Chapter 39

806 29 0
                                    

Ugh…”

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak boleh menggerakkan badanku. Tangan aku di ikat ke belakang di atas sebuah kerusi. Aku lihat Afham terbaring di atas lantai. Tangannya juga berikat.

“Afham! Woi Afham!” aku memanggilnya namun tiada jawapan.  Aku lihat sekeliling, suasana gelap. Hanya samar-samar cahaya matahari memasuki lubang-lubang bumbung zink yang berlubang serta berkarat.

Setibanya kami di lapangan terbang Heathrow pagi tadi, kami diserang oleh sekumpulan lelaki memakai jaket kulit hitam. Mereka menekap muka aku dan Afham dengan kain yang diletakkan cecair kloroform. Kemudian mereka mengheret kami masuk ke dalam sebuah van.

Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di dalam sebuah gudang lama.

Ugh… kkuh...” aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri namun hampa.

Damn it!”

Aku lihat Afham masih tak sedarkan diri. Sedang aku cuba membuka ikatan tali di tanganku, aku terdengar derapan kaki beberapa orang masuk ke dalam gudang.

Mata aku berpinar sebaik sahaja mereka memasang lampu di dalam bangunan tersebut.

“Aaron Aaron Aaron.” Dragon melangkah masuk mendekatiku.

Why are you making things difficult?” soalnya menghentikan langkahnya di hadapanku.

Mataku mencerlung tajam ke arah Dragon.

Do you want to end up just like your father?” Dragon mengeluarkan pistolnya dan mendongakkan daguku dengannya. Muncung pistolnya yang dingin itu kini ditekan di bawah rahangku.

"I could remember it clearly. How he begged for your life. Then, bang!" Aku tersentak mendengar kata-katanya.

"What do you mean?"

"Did you think he died in a mission? Well, that’s not entirely wrong. He surely died in HIS mission. Inspector Haris."

Itu nama Daddy aku! Daddy aku seorang polis?

"You killed my father?!"

"Why do you think so highly of him? When he clearly used you to lure me?"

Hah?

Rupanya pertemuan aku dengan anak buah Dragon di pondok usang itu bukan satu kebetulan. Ia telah dirancang oleh bapaku. Dia merupakan salah seorang anggota polis undercover. Bapaku menggunakan aku sebagai umpan untuk lebih mudah memasuki sarang Dragon.

Tetapi berlaku sedikit kepincangan apabila Datin yang tidak tahu apa-apa telah berkenan untuk aku dijadikan anaknya. Dragon yang begitu menyayangi isterinya tidak sanggup untuk membunuhku.

"Kalau bukan sebab my wife, you'd have long been a shark food." Meremang bulu romaku mendengarnya.

"What do you want from me?" kataku bengis.

"Tsk tsk tsk. I want you to fulfill my wife's dream. Easy-peasy."

"Tapi Mel kan dah ada kekasih."

Dragon mengangkat keningnya terkejut. Sepertinya dia masih tidak tahu-menahu perihal Shin.

"Well... Then you don't have any purpose to stay alive anymore. Hahahahaha!" Dragon meletakkan muncung pistol di dahiku. Aku pasrah memejamkan mataku. Dengan ini Piqa tidak akan diganggu lagi. Aku boleh pergi dengan tenang.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now