Chapter 50

968 30 0
                                    

Aku mencari pam susu serta botol susu yang sesuai untuk bayi yang baru lahir. Tengku Afham hanya mengekoriku seperti pengawal peribadiku. Aku tersengih melihatnya tegak berjalan.

What?” soalnya terpinga-pinga.

“Kenapa Tengku senyap je dari tadi. Segan lah saya. Dah rasa macam mem besar pulak,” jawabku ketawa kecil.

Dia menggaru-garu keningnya. “Ehem… I emm tak tahu nak bual apa,” balasnya kekok.

Aku menahan perutku yang berasa nyeri. Seronok berjalan tetapi aku cepat lenguh mengendong perutku yang membuncit ke hadapan. Tengku mengerutkan dahinya melihatku.

“Piqa, let’s rest for a bit.” Aku mengangguk dan mengikutnya ke food court. Lega rasa pinggang dan kakiku dapat duduk semula. Aku urut-urut tapak kakiku yang membengkak.

You nak minum apa? Nak makan apa?” soalnya lembut. “Biar I belikan.”

“Eh susah-susah je. Saya boleh beli sendiri lah Tengku.”

No.” dia bangun berdiri di sebelahku menekan bahuku. “You sit here, I’ll go get ‘em for you.”

Aku mengiakan sahaja. Sementara aku menunggu Tengku membeli makanan aku sempat membelek-belek barang yang aku beli tadi. Kemudian aku teringatkan panggilan telefon dari suamiku sebentar tadi. Kenapa dia berulang-kali memohon maaf dariku?

Memang betul aku merajuk dia tinggalkan aku. Tapi aku faham je. Sudah tanggungjawabnya. Tak perlu pun dia meminta maaf padaku seperti sudah melakukan salah besar.

Aku terdiam sejenak.

Ke dia ada buat salah besar dengan aku?

Ish! Piqa! Tak baik buruk sangka dengan suami sendiri! Aku menggelengkan kepalaku cuba menepis segala prasangka buruk yang berlegar di benak fikiranku.

“Piqa.” Aku tersentak. “You tolong alih sikit barang-barang tu boleh? I nak letak tray makanan ni.”

Aku cepat-cepat mengalih beg-beg plastik tadi dari atas meja. Tangan Tengku yang gagah berurat itu melintas di depan mataku. Dia menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Dia berpakaian serba hitam hari ini. Semua orang memandang ke arahnya. Sudah seperti Mafia dalam cerita lakon layar Itali.

“Kenapa senyum-senyum tu?” soalnya tersenyum memandangku dengan mata yang redup.

“Haha. Tak ada lah. Tengku pakai macam ni dah nampak macam Mafia. Mafia bawa isteri jalan-jalan.”

“Ehem!” dia berdehem kuat. Bunyi seakan hampir terbatuk. Tersedak air kahak ke apa dia ni?

What if... I AM a Mafia? Will you fancy the idea of having me as your husband?” soalnya tersengih nakal.

Aku terdiam.

Dia pun diam.

Hanya mata kami sahaja yang saling berpandangan. Bila diamati betul-betul, Tengku berbeza dengan Tuan Aaron. Tuan Aaron sejenis yang cool. Tetapi Tengku hot. So hot it burns deep into your soul!

“Tengku ni… janganlah mainkan saya macam ni,” ujarku sambil tanganku sibuk menyusun pinggan dan gelas di depanku. Aku melarikan mataku.

What if I’m... serious?”

Aku pandang matanya. Mukanya serius. Tiada langsung lengkungan di bibirnya.

Lama juga aku terkedu.

“Heh. I gurau je lah. Dah dah. Jom makan,” ujarnya menghulurkan sudu dan garfu kepadaku. Aku masih tercengang. Tengku ni jangan macam-macam.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now