Chapter 10

1.4K 50 0
                                    

*Ting Ting Ting*

Aku melihat ibuku menggodek air Milo dengan sudu untukku. Demam aku sudah mula kebah. Tapi seluruh tubuhku masih lemah dan berbisa. Kepalaku masih berdenyut-denyut.

"Piqa minum lah dulu sementara suam," ibuku menghulur mug berisi air Milo kepadaku. Minuman berasaskan coklat merupakan kegemaranku.

"Mak tengok bersungguh betul Aaron tu tolong kamu semalam," kata ibuku seraya melipat baju-baju kotorku untuk dibawa pulang kerumah sebentar lagi.

"Yeke mak? Piqa dah tak ingat apa dah," jawabku sambil menghirup air Milo ditanganku.

"Ye. Semalam mak sampai je wad kecemasan tengok Aaron dah tercongok dekat depan kaunter. Dengan serabainya. Seluar dia penuh debu tanah," jelas ibuku.

"Alamak. Betul ke mak?" soalku. Ibuku mengangguk kepalanya. "Uhhh... malunyaaaaa..."

Memori semalam menerjah kembali ke benak fikiranku. Mana aku nak letak muka aku ni. Mesti aku berat gila. Tak terpenyek ke Tuan Aaron semalam? Manalah tau patah habis tulang pinggangnya menahan berat badanku ini. Haih...

"Baik betul budak Aaron tu. Berjurus orangnya. Sejuk mata memandang," kata ibuku. Tangannya masih melipat sisa-sisa pakaianku. "Berkawan la elok-elok. Susah nak cari kawan yang baik dan boleh diharap macam tu," pesan ibuku.

Aku bersetuju. Tuan Aaron memang sangat baik. Hingga terkadang aku rasa serba-salah bagaimana untuk aku membalas jasa-jasanya. Aku senyum sendiri.

Ibuku menepuk pehaku. "Mak balik dulu ya. Nak kena basuh baju-baju ni sementara cuaca tengah terik ni."

"OK mak. Terima kasih banyak-banyak mak tolong jaga Piqa," ucapku.

"Sama-sama. Eh. Ayah dah tunggu kat bawah tu. Mak balik dulu ye. Petang-petang sikit nanti mak datang balik. Nanti kalau ada nak pesan apa-apa, Piqa mesej je mak ye?" Kata ibuku kemudian beredar keluar dari wad.

Selang beberapa minit kemudian Tuan Aaron dan rakan-rakan sepejabatku tiba ketika waktu melawat. Dah macam rombongan aku tengok. Ramai-ramai ni buat apa? Dah macam pesta. Haha! Mungkin kerana hari ini cuti hari ahad. Tapi aku rasa terharu. Tak sangka mereka ingatkan aku.

Dalam ramai-ramai tu terselit seseorang yang bukan dari syarikatku. Tengku Afham? Dia buat apa kat sini?

"Terima kasih semua datang melawat saya," aku bangun menukar posisiku untuk duduk. Heather datang membantu aku menaikkan katilku.

Heather antara yang rapat denganku di dalam pejabat. Dia mengubah persepsi aku terhadap perempuan yang ingin berkawan denganku. Dia menyedarkan aku bahawa tidak semua perempuan yang ingin berkawan denganku akan mengambil kesempatan terhadap diriku. Dunia ini masih ada harapan. Masih ramai lagi insan-insan yang baik. Getus hatiku.

"Kau sakit ndak cakap apa-apa langsung sama aku," katanya pelat berbahasa Sabah. Heather merupakan seorang etnik kadazan-dusun dari Sabah. Dia tua setahun dariku.

"Sorry lah. Aku pun tak perasan aku tak sihat. Sedar-sedar dah tak sedar. Hehe..." jawabku berseloroh. Aku membetulkan sweaterku yang senget. Penghawa dingin di dalam bilik ini sejuk beku. Dari dah sihat boleh demam menggigil semula aku dibuatnya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now