Tengku Dayyan Daqif part 2

2.6K 49 2
                                    

"aku suka betul tengok muka Mr.Dayyan tu handsome weh! Badan dia tegap lepastu muka macam kacukkan lah handsome gila!".Kata Syamsila iaitu kawan karib kepada Darwisyah.

"handsome,kaya semua lengkap tapi sayang dia garang gila hampir tercabut nyawa aku belum dengar dia marah keluarkan suara lagi".Danial iaitu kawan sekelas itu juga bersuara.

"Tapi suara dia macam uish gewram la sis dengar cair beb! Suara dia mengancam betul arh!".Kata kawan sekelasnya yang lain.

"Katanya Mr.Dayyan tu Tengku tau! Anak dato!".Dengan teruja Syamsila memberitahu mereka akan identiti Tengku Dayyan itu hampir semua perkara di siasatnya.Dia memang suka ambil berat dalam kain orang.

"Kalau la itu boyfriend aku ei bestnya dia muda gila kaya pun kaya tapi kenapa jadi cikgu disiplin? Macam tak kena je". Kata Amirah.

Mereka berbual hebat menganggungkan Tengku Dayyan tapi tidak pada Darwisyah yang hanya diam dan membuat muka menyampah.Dia sudah mula membenci Tengku Dayyan itu. Dia ingat dia handsome,kaya dia boleh buat sesuka hati dia? Bisik hati Darwisyah.

"Oi Darwisyah bangun! kau ni tak boleh ke bangun sendiri asyik aku nak kena kejut! Bangun!!".Ibu Darwisyah iaitu Puan Sariza menghembuskan nafas letih akan sikap anak daranya yang selalu perlu dikejutkan bangun tidur untuk ke sekolah.

"Ish kejap la mak lagi 5 minit".Darwisyah dengan suara serak itu kembali tidur dan menarik selimut menutupi seluruh badannya.

"Eh kepala hotak kau 5 minit kau tahu tak sekarang dah pukul 7 kau nak pergi sekolah lambat lagi ke Darwisyah oi!".Puan Sariza terus mengejutkan anaknya dengan mengoncang seluruh tubuh anaknya.

"ARHHHH!!! yela yela! orang bangun hish mak ni".Darwisyah dengan malasnya bangun dan mengambil tuala mandinya jalan ke bilik air sambil terhuyung hayang.

Selesai sahaja mandi 5 minit itu dia  terus menyarungkan baju sekolah dalam 3 minit dan menunaikan kewajipan solat subuh dalam 8 minit dan terus menyarungkan tudungnya.Mengikut kiraan dia bangun dari tidurnya pukul 7 tadi untuk dia siap ke sekolah mengambil masa 20 minit tetapi baginya bergitu awal dia sempat membuat video tiktok kusyuk dia membuat tiktok itu jam sudah pun menunjukkan pukul 7:30 pagi dia terus bergegas ke sekolah.7:30 tu tak awal ye agak lambat tapi dia sentiasa santai sementara perjalannya ke sekolah mengambil masa 5 minit maklumlah rumahnya dekat sahaja dengan sekolah hanya perlu jalan kaki,jika menggunakan kenderaan akan mengambil masa 2 atau 3 minit lebih cepat. Sepatutnya dia perlu sampai ke sekolah 7:15 ataupun 7:20 disebabkan dia adalah murid sekolah yang terlalu santai dia pun tidak hairan lagipun pukul 7:40 hingga pukul 8 masih lagi ada yang datang ke sekolah tetapi tidak selamat kerana akan didenda oleh cikgu disiplin.Dia tidak pernah kena kerana 7:30 lebih awal dari 7:40

CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now