Tengku Dayyan Daqif part 34

1.6K 39 0
                                    


Usai sahaja makan malam Darwisyah melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk di ruang tamu sebelum menjenguk-jenguk mencari dua orang pengawal yang di pukul suaminya.

"Cari apa tu?".Tanya Tengku Dayyan sebelum melabuhkan punggungnya di sofa berdekatan situ.

"Ehem.Tak de.Mana pengawal yang Mr.Dayyan pukul tu?".Tanya Darwisyah sambil merenung wajah suaminya ingin tahu.

"Kenapa tanya? Rindu kat diorang?".Tanya Tengku Dayyan sengaja mengusik.

"Ish Mr.Dayyan ni mana ada lah!.Saya nak minta maaf dengan diorang sebab saya diorang kena pukul".Kata Darwisyah serba salah.

"Eleh.Tahu pun.Lepas ni kau jangan buat lagi faham?".Kata Tengku Dayyan sambil merenung tajam ke arah Darwisyah.

"Mr.Dayyan.Esok saya dah boleh start sekolah?.Saya rindu la kawan-kawan saya lama tak jumpa diorang".Kata Darwisyah sambil mencebik mulutnya.

"Tak boleh".Kata Tengku Dayyan tegas sebelum mencapai Iphone15nya.

"Tapi kenapa?!.Dah lama sangat saya terperap dekat rumah ni.Dah nak SPM tapi semua bab saya dah terlepas!".Kata Darwisyah sebelum mendengus kasar.

"Baru 3 minggu kau tak sekolah rileks lah.Lagipun aku tengah usaha cari cikgu yang boleh ajarkan kau".Kata Tengku Dayyan tanpa melihat Darwisyah dan hanya melihat iphone 15nya.

"Mr.Dayyan ni kenapa?.Sampai bila saya nak duduk rumah dan tak sekolah?.Lagipun trauma saya dah hilang lah!".Kata Darwisyah meninggikan suara geram dekat sikap suaminya yang terlalu mengongkongnya.

"you will not understand".Kata Tengku Dayyan masih menatap iphonenya.

"Tak faham?.Apa yang tak faham?.Mr.Dayyan ni dah melebih tahu tak!".Kata Darwisyah merenung tajam ke arah Tengku Dayyan.

"Kau nak benda yang jadi dekat kau tu terjadi lagi ke macam mana Darwisyah?.Kau suka ke apa yang dah jadi dekat kau?.Kau nak rasa lagi?". Bertalu-talu Tengku Dayyan melemparkan soalan kepada Darwisyah geram sambil merenungnya tajam.

"Mr.Dayyan tak pernah berubah!".Kata Darwisyah sebelum bangun untuk melangkah ke biliknya tetapi langkahnya terhenti apabila Tengku Dayyan menarik tangannya hingga dia tersandar ke dada Tengku Dayyan.

"What do you means berubah?".Tanya Tengku Dayyan sambil mencengkam kemas tangan Darwisyah manakala tangan kirinya merangkul pinggang Darwisyah.

"Selfish!.Asyik nak orang dengar cakap Mr.Dayyan je!".Kata Darwisyah sambil mendongak melihat suaminya dan mengerut kening marah sebelum menolak dada suaminya untuk keluar dari pelukan itu.

"Sebab aku sayangkan kau Darwisyah.Aku tak nak jadi apa-apa dekat kau!.Kau tak kenal Dini macam mana!".Marah Tengku Dayyan kembali menarik tangan Darwisyah menghalangnya dari melangkah pergi.

"Saya faham.Tapi tak mungkin Dini tahu saya pergi sekolah ataupun tak".Kata Darwisyah mempertahankan pendapatnya.

"Enough.Aku tak nak gaduh pasal benda remeh macam ni.Kau pergi tidur jelah".Kata Tengku Dayyan sebelum melangkah untuk ke bilik pejabatnya.

"No!.Mr.Dayyan.Saya dah lama perasan benda ni.Tapi saya rasa saya tak ada hak untuk tahu.Sekarang ni saya rasa saya ada hak untuk tahu".Kata Darwisyah sambil menarik lengan suaminya dan merenung tajam.Tengku Dayyan hanya merenung Darwisyah dengan wajah yang kosong.

"Kenapa saya rasa banyak sangat rahsia yang Mr.Dayyan sorok dari saya?.Pasal Dini pun saya baru je tahu itupun belum tentu kesemuanya.Mr.Dayyan kerja apa sebenarnya?.Kenapa banyak pengawal yang jaga banglo Mr.Dayyan.Kenapa diorang ada pistol? And last kenapa Mr.Dayyan selalu keluar pukul 2,3/4 pagi?.Kalau betul hal kerja mana ada kerja office sampai 2/3/4 pagi tak tidur! ".Kata Darwisyah Bertalu-talu melontarkan soalan yang sudah lama bermain di benaknya.

CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now