Tengku Dayyan Daqif part 29

1.6K 38 1
                                    


"Eh dah sampai?.Mana Mr.Dayyan ni?.Dia tinggal aku macam tu je?! Ish orang tua ni!".Rungut Darwisyah apabila tersedar dari tidur mencari Tengku Dayyan yang sudah tiada disebelahnya."Sampai hati dia tak kejutkan aku".Gomel Darwisyah sambil melangkah keluar dari perut kereta itu lalu berjalan sendirian memasuki banglo.

"Selamat malam puan!".Sambut pengawal yang menjaga pintu itu.

Darwisyah hanya mengangguk sambil tersenyum hambar.

"Darwisyah? Kenapa tak masuk dengan Tuan Daqif?".Tanya Suhaila apabila ternampak kelibat Darwisyah berjalan seorang diri.

"Heih entahlah kak".Jawab Darwisyah malas.

"Hm takpe akak faham.Tuan Daqif ada dekat atas pergi la settle".Kata Suhaila yang tahu sangat mereka bergaduh.

Darwisyah tersenyum dan melangkah masuk ke dalam lift menuju ke bilik tidur.

Tok tok tok!.

Darwisyah mengetuk pintu bilik itu sebelum masuk dan melihat susuk tubuh Tengku Dayyan yang tidur di atas sofa seperti biasa.Mereka memang tidak tidur sekatil di atas permintaan Tengku Dayyan katanya risau jika Darwisyah bernafsu dan mengambil kesempatan ke atasnya kerana Darwisyah masih muda.

Dengan perlahan Darwisyah melangkah ke arah Tengku Dayyan sebelum melabuhkan punggung di lantai menatap wajah tampan Tengku Dayyan.

"Saya minta maaf...".Kata Darwisyah berbisik kepada Tengku Dayyan serba salah.

Dengan perlahan Tengku Dayyan memalingkan tubuhnya kebelakang seperti tidak mahu melihat Darwisyah.

Darwisyah terkedu dan hanya melihat susuk tubuh suaminya dari belakang.

Aku nak buat apa ni?.Aku mana pandai nak pujuk orang kang aku pujuk cara aku tak pasal-pasal lagi marah mamat ni.Degus Darwisyah di dalam hati.

Kring!.
Realme Darwisyah tiba-tiba berdering menandakan ada yang menelefon.Darwisyah melangkah ke arah katil dan mencapai realmenya sebelum melabuhkan punggung ke atas katil itu.

"Assalamualaikum sayang".

"MAK!.Ops!".Jawab Darwisyah teruja apabila mendapat panggilan dari puan Sariza tetiba segera menutup mulutnya apabila menyedari suaranya kuat yang akan membuat Tengku Dayyan tidak dapat tidur.

"Ish kalau ye pun jawab salam mak dulu!".Marah puan Sariza kepada Darwisyah.Perangai anaknya tidak berubah walaupun dah 3 bulan berkahwin.

"Hehe waalaikumussalam mak.Mana tak nya Syah rindu mak tau bila Syah call mak je mak tak angkat.Mak buat Sya risau tau!".Kata Darwisyah sambil berbisik takut menyedari Tengku Dayyan.

"Eleh yelatu entah-entah lagi seronok yela kan kawin dengan orang kaya.Kamu tu jaga perangai Syah mak ni harap sangat lepas kamu kawin perangai kamu berubah jadi matang sikit.Bangun awal,kemas rumah siapkan sarapan untuk suami kau,kamu buat tak?".Kata Puan Sariza berbau. usikkan.

"Ish mak ni kesitu pulak!.Memang lah Syah nak buat tapi dia tu yang tak bagi katanya dia dah bayar orang gaji dia suruh buat kerja.Mak tak payah risau lah sekarang Syah dah boleh bangun awal and kerja rumah tu Syah buat lah walaupun dia tak bagi!".Kata Darwisyah.

"Wah seronok la kamu! Selalu kerja rumah kamu semua kena suruh sekarang tak yah buat terus!.Beruntung lah kau Syah".Kata puan Sariza.

"Hm entahlah mak Syah kadang-kadang rasa beruntung kahwin dengan Mr.Dayyan ni tapi kadang-kadang rasa-.Hmph mak sihat?".Kata Darwisyah hambar dan segera mengubah topik perbualan.

"Aik tiba-tiba tukar topik kamu rasa apa Syah? Jangan nak bagi mak risau!".Kata puan Sariza hairan dengan anaknya tiba-tiba mengubah topik.

"Rasa apa? Takdelah ok je".Kata Darwisyah cuba menyembunyikan.

CIKGU DISIPLIN ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now