Chapter 7

1.4K 49 2
                                    

*Click Click*

Aku menekan-nekan pen di tanganku. Banyak dokumen yang perlu disemak. Tapi aku sukar untuk fokus. Fikiranku melayang teringatkan Piqa.

Aku tak sengaja membuat dia menangis. Bukan niatku untuk memarahinya. Aku jadi berapi-api bila lihat dia disakiti. Tapi aku tersilap langkah melepaskan amarahku kepadanya. Kini aku tidak ubah sama sahaja seperti Amir. Aku juga telah menyakiti Piqa.

Perasaan bersalah membuatkan aku ingin menebus semula kekhilafan aku terhadap Piqa. Lelaki sejati harus senyum menempuh masalah. Harus kuat dalam dugaan. Dan perlu menjadi berani dalam menghadapi setiap kesilapan.

Aku bangkit dari kerusiku dan melangkah menuju ke ofis Piqa. Sampai sahaja di depan pintu ofis, aku memberhentikan langkahku. Jantung aku mula berdebar-debar kembali. Semangatku yang berkobar-kobar tadi mulai luntur. Aku nervous!

*Tok Tok*

Aku mengetuk pintu dan berjalan masuk ke dalam. Aku lihat Piqa berada di mejanya sedang sibuk menaip. Aku pun menuju ke arah meja Saiful menanyakan perihal kerja.

"Saiful. Projek villa atas bukit hari tu bila boleh siap?" soalku. Aku sudah tahu jawapannya. Aku cuma mahu mencuri masa untuk aku lebih bersedia berdepan dengan Piqa sebentar lagi. Aku tak mahu melakukan kesilapan yang sama. Kali ini aku perlu lebih berwaspada dalam mengawal emosiku ketika berbicara dengan Piqa.

"Projek tu hujung bulan ni siap la Tuan. Dah siap nanti Tuan hanya perlu rasmi pembukaan je lah," jawab Saiful.

"Oo..." jawabku berbasa-basi. Mataku melirik ke arah Piqa. Aku rasa seperti sudah bersedia. Jantungku kembali tenang. Langsung aku terus berjalan menuju ke meja Piqa.

"How's everything?" soalku kepada Piqa.

Piqa terperanjat lalu mencampakkan pen ditangannya. Pen itu terbang dan hinggap tepat ke dahiku. Piqa menjadi gelisah dan tidak tentu arah.

"S-sorry, saya tak sengaja!" ujarnya.

Semua staff di dalam pejabat terbuntang mata melihat ke arahku. Semua kecut perut. Suasana tegang seketika. Mataku juling melihat ke arah pen yang melekat di dahiku. Kemudian pen itu melorot jatuh ke lantai.

"Pfft... BAHAHAHAhaha..." aku ketawa tak ingat dunia. Piqa memang tak pernah mengecewakan aku. Terus hilang nervous aku tadi.

Aku tunduk dan mencapai pen tadi di atas lantai. "Here..." aku menghulurkan pen itu kepada Piqa. Dengan keadaan sebelah lutut aku di atas lantai, posisi aku tampak seperti seseorang yang sedang melamar kekasihnya. Menyedari banyak mata yang memandang ke arahku, aku bingkas bangun berdiri. Aku menepuk-nepuk seluarku yang sedikit berdebu.

Piqa mengambil pen ditanganku dan meletakkannya di atas meja.

"Kerja OK?" soalku.

"OK. Andrew banyak tolong tunjuk ajar," balas Piqa.

"Oo... that's great," aku mengusap-usap tengkukku. Berat pula mulut ni nak bersuara. "Emm..."

"Ya?" Piqa mengangkat keningnya.

"Kejap lagi lunch sama-sama? My treats," cadangku.

"Eh takpelah Tuan. Seganlah," kata Piqa malu-malu.

"I nak belanja you lunch as a token of my apologies for yesterday. Boleh?" soalku lagi. Aku harap pujukanku diterima. Kalau tidak aku akan merasa serba-salah.

"Hmmm..." Piqa menyengetkan bibirnya. Aku memberi ruang untuk dia berfikir panjang. "Boleh la," jawabnya.

Yes!

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now