Dirinya mengeluh seketika, bosan menghadap lelaki tua dihadapannya yang boleh dikatakan setiap hari berjumpa. Siapa lagi kalau bukan pengetua sekolah?
Tangannya menyeluk poket di kiri dan di kanan, baju sekolah yang tak di tuck in dan tali leher yang tidak dipasang kemas membuatkan pengetua memicitkan hidungnya. Haih, sudah berbuih-buih mulutnya memberi nasihat. Hasilnya? Mencurah air ke daun keladi.
"Saya tak kira. Kamu anak mafia ke, anak bekas mafia ke atau anak raja sekalipun kamu mesti mematuhi peraturan sekolah. Disebabkan ini sudah amaran ketiga dan kamu masih tidak insaf-insaf, saya terpaksa tukarkan kamu ke sekolah lain" ujar Pengetua dengan jelas membuatkan dia membulatkan mata tetapi perasaan terkejutnya dibiarkan dipendam.
Eh mung bukan ayah aku!
"K-ke mana?" soal seorang lelaki ditepinya. Wajahnya yang putih, berkaca mata dan berbangsa cina memandang pengetua dan remaja lelaki disebelahnya berulang kali.
"Sekola-"
"Jap jap jap, bukan Sekolah Juvana kan?" Wanita cina yang merupakan isteri kepada suaminya disebelah menyampuk secara tiba-tiba. Nadanya kelihatan agak gelisah sekali, risau dengan anaknya.
"Bukan, Puan. Kesalahannya tidak terlalu berat sehingga masuk kedalam Sekolah Juvana. Saya akan tukarkan dia ke sekolah-" kata-kata Pengetua sekali lagi dipotong oleh orang yang sama. Kalau macam inilah boleh runsing setiap hari!
"Kalau bukan Sekolah Juvana, mesti sekolah yang teruk-teruk kan? Pastu anak saya kena buli di merata tempat" ulah wanita itu dengan resah gelisah yang amat tinggi! "Sabar sayang, dengarlah dulu penjelasan Pengetua"
"Encik Wang Shu dan Puan Wang Yan, anak tuan dan puan akan saya pindahkan dari SMK Damansara Tinggi, Kuala Lumpur ke SMK Tun Ismail, Pahang. Sekolah harian yang berprestasi tinggi" Puan Wang Yan mengukir senyuman kelegaan, tidak ada lagi kerisauan dalam hati.
Manakala Encik Wang Shu hanya diam tak berkelip matanya. Terkejut rupanya apabila mendengar nama sekolah itu. Dalam hatinya, dia sudah mengagak bahawa akan berlaku kekecohan tempat itu dengan kehadiran mereka.
'Matilah aku,' Encik Wang Shu berkata didalam hati.
Lain pula bagi remaja lelaki tadi. Hanya diam, berdiri tegak dan otaknya yang ligat berfikir kini mulai beku dan tidak mampu berfikir. Ah sudah!
Remaja itu menggeleng tidak mahu. Sekolah berprestasi tinggi? Untuk dia? Setiap hari boleh pengsan! Dia, pelajar SMK Damansara Tinggi yang paling tercorot sekali!
Terus mindanya membayangi rutin harian dia di sekolah itu. Buku nota yang tebal, latihan yang bertimbun-timbun dan nota perempuan yang berwarna warni? Argh, tidak! Dia nak stay di Kuala Lumpur!
"Kalau taknak?"
Mata Pengetua menjadi tajam apabila memandang remaja itu. Suka buat hal dan bantah! Tapi dalam hati, dia turut menyukai remaja itu seperti guru-guru lain kerana dia dalam bidang sukan, nama sekolahnya menjadi popular. Tapi apakah daya, ramai murid dan guru membantah dan takut sekiranya remaja lelaki itu masih berada di sekolahnya.
"Tiada bantahan! Kamu dah melampau, semua orang dalam sekolah ini terlalu takut nak dekat lagi dengan kamu!"
Remaja itu menggeleng lagi dan berdecit, "Jadi sebab itu je Cikgu halau saya? Tch!"
"Pengetua, kami setuju dengan idea cikgu. Sekolah sana sudah tahu ke anak saya akan ditukarkan kesana?" sampuk Puan Wang Yan untuk mengelakkan kekecohan berlaku. Wajah suaminya turut dipandang sekilas.
Dirinya juga tahu, ada dua rahsia yang mereka simpan disana. Satu rahsia berkenaan keluarganya dan satu rahsia berkaitan dengan anaknya di sebelah. Cuma kurang pasti, apa yang mereka rasakan tentang rahsia ini dengan anaknya masih belum dapat dipastikan 100%.
"Sudah, saya dah beritahu kepada pengetua disana tentang hal ini. Kalau Encik Wang Shu dan Puan Wang Yan ada apa apa persoalan boleh call saya ya?"
"Kalau begitu..."
Wajah remaja lelaki itu dipandang sebelum tubuhnya bagun dari kerusi empuk di dalam pejabat itu lalu menghulurkan tangannya dan berjabat. "Terima kasihlah, kami hargai sangat sangat tentang ini"
"Sama sama"
Tangan kedua-dua belah pihak dileraikan lalu mereka bertiga keluar dari ruangan Bilik Pengetua. Akhirnya, dapat juga hirup udara segar setelah hampir sejam mereka berada didalam bilik yang mempunyai penghawa dingin.
Remaja lelaki itu tunduk. Tiada kata mampu dilontarkan. Tiada pemandangan menjadi tatapan. Dia masih terpana dengan keputusan yang dibuat tadi. Allah, apa lagi ujian yang Engkau turunkan untuk hamba yang bernama Hazriq ini?
Dia mengeluh. Ya, mengeluh pasrah. Pasrah sahaja dalam keputusan yang diterimanya dengan paksa rela. Bukan lagi dengan sukarela. Apakah Dia mahu mengajarkan kepada dirinya erti kehidupan sebenar?
"Hazriq? Hazriq, kamu kenapa?"
Terus wajah perempuan separuh usia itu dipandang,ceria sahaja mukanya. "Ya?"
"Jom, tunggu apa lagi? Banyak barang yang kita perlu kemas ni!" jerit Encik Wang dari jauh. Terlalu lama sangat ke dia termenung sehinggakan lelaki itu sudah jauh kesana? Dirinya tidak pasti.
Sekali lagi, Hazriq mengeluh.
Hello, SMK Tun Ismail. Sambutlah Hazriq Anwar yang penuh dengan penderitaan!
![](https://img.wattpad.com/cover/334228636-288-k88422.jpg)
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...