"Piqa. Bila dah besar nanti aku nak melamar kau jadi isteri aku!"
"OK. Janji tau?"
"Janji!"
*Beep Beep*
"Ughh... pelik betul mimpi tadi..." aku terjaga mendengar alarm telefonku berdering.
Aku bermimpi kisah diwaktu aku berusia 10 tahun. Dimana Amir rakan sepermainanku di waktu itu berjanji akan menikahiku suatu hari nanti.
Namun pada usia 13 tahun ketika di tingkatan 1, Amir terpaksa berpindah mengikut bapanya ke ibu kota. Meninggalkan aku di kampung.
15 tahun sudah berlalu. Kini aku sudah menginjak dewasa. Namun aku tidak pernah melupakan janji Amir kepadaku.
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Alam Bina Group. Aku melaporkan diri pada pukul 9 pagi di pejabatku. Aku dengar ada seorang lagi pekerja baru sepertiku akan ditempatkan di situ.
Sedang aku menunggu di pintu masuk ada seorang lelaki menyapaku dari belakang.
"Syafiqa kan?"
Aku menoleh ke belakang dan mendapati seorang lelaki seusiaku tinggi lampai berkaca mata menghampiriku.
"Ya saya. Awak siapa?" soalku.
"Laaa... ni Amir la. Kita satu kelas masa sekolah rendah dulu."
Amir?
Oh! Aku terkejut. Tak sangka kami akan bertemu semula setelah sekian lama. Adakah ini jodoh? Mimpi aku pagi tadi masih segar lagi di ingatanku. Adakah ini satu petanda?
"Amir. Kau inga-" belum sempat aku menghabiskan perkataanku Amir menyampuk.
"Gemuk gila kau sekarang. Aku hampir tak cam tadi. Ahahaha!" Amir mentertawakanku.
Aaghhh!!! Muka aku terus bertukar pucat.
Ya. Sekarang aku gemuk dan obese! Aku tak pernah mengambil berat tentang pemakananku kerana aku sudah selesa merasakan bahawa Amir akan melamarku bila dewasa.
Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku diejek depan-depan begini. Terutamanya oleh lelaki yang selama ini aku ingat akan menjadi bakal suamiku.
Aku sangkakan Amir tidak seperti lelaki lain yang hanya mementingkan paras rupa. Namun jangkaanku meleset. Rupanya aku hanya bermimpi di siang hari. Harapan aku musnah sekelip mata.
"A-aku..."
*Dub*
Aku melangkah kebelakang dan terlanggar seseorang. Aku mendongak ke atas dan terlihat seorang jejaka kacak menahanku dari jatuh.
"Are you OK miss em..." dia memeluk kedua lenganku.
Aku pun cepat-cepat mengalihkan badanku. Aku takut dia tidak larat menahan beban badanku.
"S-sorry. I'm Syafiqa. Call me Piqa," kataku menggelabah.
"Aaron," jawabnya. Dia menghulurkan tangan dan bersalaman denganku. Namun dia tidak melepaskan genggaman tangannya dan merenungku atas bawah sambil tersenyum.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomancePiqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah sekian lama terpisah sebagai permulaan yang baik. Namun jangkaannya meleset apabila dia menjadi man...