Chapter 12

1.5K 58 2
                                    

"Terima kasih, terima kasih, terima kasih!"

Tanganku ligat menghulurkan risalah kepada pengunjung yang lalu-lalang di depan booth kami. Masih tebal berbaki ditanganku.

Hari ini hari pertama ekspo yang bakal berlangsung selama dua hari. Macam biasalah orang baru mestilah kena duduk di barisan hadapan membuat kerja-kerja pengiklanan dan memberi goodies kepada sesiapa yang menyinggah di booth kami. Training katanya. Training ke ragging? Ughh..

Mujurlah ada penghawa dingin mudah-alih yang dibawa oleh Encik Saiful dari rumahnya. Kalau tak boleh cair kami bawah kanopi ni!

"Piiiqaaaaa..." Tengku Afham menyeru namaku dari celahan lautan manusia. Dia melambai tangan dan tersenyum memandang ke arahku. Dia mengenakan baju t-shirt belang hitam putih. Kepala aku mula terbayang anak patung lembu pemberian Tengku Afham. Pfft! Macam lebih kurang je kecomelan mereka.

"Baby, I miss you," Tengku mengenyit sebelah matanya kepadaku.

"Ish Tengku ni, janganlah macam tu. Malulah saya," aku mencuit tangannya manja. Sahaja aku melayankan drama Tengku kerana aku bosan.

"Encik. Tengok-tengoklah flyers ni," Heather muncul di sebelahku. Tangannya menghulurkan risalah kepada Tengku Afham.

Tengku Afham tercengang memandang ke wajah Heather. Matanya langsung tidak berkedip. Aku lihat ke arah Heather. Dia pun tidak kurang juga terpaku memandang ke dalam anak mata Tengku. Aku pula di tengah-tengah sudah seperti pengadil perlawanan bola.

*Tap*

Aku memetik jariku di antara garisan tautan mata mereka. Heather terkejut kemudian menyisir rambut kebelakang telinganya tertunduk malu. Tengku pun malu-malu kucing mengusap-usap bahunya. Korang apahal? Aku yang menonton ni pun naik segan!

"Ehem!"

Aku buat-buat batuk. "Kenalkan ini Heather kawan saya yang juga bekerja di Alam Bina. Heather, ni Tengku Afham kawan baik CEO kita," kataku cuba menghilangkan kejanggalan.

"Lebih pada tu aku tak tau. Kau tanyalah tuan badan depan kau ni," sambungku. Aku melangkah sedikit ke belakang untuk memberi ruang buat mereka berkenalan.

*BUK*

Semacam déjà vu. Aku toleh ke atas terserlah wajah berseri-seri Tuan Aaron senyum memandangku kebawah. Tangannya mencengkam erat kedua-dua lenganku. Aku dapat rasa lekukan six-packnya yang tegap itu di belakang badanku.

"T-tuan Aaron! Bila Tuan Aaron sampai?" soalku teruja. Aku tak tahulah apa nak jadi kalau booth ini dibiarkan seharian di tangan orang yang kurang berpengalaman seperti kami. Cukup sebulan boleh bungkus terus Alam Bina Group dari bumi Malaysia ni!

"I baru je sampai," Tuan Aaron masih memeluk lenganku. "Tadi ada hal sikit dekat ofis."

Cengkaman tangannya mula dibuka. Namun kehangatan badan Tuan Aaron masih berbekas dibelakangku.

"You dah lunch?"

"Belum lagi Tuan. Tak sempat."

Tuan Aaron melihat ke arah jam tangan mewah yang tersergam di pergelangan tangannya. "Dah lewat ni. Pukul 2 tak makan lagi? Haihhh..." dia mendengus kuat. "You kena jaga makan, nanti demam lagi macam mana?" bebelnya.

"Kalau demam Tuan jaga lah saya!" gurauku.

"You tak demam pun I akan jaga you."

Aku terkedu.

"I mean... I jaga you as my subordinate."

"Tuan tanya Piqa je ke? Saya pun lapar jugak niiii..." rengek Amir. Eh kau ni kacau daun betul!

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now