Chapter 15

1.1K 45 0
                                    

*BUK*

Aku mencampak suitku di atas sofa kemudian menghempaskan badanku di sebelahnya. Aku membongkok menongkat dagu.

“Aku tak bermaksud untuk memarahi Piqa. Dia nampak macam terkejut tadi.”

Aku rasakan yang kami semakin rapat beberapa hari ni. Tapi kenapa tiba-tiba dia meminta ruang? Kenapa dia tak suka idea untuk aku menghantarnya pulang?

Aku seorang sahaja ke yang berasa teruja untuk pulang dari kerja bersama-sama? Hingga aku sanggup tunggu dia sampai senja.

Aku rasa terluka…

Ini kali pertama dalam hidup aku. Aku berasa sangat sedih dan kesunyian. Aku menyandar di sofaku.

“Haaaaa…”

Aku terimbau memori pahit siang tadi. Ayu…

“Piqa. Heather. Let her go,” aku mengarahkan mereka melepaskan tangan Ayu. Kemudian menyuruh mereka beredar ke ofis mereka. Aku tak mahu adegan drama Ayu tersebar di dalam ofis nanti.

“Ayu… you nak apa dari I sampai serang office I?” soalku mendatar.

“Aaron! You tahu tak berapa lama I cari you sampai sekarang baru jumpa? Kenapa you hilangkan diri macam tu je dari I?” Ayu bertanya dengan penuh emosi.

Aku bangun berdiri. “You nak apa lagi cari I?” aku menaikkan suaraku. “Antara kita tak ada apa-apa pun!”

Aku berjalan menuju ke pintu. “Lebih baik you balik. Dan jangan datang lagi,” aku membuka pintu mempersilakan Ayu berambus dari ofisku.

“Aaron please! Jangan buat I macam ni!” Ayu melutut menggenggam seluarku. Air mata mula jatuh dipipinya yang sudah bergaris akibat dimamah usia.

Air mata isteri orang. Tak malukah seorang isteri juga seorang ibu berpelakuan begini? Kerana cinta? Ah! Aku tak peduli. Ini semua kerja gila!

“Ayu. Please leave,” ujarku masih cuba bersabar.

“Aaron please bagi I peluang. Please!”

You tak sedar ke you tu bini orang?! Kalau you tak malu dengan orang pun, malulah sikit dengan anak-anak you!” aku mencengkam lengannya dan menariknya keluar dari pintu ofisku. Aku sudah hilang sabar.

“Tapi I dah tak bersuami sekarang! I dah berpisah dengan suami I lepas kejadian hari tu. Dah 7 tahun I menjanda,” jelasnya, “dia dapat tahu pasal I sukakan you.”

“Itu lah buat kerja tak guna otak!” aku menolaknya keluar. “You tahu tak? Angkara you hidup I terumbang-ambing. Disebabkan you I terpaksa berhenti kerja! Because of you…!” aku menuding jariku ke mukanya. Tanganku terketar-ketar menahan api kemarahanku.

I didn’t know…” ujarnya perlahan sambil mengelap air matanya.

“Cukup-cukuplah mengejar bayang I. I selama-lamanya takkan menjadi milik you Ayu. I tak pernah terfikir pun untuk membina mahligai cinta dengan you. Enough is enough!” tengkingku. Aku lelah dengan sikap Ayu yang cukup menekan jiwaku. Aku menyandar di dinding menunduk ke bumi. Dadaku berombak-ombak dek kerana tersangat bengang dengan Ayu. Aku menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan amarahku.

You dah ada yang lain?” soal Ayu.

Aku mendiamkan diri. Aku rasa aku tak wajib menjawab setiap pertanyaan dari Ayu. Dia tiada hak mencampuri urusan hidupku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now