"Sudah sudah la tu.Dah cantik dah."Ujar Tengku Dayyan kepada Darwisyah yang lama membetulkan tudung sekolahnya dihadapan cermin.
"Kejap la.Owning ni asyik kembung je."Ujar Darwisyah sambil mengerut kening khusyuk membetulkannya.
"Dah dah la tu.Siapa je nak tengok kau kalau bukan aku?."Ujar Tengku Dayyan lagi.Malas menunggu lama.
"Ey Mr.Dayyan ingat saya betulkan tudung ni untuk tatapan orang ke?."Ujar Darwisyah sambil mencebik mulutnya meluat.
"Dahtu.Kalau bukan untuk orang tak payah nak lebih-lebih lah."Ujar Tengku Dayyan yang dari tadi berdiri disebelah Darwisyah sambil menyilangkan tangannya.
"Ini untuk diri sendiri.Lagipun nanti kalau crush saya tengok barulah dia jatuh hati."Ujar Darwisyah sengaja mengusik.
"Ouh yeke?.Nah."Ujar Tengku Dayyan sambil menaikkan keningnya sebelah sebelum menarik tudung Darwisyah sehingga owningnya senget.
"MR.DAYYAN!.JANGANLAH PENAT SAYA BETULKAN!.DAHLAH!.Malas saya nak cakap dengan Mr.Dayyan!."Marah Darwisyah kuat geram dengan sikap suaminya yang selamba itu sebelum melangkah keluar dari bilik sambil membetulkan lagi tudungnya.Ingin saja dia menangis kegeraman tapi masih boleh ditahan.Pantang ye tujuh keturunan aku orang kacau owning aku.Dia buat macamtu je!?.Ey geramnya!.
"Lama tunggu?."Tanya Tengku Dayyan yang baru sahaja masuk ke dalam perut keretanya kepada Darwisyah yang dari tadi menunggu di dalam kereta.
Diam.
"Owning dah jadi?."Tanya Tengku Dayyan berbau usikkan.
Darwisyah hanya diam sambil menjeling tajam kepada Tengku Dayyan.
"Pagi-pagi muka dah macam buah nangka habis la petang japgi muka macam kuda pulak."Usik Tengku Dayyan sebelum menghidupkan enjin keretanya.
"Wah lucu lah.Nak terkeluar anak tekak ketawa."Ujar Darwisyah marah geram dengan sikap Tengku Dayyan.
"Mana?.Meh nak tengok."Ujar Tengku Dayyan sambil menarik dagu isterinya ke arahnya.
"ISH!.LEPASLAH!."Marah Darwisyah menepis kuat tangan Tengku Dayyan."Tak kelakar langsung menyakitkan hati adalah!."Ujar Darwisyah berpaling ke arah cermin tingkap disebelahnya.Geram.
"Hahahaha alah jangan lah marah syayang."Ujar Tengku Dayyan tergelak besar.Geli hati dengan sikap isterinya.
"Meh la sini aku betulkan tudung kau."Ujar Tengku Dayyan menarik wajah isterinya untuk menatapnya."Tak payah!.Saya boleh buat sendiri."Ujar Darwisyah sekali lagi menepis tangan suaminya.
"Aku pun boleh buatkan jugak.Sini lah."Ujar Tengku Dayyan sekali lagi menarik wajah isterinya.
"Ish!."Belum sempat Darwisyah menepis tangan Tengku Dayyan.Tengku Dayyan laju mencengkam perlahan tangannya.Menahan dari ditepis.
"Biar aku buat."Ujar Tengku Dayyan dibuat-buat suara keras tanda dia sudah mulai marah sambil menatap wajah isterinya dengan tatapan tajam.
Dengan takut melihat mata hazel garang itu Darwisyah hanya membiarkan Tengku Dayyan.
"Good."Ujar Tengku Dayyan sambil tersenyum puas sebelum terus membetulkan tudung isterinya.Setiap kali mata mereka bertembung laju Darwisyah melarikan matanya ke arah lain.Malu!.
"Look at me."Ujar Tengku Dayyan geram perasan dengan sikap isterinya yang asyik melarikan pandangan.
Laju mata Darwisyah memandang wajah tampan itu.Mendengar arahan.
Tetapi hanya sementara.Darwisyah masih melarikan pandangannya."Why?.Pandang aku jangan tengok tempat lain."Ujar Tengku Dayyan tegas dan menarik dagu isterinya.
"Argh!.Tak boleh!.Biar jela saya nak tengok tempat lain."Ujar Darwisyah marah sebelum menjauhkan dirinya dengan Tengku Dayyan.
YOU ARE READING
CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKU
RomanceTENGKU DAYYAN DAQIF BIN TENGKU DAIM URAISYAH,berusia 24 tahun,seorang jejaka tampan mempunyai mata hazel cantik, kulit yang putih,badan yang tegap,hidung mancung kacukan turki yang digilai ramai wanita tetapi dengan sikapnya yang dingin dan anti den...