Chapter 16

1K 42 0
                                    

“Macam mana keadaan Tuan Aaron?”

“Aaron tengah tidur. Mungkin sebab hilang banyak darah tadi,” balas Tengku Afham yang baru keluar dari wad kecemasan. Dia datang duduk disebelahku. Dia melirik ke arah skirt putih yang dipakai olehku yang carik-rabik. “You baliklah dulu. Relaks-relaks,  mandi dulu bersihkan diri. Kain you penuh kesan darah tu.”

Aku tunduk memandang kainku yang dipenuhi darah. Kain pulak warna putih, sebatu pun sudah nampak merah-merah. “Takpelah Tengku. Saya nak tunggu sampai Tuan Aaron sedar.”

Hati aku tak tenang selagi dia tak bangun dari tidur. Dalam perjalanan ke hospital tadi Tuan Aaron pitam-pitam di pangkuanku. Aku kira nyawa dia sudah berpisah dari dunia dah tadi. Membayangkan sahaja sudah membuat aku sesak nafas. Tekakku jadi sempit. Sukar untuk aku menelan udara.

“Ayu macam mana?” soalku.

“Polis dah tahan dia dalam lokap. Jadi tak perlu risau dah,” jawab Tengku Afham. Dia menghela nafas panjang. Dia tampak benar-benar gelisah memikir akan keadaan Tuan Aaron. Aku lihat mukanya bertukar biru semasa melihat tangan Tuan Aaron berdarah-darah menggenggam pisau tadi.

Suasana di pejabat pula usah kira lah. Riuh-rendah masing-masing melihat keadaan Tuan Aaron dan aku berlumuran darah. Lagi kecoh bila polis tiba menggari kedua tangan Ayu dan mengheretnya masuk ke dalam kenderaan polis.

Heather pula tak habis-habis bertanya aku OK ke tak. Padahal yang sakit Tuan Aaron. Tapi darah lebih banyak di kainku membuatkannya salah faham.

Aku tidak sempat untuk menjelaskan satu-persatu kepada Heather kerana tergesa-gesa ingin menghantar Tuan Aaron ke hospital. Aku menemani Tuan Aaron di belakang manakala Tengku Afham memandu kereta. Dia menekan minyak seperti berlumba di litar F1! Mujur selamat sampai di hospital.

Balik ofis nanti mesti aku disiasat oleh rakan-rakanku di pejabat. Apa aku nak jawab nanti? Ada perempuan gila datang amuk di bilik Tuan Aaron?

Haihh…

I tak sangka Aaron akan bertindak macam tu,” tiba-tiba Tengku berbicara, “terbeliak mata I tengok dia pegang je pisau tu macam tu tadi. Kalau I mau fikir 2,3 kali.”

Itu lah. Aku pun terkejut. Mungkin kerana sudah tidak sempat? Semuanya berlaku dalam sekilas pandang. Kalau Tuan Aaron tidak bertindak begitu mungkin aku sudah arwah.

Air mata jernih mula bergenang kembali bila aku mengenangkan keadaan Tuan Aaron yang menahan kesakitan kerana mahu menyelamatkan aku. Dia cuba berlagak kuat. Namun keringat yang terbit didahinya membuktikan kesakitan yang ditanggung olehnya. Sedangkan terpotong jari ketika memasak pun sakit macam nak mati. Inikan pula selebar-lebar tapak tangan terbelah. Ngilu rasanya.

Perasaan bersalah mula menyelubungi diriku.

“…sebab saya, Tuan Aaron... isk...”

Tengku Afham merapatkan badannya denganku dan memeluk bahuku. “Shhh… it’s okayI’m certain he did that on his will. You tak perlu menyalahkan diri you.”

Aku menangis tersedu-sedan di bahu Tengku Afham. Aku sudah tidak mempedulikan orang lalu-lalang yang sedang memerhatikan kami. Tengku menepuk belakangku lembut menenangkan aku. Aku dapati Tengku Afham merupakan seorang sahabat yang baik. Tuan Aaron sangat beruntung ada kawan seperti Tengku. Sahabat sejati. Terapung sama hanyut, terendam sama basah. Sentiasa ada saat susah dan senang.

Tengku mengangkat daguku dan mengusap air mataku dengan ibu jarinya.

“Jom I hantar you balik...”

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now