Chapter 33

883 28 0
                                    

*BUK*

Bapaku diheret dan ditolak jatuh ke atas lantai marmar di ruangtamu milik Dato' Kusyairi. Dato' muda, baya bapaku. Mungkin kekayaannya memudahkannya mendapat gelaran tersebut.

"Dato', maafkan kami. Tolong lepaskan kami. Anak isteri saya tak sengaja," rayu bapaku.

"But you've seen more than what you're supposed to see," balasnya.

"I will do whatever you want me to do. Just spare us our lives!" pinta bapaku lagi.

Dato' mengahampiri aku dan mendukungku. Dato' tidak mempunyai zuriat ketika itu.

"How about we trade this child for your life?"

"Nooo!!!" jerit ibuku. Air mata berjurai-jurai membasahi pipinya.

"Please Dato'. We want him to have a decent life. Please..." bapaku melutut di hadapan Dato' sambil mencengkam lututnya.

Dato' Kusyairi tersengih. "Will you work for me then?"

"Of course! I will do anything Dato'!" jawab bapaku, "just leave my son alone."

"Fair enough. Vin, bring that woman and this child home," arah Dato' kepada lelaki penuh tatu di badan itu.

"You, stay here."

Bapaku pasrah tertunduk.

"And one more thing," kata Dato', "if one day I have a daughter, I want your son to marry her. Because my wife seems to adore him."

Mata ibuku terbuntang. Tetapi tidak berani melawan memandangkan pistol di tangan Dato' Kusyairi masih penuh dengan isi.

Bapaku ditugaskan sebagai orang kanannya. Gaji yang diberikan juga cukup lumayan. Tetapi ibuku menipu aku dengan mengatakan bahawa bapaku bekerja sebagai business consultant.

Setahun berlalu bapaku dihantar ke sebuah misi yang merbahaya dan terbunuh semasa adegan tembak-menembak antara dua kumpulan Mafia yang berebut kawasan. Apa yang mereka fikir menghantar orang yang tidak ada pengalaman menembak mahupun mempertahankan diri?

Jadilah aku anak yatim dan ibuku sebagai ibu tunggal yang berjuang membesarkanku.

Memori aku samar-samar. Ibuku menceritakan satu-persatu namun tidak semua jelas kuingat kerana usiaku yang masih kecil.

Aku membesar seperti remaja-remaja lain tanpa perlu memikirkan masalah dunia. Setelah habis kolej, ibuku menghantar aku pulang ke Malaysia, kampung halaman bapaku, bagi menyambung pelajaran di sini pula. Itu hanyalah alasan ibuku untuk memastikan aku selamat dari gangguan Dato' Kusyairi.

Masa pun berlalu panjang. Ibuku menyangkakan bahawa hidup kami sudah stabil tanpa anasir luar lagi. Ibuku juga sudah hidup senang-lenang dengan duit yang kumasukkan tiap-tiap bulan ke dalam akaunnya.

Namun ibuku tidak suka duduk diam. Dia bekerja sambilan sebagai florist berdekatan rumah. Semuanya aman. Semuanya lancar. Kami bahagia cara kami.

Namun setelah anak perempuan tunggal Dato', Melissa meningkat dewasa, Dato' dan Datin bertemu ibuku bagi menuntut janji mereka lebih 30 tahun yang lalu. Tidak sangka mereka masih ingat janji itu.

"Aaron. Mommy minta maaf. Mommy seperti menjual kamu," kata ibuku sambil mengusap tanganku.

Aku terdiam. Aku tidak tahu mahu bagi respons apa. Mataku terkelip-kelip memandang kosong ke depan.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now