Chapter 46

920 24 0
                                    

“Sayang, kejap lagi sayang nak ikut abang pergi tarawih tak?”

Sebulan sudah berlalu. Aku teruja menyambut bulan Ramadan tahun ini kali pertama dengan seorang lelaki bergelar suami. Suasananya agak berbeza berbanding berpuasa dengan orang tuaku. Seronok cara masing-masing.

“Tak kot abang. Sayang rasa tak sedap badan lah. Mengantuk…” balasku. Mataku terasa berat selepas berbuka puasa.

“Yeke? Sayang demam ke?” Tuan Aaron meletakkan tapak tangannya di dahiku. “Kalau sayang tak sihat abang tak jadi pergi lah.”

“Janganlah macam tu abang,” jawabku lemah.

“Tak apa sayang. Tarawih tu sunat je. Jaga sayang tak sihat tanggungjawab abang. Abang tarawih dekat rumah je kejap lagi,” dia mengangkat semua pinggan mangkuk ke dapur. “Kalau sayang mengantuk pergilah naik tidur. Abang nak cuci pinggan kejap. Nanti abang naik.”

Aku mencuci tanganku kemudian beransur ke dalam bilik. Selesai solat maghrib aku terus terbungkam atas katil.

*Creakkk*

Tuan Aaron membuka pintu bilik tidur perlahan. “Sayang tak tidur lagi?”

“Baru nak tidur. Mengantuk sangat lah abang. Lesu je badan ni,” balasku.

“Sayang tidur lah dulu. Abang nak siap-siap nak solat kat bilik sebelah.”

“Alaa… tunggu lah. Nak abang dodoikan,” ujarku manja.

Dia tersengih kemudian datang baring mengiring di sebelahku. Dia menepuk-nepuk punggungku sambil mencium dahiku. “I love you sayang.”

I love you too abang,” jawabku lemah. Mataku sudah kuyu. Tidak berapa lama kemudian aku terus tertido.

“Kau dah check ke background perempuan tu?”

“Aku pelik la sebab semua orang tahu kan aku dah kahwin. Kenapa perempuan tu beria nak jumpa aku?”

“Nanti kau inform la aku. Jangan sampai kantoi dekat wife aku.”

Aku terdengar sayup-sayup perbualan Tuan Aaron di telefon dalam keadaan mamai.

Kenapa aku rasa dia sedang sebut mengenai seorang perempuan? Ke aku tersalah dengar?

“Ermm…” aku membuka mataku perlahan-lahan. “Abang? Buat apa tu?” soalku melihatkan dia sedang duduk menyandar di atas sofa di hujung katil.

“Sayang dah bangun?” dia tersenyum memandangku.

“Pukul berapa ni?” aku terpinga-pinga.

“Awal lagi. Baru pukul 10 lebih. Sambung lah tidur kalau sayang mengantuk lagi.”

“Sayang nak bangun dah ni. Nak solat isyak. Nanti terlepas,” ujarku sambil menggosok-gosok mataku kelat.

Okay… Ermm... sayang. Nak keluar cari makanan ringan tak?”

Makanan?

“Boleh!” jawabku bersemangat. Tuan Aaron ketawa dengan kerenahku.

“Lepas solat siap-siaplah. Abang tunggu dekat bawah,” ujarnya.

“Sayang pakai macam ni je boleh? Malas lah salin baju,” soalku meminta persetujuannya. Dia mengerutkan dahinya.

“Sayang nak keluar dengan pajama ni ke? Memang tak lah. Abang je boleh tengok sayang berpakaian seksi macam ni,” katanya sambil membuka almari mencari-cari baju yang sesuai untukku pakai.

“S-seksi?” aku tergamam. Selekeh macam ni seksi ke?

Erm…

“Nah, wear this one. Badan sayang untuk tatapan abang je.” Dia menghulurkan aku sweat shirt oversize berwarna merah jambu lembut.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now