Chapter 20

1.5K 48 1
                                    

Sepanjang hayat aku tidak pernah lagi ada orang meluahkan perasaan kepada aku. Luahan kata hinaan dan cacian itu sudah menjadi makanan aku. Tapi kali ini aku dikejutkan dengan hasrat cinta dari insan bernama lelaki. Bukan satu, tapi dua orang sekaligus! Aku rasa bagaikan mimpi!

"Cinta. Terima lah I," kata Tuan Aaron sambil menghulurkan tangannya.

"Piqa. Aku sayang kau," luah Amir pula.

"Tapi kau gemuk... gemuk... muk... muk..."

Aarrghhh!!!

"Haa... haa... haa..." aku terjaga dari tidurku. Ini baru betul-betul mimpi! Keringat terbit di dahiku, masih terngiang-ngiang mimpi ngeriku sebentar tadi. Terasa begitu nyata.

"Apa benda tu terjerit-jerit dalam bilik tu?" suara nyaring ibuku menerjah masuk dari luar bilik tidurku. Aku bingkas bangun mandi, bersiap dan terus menuju ke dapur.

"Anak dara tak elok terpekik terlolong macam orang nak beranak pagi-pagi buta," leternya lagi sambil berperang di dapur menyiapkan sarapan.

"Hehe..." tiada apa yang boleh aku balas selain ketawa tidak berirama di sebelah ibuku. Aku membancuh satu teko air kopi O panas untuk seisi rumah.

"Ayah mana?" soalku.

"Ada tu tengah siap-siap. Kejap lagi mari la tu."

Kami menunggu bapaku sertai kami sarapan bersama. Selesai sarapan semua bersurai dengan rutin harian masing-masing. Ibuku meneruskan kerja-kerja rumahnya. Bapaku memulakan tugas murninya sebagai seorang polis yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Aku pula... entahlah...

"Haaaaaa..." aku mengeluh panjang di meja kerjaku.

*Ting*

Bos Aaron : Good morning cinta.

Errr... 'cinta'?

Meremang bulu roma aku menggigil satu badan. Aku renung jambangan bunga ros di hadapanku. Aku kutil-kutil kelopak bunganya. Kepala kutoleh ke arah meja Amir. Hari ni dia di arahkan untuk ke luar kawasan. Aku tak tahu kenapa tapi hati aku berasa lega.

"Wei!" Heather datang duduk mencangkung di sebelahku. "Siapa kasi kau itu?" dia mengerling ke arah bunga ros merah yang semakin layu.

"Err... kalau aku cakap kat kau, kau janji jangan bagitau orang?"

"OK. Aku janji!" Heather mengangkat tapak tangannya separas telinga.

Aku merapatkan mukaku ke telinganya dan membisikkan nama si penghantar bunga.

"What?!!" Pekiknya. Cepat-cepat aku tutup mulutnya dengan kedua tapak tanganku.

"Shhhh!!"

*Tok Tok*

Tuan Aaron melangkah masuk ke dalam ofis untuk bertemu Encik Saiful. Sambil dia melangkah sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepadaku. Aku berpeluh dingin.

"Ummphhh!!!" mencerik Heather terbeliak mata seperti mahu tersembul keluar dari soketnya. Mujur mulutnya masih dikatup olehku. Kalau tidak bergegar satu ofis dengan jeritannya. Dia menampar-nampar tanganku.

Aku pun melepaskan tanganku dari mulutnya. "Are you serious?!" bisiknya teruja sambil menggenggam kedua tapak tanganku.

"Erm... tapi aku tak bagi jawapan lagi kat dia."

"Gila kau! Prince charming pun ndak mau juga bha kau? Kalau aku terima suda itu bos kita. This instant!"

Kalau aku terima sebab paras rupanya, then I'm no different from Amir. Amir Amir. Menyampah betul aku dengar nama tu! Hmph!

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now