*Tok Tok*
"Masuk."
"Good morning Tuan Aaron. Kejap lagi kita ada meeting dengan staff mengenai projek perumahan di tapak yang baru kita buka. Kemudian sebelah petang Tuan kena pergi site untuk inspection," terang Bella merangkap PA aku dengan panjang lebar.
"Siapa yang terlibat dengan meeting?" soalku.
"Unit pembangunan Tuan."
Oh? Itu bukan ke ofis Piqa. Aku tak tahu kenapa tapi aku berminat sangat nak tengok perkembangan budak-budak baru tu. Lagipun aku tak pernah test lagi mereka sejak mereka mula bekerja disini.
"OK. Ask the new recruits to join our meeting," arahku.
"Baik Tuan Aaron," jawab Bella. Dia pun beredar keluar dari ofisku.
Hmm... aku mengetuk-ngetuk jariku di atas meja. Sudah menjadi habit aku untuk mengetuk meja bila otak aku ligat berfikir. Tidak ada niat pun untuk aku menakut-nakutkan sesiapa.
"Kenapa aku mesej Piqa malam tu?"
Aku menyandar badanku di kerusi dan memandang keluar tingkap. Aku perasan kebelakangan ni aku kerap berfikir tentang Piqa. Tapi nak buat macam mana? Dah budak tu kelakar. Aku cuma teringatkan momen comel dia je. Biasalah kan? Aku mengangguk kecil berdialog dengan diriku sendiri.
Aku hanya mesej bertanya khabar. Ataupun perbuatan aku itu tidak sesuai? Aku pun keliru. Aku pun tak pasti kenapa tangan aku mencapai telefon dan menghantar mesej sebegitu kepada Piqa. Aku buatnya tanpa sedar dan berfikir panjang. Hmm..
Tepat pukul 10 pagi aku bergegas ke bilik mesyuarat. Semua orang sudah berada di dalam bilik semasa aku tiba. Aku lihat Piqa dan juga Amir turut hadir bersama staff senior yang lain.
"Ehem. Morning semua. So today kita nak bincang mengenai pelan untuk projek perumahan baru kita," kataku bermukadimah. "Saiful. If you may."
Aku menyerahkan kepada Saiful selaku ketua di bahagian pembangunan untuk memulakan presentationnya.
Semua orang tekun mendengar proposal dari Saiful. Aku lihat Amir sudah tersengguk-sengguk mengantuk. Manakala Piqa kelihatan penuh semangat. Tangannya ligat mencatit segala informasi yang diterimanya. Sesekali dia menggigit-gigit hujung pen nya.
"So, this concludes the focus of discussion today," kata Saiful mengakhiri pembentangannya.
"Hmm.. Well ada apa-apa cadangan? Piqa? Amir?" soalku. Aku ingin menduga tahap kecerdasan mereka berdua.
Amir terkial-kial menyelak buku nota ditangannya. Aku lihat dia banyak tertidur sahaja sepanjang mesyuarat tadi. Aku menggelengkan kepalaku. Tiba-tiba Piqa berdiri.
"Saya ada sedikit idea untuk dikongsikan," kata Piqa dengan penuh keyakinan.
"Oh?" Aku mengangkat keningku. "Go ahead." aku memberikannya lampu hijau.
Piqa pun memulakan bicaranya.
"Bagi saya jika kita lihat kepada permintaan masyarakat setempat, rumah yang terbaik untuk dibangunkan adalah dengan keluasan 900kps hingga 1200kps." Piqa berjalan ke whiteboard dan menulis di atasnya.
"Keluasan ini ideal untuk pasangan yang mempunyai hingga 2 orang anak. Rata-rata penduduk di sini adalah pasangan yang baru berkahwin dan baru mula menapak. Purata bilangan anak untuk setiap pasangan adalah 2.6 orang bagi setiap rakyat Malaysia." tangannya terus menconteng papan putih itu dengan lancar.
YOU ARE READING
DIA MILIKKU (C)
RomansaPiqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah sekian lama terpisah sebagai permulaan yang baik. Namun jangkaannya meleset apabila dia menjadi man...