Chapter 27

953 31 0
                                    

*Beep*

Aku menekan alarm kunci keretaku. Aku berdiri tegak di hadapan rumah Piqa. Debaran kian terasa. Tapi aku yakin semuanya akan baik-baik sahaja. Kerana niatku ikhlas. Tuhan pasti akan permudahkan.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam di hadapan pintu rumahnya. Terdengar riuh-rendah suasana di dalam rumah Piqa. Lututku mula bergetar. Perutku memulas.

Erm...

"Wa'alaikumussalam. Aaron. Masuk lah," laung ibu Piqa di muka pintu.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah teres setingkat milik orang tua Piqa. Aku lihat semua orang seperti sudah berkumpul di ruangtamu. Aku menelan air liurku kesat.

"Jemputlah duduk Aaron. Minta maaflah rumah pakcik ni kecik je, tak besar mana," bapa Piqa mempelawa aku duduk di atas sofa.

"Pakcik," aku bersalam dengannya. Aku lihat di sebelahnya ada seorang lagi lelaki berambut pendek memakai kemeja. Badannya kurus tinggi tetapi mukanya ada iras-iras bapa Piqa. Aku mengagak inilah orangnya yang ingin bertemu denganku, abang Piqa.

"Bang. Sihat?" aku bersalam dengannya pula. Dia senyum memandangku. Namun tidak lama mukanya berubah mencuka kembali.

Dia tak suka aku ke?

Aku mengeluarkan peluh dingin. Aku melabuhkan punggungku di atas salah satu wing chair paling hujung.

Aku melihat sekeliling. Tiada kelibat Piqa. Mungkin menyorok di dalam bilik? Bilik Piqa. Aku teringin nak tengok bilik dia. Adakah secomel tuannya?

"Ehem... Piqa mana makcik?" soalku. Rindu pula ingin melihat muka Piqa pengarang jantungku.

"Ada kat dalam tu ha. Malu agaknya," balas ibu Piqa ketawa kecil. "Tunggu kejap ye, makcik nak pergi ambil air." Ibu Piqa bangun menuju ke dapur meninggalkan kami bertiga di ruang tamu.

"Aaron kan?" Tiba-tiba abang Piqa bersuara.

"Ya saya," jawabku. Tekakku terasa kering kontang. Mungkin sebab terlalu gementar. Namun riak wajahku aku kawal supaya tidak jelas kelihatan. Aku sudah training bertahun-tahun di tempat kerja. Muka bisnes. Bila lagi nak praktikkan kalau bukan waktu-waktu begini.

Abang Piqa memandangku atas bawah. "Mizi," katanya ringkas.

Errr... Confirm dia tak suka aku! Aku menelan air liurku pahit.

"Piqa cakap abang baru dapat baby boy kan? Tahniah bang," ucapku cuba mengambil hatinya.

"A ah. Terima kasih." Barulah nampak mukanya ceria sedikit. Fuh... lega.

"Pakcik nak tanya sikit. Aaron ni serius ke dengan anak pakcik?" soal bapa Piqa.

"Ya pakcik. Saya berkawan dengan Piqa memang niat nak jadikan dia isteri saya pakcik. Kalau pakcik izinkan," kataku dengan nada sesopan mungkin. Lantak lah nampak kekok pun, janji hasratku sampai.

"Kau tau kan Piqa tu gemuk berbadan besar. Kami pun bukan dari keluarga senang. Kau tak kisah ke?" soal Mizi pula seperti tidak yakin dengan kata-kataku. "Manalah tahu, tak standard, tak sepadan. Aku takut sampai satu masa kau buang dia." Ada ketegasan dalam suara Mizi berbicara. Abang mana yang tak sayangkan adiknya. Satu-satunya adik perempuan pulak tu.

"Allah... janganlah cakap macam tu. Saya ni pun tak sempurna mana bang. Saya suka semuanya tentang Piqa. Baik buruk dia. Di mata saya dia yang terpaling cantik. Cantik luar dan dalam. Saya ikhlas nak berkawan dengan dia." Aduh.. Mukaku berasa hangat. Aku segan dengan kata-kataku sendiri. Aku menggaru-garu tengkukku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now