"Apa urusan kau dengan Hana?"
Qaisara terkejut dengan tindakan Hazriq sendiri dalam mempertahankan Hana. Apa special sangat si Hana ni? Nak kata pasal harta, mungkinlah dia akan berundur sebab Hana ni anak orang kaya. Tapi, dia lagi cantik! Hana? Hump, si empat mata!
"U-urusan? M-mana ada!"
Dengar sahaja balasan Qaisara, terus Hazriq tersenyum sinis dan menyilangkan tangan, "Habistu, asal kau kata nak jumpa dia?"
"A-Aku... Bukan aku yang nak jumpa dia! Cik-cikgu Ain yang nak jumpa!"
"Cikgu Ain? Yang ajar kita Biografi semalam tu ke?" soal Haris pula. Pandangannya dialihkan sekeliling sebelum matanya tertancap pada seseorang yang baru sahaja keluar dari tempat makan guru.
"Itu ke?"
Semua menoleh kepada seseorang. Terasa dirinya dipandang, cepat-cepat cikgu itu berlalu pergi. Tak biasa pula diperhatikan oleh semua orang. Dia ni bukan selebriti!
"Eh eh eh" sikit sahaja lagi cikgu itu mahu terpeleot manakala yang lain ada yang menahan ketawa dan cuba menolong.
Pergi sahaja cikgu itu, mereka berempat memandang Qaisara semula. Gadis itu sudah berpeluh, riak wajahnya sudah berubah sedikit.
"Bu-bukan yang itulah! Cikgu Ain, guru disiplin kita! Dalam sek-sekolah kita kan ada dua cikgu nama Ain? K-kan?" di akhir ayatnya, senyuman diukir seboleh-bolehnya.
"Hmm, ada kebenaran disitu. So, aku temankan!" kata Nuran lalu bangkit tetapi dihalang oleh Qaisara sendiri. Perasaan tidak enak mula menjentik hati mereka berempat. Qaisara nak kenakan Hana! Confirm!
"Asal kau halang?"
"T-Tak boleh! Ci-cikgu Ain nak jumpa Hana secara personal. Dekat bilik kaunseling"
"Boleh percaya ke ni?"
Qaisara meneguk air liurnya. Asal semua pandang dia seram semacam ni? Macam nak tembus! "Kan A-Aku cakap yang Cikgu Ain nak jumpa dia secara peribadi. Takkanlah aku berani buat hal dengan cikgu Disiplin kita? Kan?"
Mereka senyap sambil berfikir sejenak. Ada benarnya juga disitu. Tapi, kenapa macam pelik sahaja dengan Qaisara ni? Berpeluh semacam!
"Dekat bilik kaunseling?" Hana mencelah dan segera Qaisara mengangguk kepala. Malas dia mahu berlama-lama dengan mereka. Tapi kalau dengan Hazriq sorang je takpelah juga! Aura dia... Aum! Memang taste dia!
"Terima kasih Qai"
"Sama-sama"
Selepas itu, mereka berdua pergi. Hana berjalan ke Bilik Kaunseling manakala Qaisara tidak terus mengikuti Hana malah segera mendekati teman lelakinya yang sudah lama menunggu. Gelak tawa dari mereka bergema sedikit. Sepertinya ada lawak jenaka.
Melihat itu, kepercayaan hadir sedikit. Mungkin apa yang Qaisara katakan betul. Cikgu Ain memanggil Hana dan bukan salah satu dari rancangan jahat Qaisara sendiri.
Tetapi tidak bagi Hazriq.
Ada yang tak kena.
Satu geng Qaisara dan Syazwan yang masih ketawa itu dipandang tajam.
***
"Kenapalah bilik kaunseling ni jauh sangat? Haih..."
Hana melangkah perlahan, sengaja membazirkan waktu yang ada. Baru je syok-syok sembang, tiba-tiba kena panggil dengan Cigu Disiplin.
Kalau difikirkan semula, apa salahnya sehingga cikgu itu memanggilnya? Bahkan suruh berjumpa di bilik kaunseling pula. Eh pelik ni. Cikgu Ain tak pernah nak ubah tempat. Kalau ada kesalahan, tempat dendanya mesti dekat Bilik Disiplin.
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...