereta.
"Ish kau ni sebuk lah!."Ujar Rayyan mencebik meluat.
"Dah la tu.Jom puan kita pergi."Ajak Rayqal malas mendengar pertelingkahan budak-budak itu.
"Uphmm! Sedapnya!."Ujar Dilaila gembira.
"Come Laila anda semua kita tangkap gambar!."Ujar Darwisyah mengajak semua pengawal menangkap gambar ditempat itu.Tidak dinafikan Darwisyah tidak pernah menganggap mereka orang luar.Layanan yang diberikan sama seperti keluarga.
"Pieceee!."Ujar mereka serentak sebelum gambar itu ditangkap.
"Cantiknya!.Nak send dekat Mr.Dayyan lah!."Ujar Darwisyah sebelum menghantarkan gambar itu kepada suaminya.
Cantik tak?.Best tau tempat ni kalau Mr.Dayyan ada mesti lagi best.Kita tangkap gambar berdua.Tak adalah gambar baju putih tu je.
- Mulut murai❤️
Tengku Dayyan yang mendapat gambar itu tersenyum manis melihat gambar itu.Bahagia melihat isterinya gembira.
"Sini tangkap sini pula!."Ajak Darwisyah kepada semua sambil menarik tangan Laila mengikutinya.
Semua tempat yang ditangkap semua di hantar kepada Tengku Dayyan excited gamaknya.
"Dah la tu puan.Kami dah letih."Ujar Aryan sudah lama menunggu nafsu berseronok majikannya habis.
"Alaaa dah penat ke?.Jom la lagi satu round kita ronda."Ujar Darwisyah mencebik mulutnya.
"Aunty Laila dah mengantuk.Jom lah balik huaaaa."Ujar Dilaila turut letih sebelum menguap mengantuk.
"Hm yelah-yelah jom balik."Ujar Darwisyah mengalah.
"Alhamdulillah!."Ujar Rayyan sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta Alphard itu.
"Puan dah sampai."Kejut Rayyan kepada Darwisyah.
"Weh.Macam mana ni.Puan macam tidur mati je."Ujar Aryan risau.
"Bagitahu Tuan lah isteri dia kan."Ujar Helmi.
"Masalahnya Dilaila pun tidur mati ni."Ujar Aryan.
"Biar aku angkat Laila korang bagitahu Tuan Daqif."Ujar Rayqal sebelum mengangkat Dilaila dan membawanya ke dalam banglo.
"Haih.Penat sangat ke?."Ujar Tengku Dayyan setelah membaringkan isterinya ke atas katil.
"Mr.Dayyan jom tangkap gambarr..."Ujar Darwisyah dalam tidurnya.
YOU ARE READING
CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKU
RomantizmTENGKU DAYYAN DAQIF BIN TENGKU DAIM URAISYAH,berusia 24 tahun,seorang jejaka tampan mempunyai mata hazel cantik, kulit yang putih,badan yang tegap,hidung mancung kacukan turki yang digilai ramai wanita tetapi dengan sikapnya yang dingin dan anti den...