*Creakkk*
Aku membuka pintu bilik chaletku. Aku heret bagasi berodaku masuk ke dalam.
“Uiii… luas bha dalam. Bulih muat tujuh urang!” kata Heather teruja.
“Melampau sangat sampai tujuh orang,” bidasku. Heather tertawa kecil. Aku membuka bagasiku dan mengeluarkan barang-barang keperluan makeup dan skincare kemudian kuletakkan di atas meja solek.
“Kau mau jual ka? Banyak gila.”
“Hehe… biasa je ni. Kau takpelah dah cantik. Tak payah beria nak jaga kulit macam aku.”
“Ish. Mana ada. Kau cantik juga bha. Cumil,” balas Heather.
“Hehe… thanks.”
Kami akan bermalam di sebuah chalet di Cherating selama tiga hari dua malam untuk minggu team building syarikat kami. Semua orang turut serta termasuk Tuan Aaron. Kebiasaannya CEO memang tidak akan turut padang. Tetapi memandangkan Tuan Aaron risau akan keselamatanku, dia pun ikut sekali. Namun dia tidak berkongsi bilik dengan sesiapa.
“Hmm… untunglah jadi bos,” bisikku sendiri.
Team building kali ini, pekerja dari semua department berkumpul. Ada yang hadir ada yang tidak. Inilah masanya untuk saling mengenali antara satu sama lain. Kalau harapkan waktu kerja memang tidak sempatlah untuk kami saling menjenguk setiap ofis setiap tingkat.
*Ting*
Encik Saiful : Pukul 8 malam semua berkumpul di tepi pantai. Kita BBQ ramai-ramai.
“Piqa. Kau dapat mesej Encik Saiful?”
“Ada ada. Bestnya BBQ...” jawabku terliur.
Sekarang baru pukul 4 petang. Kami membuat aktiviti masing-masing sementara menunggu makan malam nanti. Encik saiful dan beberapa pekerja lain keluar ke bandar mencari barang untuk BBQ malam ini. Ada yang mandi di tepi pantai. Tak kurang juga ada yang tertidur—Tuan Aaron.
Mungkin dia penat tak habis lagi memikirkan tentang masalah kami.
Petang itu aku hanya lepak dibilik sahaja dengan Heather. Borak kosong. Kongsi pengalaman waktu sekolah hinggalah kepada apa yang sedang viral di media sosial sekarang. Tiada apa yang menarik minatku.
Selesai solat maghrib kami pun menuju ke tepi pantai. Sudah ramai yang berkumpul. Encik Saiful memberikan kami kertas untuk cabutan kumpulan. Kami akan dibahagikan secara berkumpulan bagi pertandingan memasak malam ini. Dah nama pun team building. Kenalah kerja berkumpulan.
Angin bayu darat bertiup lembut. Cuaca malam ini juga cerah. Para lelaki sedang sibuk memasang meja dan dapur mudah alih untuk program sebentar lagi. Ada juga yang sedang terkial-kial memasang lampu mentol.
Aku dapat sekumpulan dengan Tuan Aaron dan Bella. Sesungguhnya nasib menyebelahiku malam ini. Setelah sekian lama aku bernasib malang. Aku tertawa kecil.
“Piqa. Ada nampak Tuan Aaron tak?” soal Encik Saiful.
Aku memandang kiri kanan. Tiada.
“Tak perasan pulak Encik Saiful. Mungkin dekat bilik lagi.”
“Kalau macam tu you tolong pergi panggil dia,” arah Encik Saiful. Tangannya sedang sibuk melekat api pada arang untuk BBQ.
“Okay Encik Saiful.”
Aku berlalu ke bilik Tuan Aaron. Aku menaiki tangga ke tingkat atas. Chalet ini hanya ada dua tingkat. Atas dan bawah. Aku dapat bilik bawah. Tapi sebelah hujung menghadap kolam renang. Bilik Tuan Aaron pula betul-betul menghadap laut.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomancePiqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah sekian lama terpisah sebagai permulaan yang baik. Namun jangkaannya meleset apabila dia menjadi man...