Chapter 56

2K 37 0
                                    

"Nenek! Yoya datang ni!"

Tiga tahun sudah berlalu. Luka bedah yang terkelar melintang di perutku sudah mulai sembuh. Anakku membuat keputusan untuk keluar melalui tingkap. Bukan melalui pintu mengikut lumrah alam.

Aku terpaksa menjalani emergency caesarian section. Kerana aku kehilangan darah yang terlalu banyak ketika itu. Mereka khuatir bayi di dalam kandunganku lemas. Degupan jantungnya sudah mulai lemah. Nyawaku juga di dalam bahaya.

Anakku berjuang selama dua bulan di dalam wad NICU kerana lahir tidak cukup bulan, tetapi dia bagai seorang srikandi yang kuat perkasa, dia berjaya menempuh saat-saat getir.

"Aurora balik jenguk nenek ye sayang?" ujar ibuku mengusap-usap kepala Aurora yang tersengih-sengih gembira dapat balik kampung yang hanya sedepa sahaja dari rumahnya.

"Mak... tolong tengokkan Aurora boleh? Piqa nak pergi jemput Tengku."

"Ya lah... kamu nak pergi pukul berapa?"

"Nak pergi dah ni mak. Kesian pulak nanti dia menunggu lama kat sana," balasku.

"Mama Mama. Mama nak pergi jumpa uncle Afam ke? Yoya nak ikut boleh?" soal anakku petah tapi pelat berbicara. Dia bergayut di kakiku. Miring-miring badanku kerana anakku menarik kain bajuku.

"Aurora sayang... jangan buat Mama macam tu."

"Abang..."

Suamiku mengambil Aurora dari kakiku dan mendukungnya. Dia mencium-cium pipi Aurora. "Aurora duduk rumah nenek kejap ye. Nanti Mama dan Papa balik ambil Aurora."

Aurora mengangguk-angguk kepalanya atas bawah, "Yoya good girl lah Papa. Yoya tolong nenek buat keje umah. Sapu sampah... makan nasi..." kami tertawa mendengar celotehnya.

"Kami pergi dulu ya mak?" ujar suamiku. Ibuku mengganguk dan mengambil Aurora dari pelukan suamiku.

Suamiku memandu sambil termenung dengan mata yang redup. Tahun ini juga genap 3 tahun pemergian insan yang melahirkannya. Tiada apa yang aku boleh ungkapkan untuk menghiburkan hatinya.

"Abang... abang tahu kan sayang sentiasa ada untuk abang?" ujarku meletakkan tapak tanganku di atas pehanya.

Dia mengambil tapak tanganku dan diramas-ramasnya lembut. Matanya lurus dilemparkan ke arah jalan.

Kami memasuki perkarangan sebuah penjara. Hari ini Tengku Afham dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 3 tahun.

Selesai urusan di pos pengawal, Tengku pun dibebaskan dari jaring besi yang membelenggunya bertahun lamanya.

Suami aku terus memeluk Tengku. Mereka berpelukan lama, erat. Aku mengalirkan air mata melihat persahabatan mereka.

Ketika peristiwa pahit yang meragut nyawa ibu mertuaku, semasa aku dan suamiku bertarung nyawa di dalam bilik bedah, Tengku membuat keputusan untuk menyerah diri bagi pihak suamiku.

Video yang berdurasi 12 minit itu tidak menunjukkan muka siapa yang menumbuk Amir. Jadi Tengku mengaku bahawa orang itu adalah dirinya.

"Aku taknak kau buat kerja gila macam ni lagi lepas ni..." ujar suamiku kepada Tengku, sebak. Pelukannya masih tidak dilepaskan.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now