Chapter 42

850 27 0
                                    

“What’s the occasion?”

“Saje je I ajak you keluar makan. Dah lama tak jumpa kan Andrew?”

Aku mengajak Andrew menemani aku keluar makan tengah hari di sebuah gerai makan melayu. Dia terus setuju memandangkan aku berhenti kerja hari tu tergesa-gesa. Dia mahu luang masa sedikit bersama aku.

“Hmm… are you up to something Piqa?”

Aku ketawa buat-buat. “Well… sebenarnya I ada benda nak mintak tolong you sikit. Itu pun kalau you okay lah.”

Anytime for you,” balas Andrew bersahaja.

Actually I dan Tuan Aaron akan bertunang hujung bulan ni.”

I knew it!” ujar Andrew menepuk meja. Dia tersengih bangga kerana telahannya betul. Aku terlompat sedikit, terkejut. “So, what do you want me to do?”

I nak tanya pendapat you tentang hantaran masa majlis tu nanti. Kalau boleh I tak nak lah dia tahu apa yang I akan beli untuk dia. You mesti arif pasal apa yang lelaki suka. Lagipun you baya-baya Tuan Aaron,” balasku cuba memujuknya.

“Hmm… I okay je,” jawabnya, “don’t you ever think that it’ll be hard for me?”

Hard? What do you mean?” soalku terpinga-pinga.

You don’t even think of me as a man do you…?” bisiknya perlahan. Dia mengurut-urut celah matanya.

What did you say? Cuba jangan bercakap guna suara romantik sangat macam tu. I tak dengar lah. Haha.”

“Tak ada apa-apa lah. Jadi you nak ke mana hari ni?” soalnya sambil menyandar di kerusi. Kakinya dibuka luas. Cara duduknya begitu maskulin. Persis model!

“Ha! You ikut je I kejap lagi,” jawabku tersengih-sengih macam kupang tersadai di tepi pantai.

Selesai sahaja makan, aku mengheretnya ke Mall berdekatan. Aku menggunakan Andrew sepenuhnya. Dia lah model baju, model kasut, hingga model kain pelikat dan songkok!

Andrew hanya menuruti sahaja setiap permintaanku. Dia langsung tidak mengeluh walaupun kami sudah berjalan hampir tiga jam.

“Andrew, I nak pergi toilet kejap tau,” ujarku. Kiri dan kanan tangan Andrew dipenuhi beg-beg kertas hasil belian sebentar tadi. Dah macam manservant dah aku tengok dia. Tapi dia cuma tersenyum mengangguk ke arahku. Aku tak sangka yang Andrew ni sangat baik orangnya. Hihi.

Dah lah duda hot. Baik pulak. Macam mana lah dia boleh kekal bujang? Aku mengangkat kening dan bahuku.

Aku terus meluru ke tandas. Tangki aku sudah penuh. Nanti tak pasal-pasal terkucil di tempat awam.

Tidak ramai orang di Mall hari ini. Jadi aku tak perlu beratur. Selesai urusanku di dalam tandas, aku pun keluar kembali. Sedang aku melalui koridor yang sunyi tiada siapa-siapa itu aku dapat rasakan seperti ada seseorang mengekori aku.

Aku jadi seram sejuk. Setahu aku dari tadi tiada siapa-siapa yang lalu kawasan ni. Aku tidak berani untuk menoleh ke belakang. Aku khuatir yang mengikut aku bukan manusia! Aku mempercepatkan langkahku hingga lah aku sampai kepada Andrew.

What’s wrong Piqa? You look disturbed,” soalnya risau. Dia menyentuh tapak tanganku cuba menenangkan aku.

“Erm… tak ada apa-apa lah Andrew. Hehe…” aku cuba menyorok kebimbanganku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now