Chapter 48

857 36 0
                                    

Petir di luar sabung-menyabung. Seiring dengan pekikan Piqa meminta cerai dariku. Kalimah yang begitu gerun untuk aku hadapi.

Aku lantas baring dan memeluknya. Makin dia meronta makin erat pelukanku. Luluh hatiku mendengar perkataan itu keluar dari mulutnya. Namun aku terus bersabar demi isteriku. Demi anak kami.

Air mata mengalir hangat di pipiku jatuh berderai di atas bahunya.

"Sayang tolong jangan buat abang macam ni. Abang sayangkan sayang."

"Sayang tak nak tengok muka abang! Aku benci kau!" Jeritnya meronta-ronta ingin dilepaskan. Dia menolak dadaku, menerajang kakiku. Sakit tapi aku tahan.

Aku tetap memeluknya kemas. Tak terungkap dengan kata-kata betapa tergurisnya hatiku mendengar luahannya. Ikut hati aku ingin terjun bangunan 88 tingkat. Tak guna lagi hidup kalau Piqa tidak mahukan aku lagi di sisinya.

Aku merangkul badannya lama. Hingga lah dia kembali tenang. Hanya kedengaran bunyi esakan perlahan darinya. Aku mencium-cium kepalanya dari belakang. Tanganku mengusap-usap perutnya. Tidak lama kemudian dia tertidur. Mungkin kerana terlalu penat melayan kekecewaannya.

Aku keluar duduk di ruangtamu termenung sugul. Bapa mertuaku diam menonton berita di tv. Mereka tidak mahu masuk campur. Tetapi aku tahu mereka mahukan yang terbaik untuk anak perempuaan mereka.

"Kerja macam mana sekarang?" soal bapa mertuaku berbasa-basi.

"Sibuk sikit sekarang ni ayah," balasku sambil mengurut-urut dahiku. Kepala aku sakit berdenyut-denyut. Terasa seperti hendak pecah. Hujan di luar rumah masih tidak berhenti. Begitu lebat sekali hingga sukar untuk berbual.

Malam itu Piqa langsung tidak mahu bercakap denganku. Aku masuk ke dalam bilik dan baring di sebelahnya. Dia tidur mengiring menghadapku. Aku lihat matanya sudah bengkak-bengkak.

Aku usap rambutnya perlahan. Aku biarkan sahaja dia tidur malam ini. Aku memberi masa untuknya bertenang.

Keesokannya aku pergi kerja awal pagi sesudah subuh. Kerana semalam masih banyak kerja yang tertunggak. Kenapa lah waktu-waktu genting begini banyak pula kerja yang perlu diselesaikan. Kepala aku masih sakit tetapi aku abaikan sahaja.

Aku langsung tidak sempat untuk pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Tetapi memandangkan Piqa berada di rumah orang tuanya aku rasa kurang sedikit kebimbanganku.

"Saiful, you get this done by tomorrow morning. Can you afford to do that?"

"Sure Tuan Aaron," jawabnya penuh keyakinan. Lega hatiku mendengarnya.

Dengan bantuan Saiful dapat juga aku selesaikan kerjaku. Tapi sudah lewat malam melepasi waktu senja. Fikiranku sentiasa teringatkan isteriku di rumah. Aku juga masih belum sempat menjamah makanan dari tengah hari tadi.

Aku terus bergegas ke rumah mertuaku untuk mengambil isteriku pulang. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak melawan. Mungkin sudah dipujuk oleh ibu mertuaku. Dia turut sahaja aku hingga masuk ke dalam rumah kami.

Aku cuba untuk peluk isteriku tapi ditepis olehnya.

"Sayan-"

"Abang jumpa perempuan tu lagi ke hari ni? Sampai tak reti nak balik rumah?"

"Bukan sayang. Abang busy sikit hari ni," jawabku. Kepala aku terlalu sakit. Perutku juga pedih bagai ditoreh-toreh.

"Busy dengan perempuan lain lah tu," sindirnya lagi.

Aku rasa mendidih mendengar tuduhannya itu. Aku dah lah lapar, kepala aku pun sakit. Aku penat! Tapi aku lebih tua juga ketua keluarga, aku harus terus bersabar.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now