Cik Pengawas Singa Rawr
>Hana, esok macam mana?>Study cam biasa?
Okay je. Tapi kali ini kat rumah sayalah. Sebab takde mood lah nak keluar
Tahukan kat mana?
Cik Pengawas Singa Rawr
>Tahu>Okay, aku bagitau Haris nanti datang rumah kau esok.
>Dia kata dia nak ajak Hazriq sekali🙄
>Okaylah goodnight🌝
Goodnight🌚.
"Hazriq nak datang?" soal Hana kepada diri sendiri. Telefon yang masih ditangannya ditatap lama. Seriuslah? Bukan apa, setakat tiga empat hari ni berkenalan, dia ni malas dan asyik tidur. Kalau bab belajar je, tak sampai seminit nyanyi lagu Didi And Friends pun jalan.
Hana bangkit dari katil lalu bergerak ke mejanya. Kerusi di tarik dan dilabuhkan punggungnya disitu. Laptop mininya dibuka sambil telefon pintar di tangan kiri dipegang. Jari ibu kirinya lincah menaip, membalas chat nya dengan Puan Suraya.
Hmm, nampaknya ibu dan ayahnya tak baliklah malam ni?
Dia kan anak orang kaya? Mak ayah tak balik sekalipun ada je pekerja dalam rumah ni sebagai peneman.
Well, alang-alang ibu ayah dia tak balik and esok cuti sekolah, kita layanlah K-drama.
Eh bukan bermakna dia ibu dia tak tahu yang dia layan K-drama wokeh? Alang-alang cuti. Rehatkan otak dari study sekejap.
Bantal, ready. Lampu, dah tutup. Telefon, ditepi.
Keyh, Netflix on!
***
Singa Tergarang, Pengetua pun Takut.
>Woi, esok pergi rumah Hana.>Kita study kat sana esok
>Ha bawaklah Hazriq kau tu 🙄
Yang kau nak menyampah dah kenapa?
Tak habis lagi ke?🧐
Singa Tergarang, Pengetua pun Takut.
>Suka hati akulah.>Dia start dulu wokeh? So, takyah marah aku sorang.
🤣🤣🤣
😂Anda tu penolong ketua pengawas tau? Cer matang skit.
Singa Tergarang, Pengetua pun Takut.
> Kau tu Ketua! Adillah sikit!>Ni tak, pagi bebel semua orang. Malam marah aku pulak
Selamat malam cik Singa👀
Singa Tergarang, Pengetua pun Takut.
>Ha mengelat!>Haris!
>Asal kau panggil aku cik Singa?!
>Haris!
>Haris Daniel!
>HARIS DANIEL!!!
Percayalah, kalau nama penuhnya disebut atau ditulis sebegitu, Nuran sudah pun sampai tahap kemarahannya. Buat masa sekarang jangan layan. Lagi layan, lagi mengamuk gadis itu.
Alah, bukannya Haris tak tahu. Seorang Nuran Sakeena ini sedang menahan kesengsaraan melayan kakaknya yang cedera ketika bekerja. Katanya, sebelah tangan patah.
Hmm, makan sofa setiap harilah jawabnya.
Perangai macam anjing dan kucing! Tapi sesiapa yang kenal kakaknya pasti akan tahu yang dia sekadar bergurau. Pantang jumpa orang yang lagi muda dari dia, terus ajak cari gaduh.
Faham sangat, kat pejabat mana boleh cari pasal.
Cepat-cepat Haris offline. Kang, nanti Nuran perasan dan tak henti-henti bagi mesej. Penuh noti dia nanti, tak senang dia nak tidur.
Buku di mejanya diambil lalu disumbatkan kedalam beg galas berwarna hitam. Mereka memilih pelajaran addmath pada sabtu lepas memandangkan bagi Haris dan Nuran, ianya susah.
Kalkulator dicari, aiseh. Hilanglah pula?
Bawah katil, dalam laci, belakang komputer. Tiada! Langsung tiada! Hadeh, mana pula dia pergi ni?
'Tok tok tok!'
Pintu biliknya dipandang. Eh, siapa pula yang ketuk tu? Mama ke? Tapi setahunya tadi baru je lepas makan. Takkan makan lagi kot?
'kreak'
Tombol dipulas dan Haris menangkap susuk tubuh adiknya yang hanya ber T-shirt hitam lengan panjang dan seluar biasa berwarna kelabu. Rambutnya pula sekadar ditongcangkan satu.
"Nak apa?" Haris bercekak pinggang.
Damia tersengih dan badannya kekanan dan kekiri seperti kanak-kanak nak mintak gula-gula. Tangannya disorokkan kebelakang tubuhnya.
"Err, Mia nak pulangkan ni" kalkulator yang dicarinya diambil. Wajahnya bertukar serius. Maklumlah, dari meja makan tadi, dia dan adiknya asyik gaduh. Nak cari perhatian papa punya pasal last-last kena marah Ngan mama.
"Suka hati eh ambik barang orang?"
"Hehe"
"Tampar nak?"
"Mama!" Terus, adik perempuan nya berlari turun kebawah. Haris menggeleng perlahan dan masuk semula kedalam bilik lalu pintunya ditutup.
Keyh, kalkulator settle.
Sumbat dalam beg.
Oh! Terlupa pula nak bagitau Hazriq supaya datang ke rumah Hana! Aish, tadi dia makan apa ek? Makan semut ke apa? Nasib hensem.
Telefon di-on kan, aplikasi WhatsApp dibuka dan nama Hazriq dicari. Tangannya mula lincah menari sebelum butang send ditekan.
Weh, esok kitaorang buat dekat rumah Hana.
Hazriq Rival Syaz.
>Kul?>Kalau aku datang lambat sikit takpe en? Jangan tanya kenapa.
Aku baru nak tanya
Hmm, kul 8:30?
Kau tahu rumah Hana tak? Aku bagi location.
Hazriq Rival Syaz
>TahuHah?
Cam mana kau tahu?
Kau stalk dia eh?
Hazriq rival Syaz Offline
9:35 p.mWeh Hazriq!
Weh!
'Mamat gila! Dasar samseng! Sumpah kena bagitau Hana pasal ni', marah Haris dalam hati. Pandai-pandai je mamat ni offline. Hurm, bersangka baik Haris. Ni karma kau sebab lari dari Nuran tadi.
Ya betullah kata orang, Karma tak semanis kurma. Malah nak cepuk je rasanya.
Haris membuat keputusan untuk terus tutup lampu dan tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/334228636-288-k88422.jpg)
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...