Special Chapter : Tengku Afham

1.1K 47 10
                                    

Sesudah membersihkan diri, lama aku duduk di birai katil, termenung. Aaron dan Piqa menjadi topik yang sepanjang masa berlegar-legar di dalam fikiranku.

Kehadiran mereka di dalam hidupku cukup untuk merubah diriku luar dan dalam. Aku mengenal erti persahabatan, erti persaudaraan, erti… cinta.

Aku kerap tersenyum bila bersamanya. Itu membuatkan aku sedar yang aku sudah jatuh hati dengannya sejak dari mula. Kehadirannya membuatkan diriku menjadi lebih baik. Dialah cahaya yang menyuluh aku jalan pulang.

Semuanya berlaku dengan pantas. Tidak aku sangka aku akan suka kepada orang yang sama.

Haaa…

Aku mengambil baju dari dalam almari pakaianku dan mengenakannya. Otakku masih ligat berfikir, masih tekun menimbang keputusanku.

Aku menuruni tangga lalu menuju keluar mendapatkan keretaku yang sudah sediaada terparkir di perkarangan banglo mewahku.

Tengku… where to?”

Police station.” Jawabku ringkas.

Aaron dan Piqa sedang berjuang untuk hidup. Ketiga-tiga mereka termasuk bayi mereka yang baru lahir, kesemuanya masih kritikal di hospital.

Police station? Untuk apa Tengku?” soal pemanduku, Wafiy.

Persoalannya tidak kujawab. Aku terus memasuki kereta dan duduk di bahagian belakang. Wafiy turut serta masuk dan memandu ke destinasi.

Pandanganku dilempar jauh ke luar tingkap. Aku tidak pasti sama ada keputusan aku ini tepat atau sebaliknya. Aku mahu menebus dosa-dosaku terhadap Aaron. Juga kekesalan hatiku kerana Piqa.

“Wafiy… someone asked me recently, how to get over someone that was never truly yours. And I’m not sure how to answer that question…” Wafiy hanya membisu mendengar kata-kataku. Sekali-sekala dia menilikku dari cermin pandang belakang bagi melihat keberadaanku.

“Sebab tiada kepastian, tiada penerimaan, tiada saat indah. I tak ada peluang untuk bergambar bersama dia and delete all the messages. I tak pernah pinjamkan sweater I bila dia sejuk dan tak pernah genggam tangannya bila dia sakit. There is nothing there…” Mataku sudah mulai merasa panas, air mata bergenang.

Nothing to hold onto, nothing to let go of. Takde kad ucapan, takde hari ulangtahun, takde bunga ros, takde lagu cinta, takde date lewat malam. There’s nothing there. Nothing at all.”

Cinta tidak berbalas adalah sejenis cinta yang paling kejam pernah wujud atas muka bumi ini. Kau terlalu sayangkannya, kau sering mengharapkannya, kau terlalu mencintainya. Sedangkan dia langsung tidak berkongsi rasa yang sama.

Sakit.

Terlalu sakit.

Aku terseksa.

Terkadang aku mahu dia tahu tentang perasaanku padanya, tetapi dalam masa yang sama aku tidak mahu melihat sahabatku bersedih. Keduanya sama penting.

Rare as in true love, true friendships are rarer.”

Hati aku jatuh pada orang yang salah, pada masa yang salah. Aku berbelah-bahagi antara meneruskan rasa cintaku kepada Piqa atau mendahulukan sahabatku, Aaron. Ternyata persahabatan kami lebih besar ertinya terhadap diriku.

It must be hard for you Tengku…” balas Wafiy.

What are you referring to?” soalku.

Letting go…”

Aku mengangguk.

Not as hard as seeing my brother devastated for not getting the love of his life.”

Aku dapat rasakan yang sekarang adalah masa yang tepat untuk aku lepaskan segalanya. Melepaskan kesakitan yang kupendam sekian lama. Gurisan hati, tangisan jiwa, hati yang rawan. Demi Aaron, demi Piqa. Aku ikhlas mahu melihat mereka bahagia.

“Tengku, are you sure?” soal Wafiy.

Yes.”

Aku tekad. Moga dengan ini Aaron dapat memaafkan segala kekhilafanku di masa lalu, sepanjang perkenalan kami. Mungkin dulu aku silap, aku mentah. Tapi kini tidak lagi.

Wafiy langsung membelok kereta meluncur masuk ke perkarangan balai polis berdekatan. Aku melangkah keluar dengan perasaan bercampur-baur. Aku mungkin tidak dapat menatap wajah Piqa lagi selepas ini bagi tempoh yang lama. Memikirkannya sahaja dadaku menjadi sesak. Nafasku bagai terhenti. Sebak di dada.

Aku pasti akan merinduinya, cinta pertamaku.

Cinta sejati.

Aku mengusap air mataku langsung menggenggam tapak tanganku dan melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam balai.

“Encik nak buat report ke?” soal pegawai di sebalik kaunter.

Aku tersenyum nipis.

“Saya nak serah diri.”

~Tamat~

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now